PIC GOOGLE(C)
Mengenali allahyarham
A M Salim Abdul Majid atau Saleem Iklim sewaktu saya bersekolah di Sekolah
Menengah Tengku Ibrahim, Setiu, Terengganu sekitar tahun 1977 hingga 1981.
Arwah yang berusia tiga tahun lebih tua dari saya berada di tingkatan empat ketika saya mula memasuki sekolah menengah tahun 1977.
Arwah berasal dari Kg.Buloh, Setiu,Terengganu merupakan anak kacukan India sebelah bapanya manakala ibunya berbangsa Melayu.
Di sekolah, arwah Saleem memang merupakan pelajar yang aktif menyanyi ketika ada majlis keraian terutamanya ketika sambutan Hari Guru.
Arwah merupakan seorang yang berperwatakan ceria dan agak nakal, oleh itu tidak hairanlah arwah suka menyakat pelajar perempuan di sekolah. Terutama sekali ketika dia bekerja sambilan di kantin sekolah tahun 1979, selepas habis belajar, membantu saudaranya Pak Gani yang kini merupakan mantan YB Exco Negeri Terengganu Dato Hj Gani.
Saya yang merupakan seorang pelajar pendiam selalu menjadi mangsa usikan arwah.
Kebiasaannya, selepas saya membeli makanan, saya dan kawan-kawan akan lepak di belakang kantin. Tika itulah arwah biasanya akan keluar menjengah dan mengacau kami sambil ketawa.
Selepas naik tingkatan empat, saya tidak berjumpa lagi dengan arwah sehinggalah di awal kemunculannya dengan Iklim, saya mula ingat raut wajah kacukan yang biasa menyakat saya ketika sekolah.
Kini hilanglah sudah permata yang berkilau dari bumi Setiu daerah kelahiranku pada tanggal 14 Oktober 2018 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Aamiin.
Al-Fatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Belasungkawa A M Salim Abdul Majid, semoga persemadiannya di alam sana penuh keindahan seperti mana indahnya bait-bait lagu dendangan arwah, menghiburkan pendengar dengan lirik yang sarat makna dan penuh pengajaran.
Bersama kita hayati lirik lagu SUCI DALAM DEBU yang ditulis oleh S Amin Shahab, seorang pengikut tassauf/sufi.
SUCI DALAM DEBU (S Amin Shahab)
Engkau bagai air yang jernih
Itulah diri kita yang sebenar yaitu RUH
Di dalam bekas yang berdebu
Jasad/Badan yang asalnya dari tanah.
Zahirnya kotoran itu terlihat
Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain
kesucian terlindung jua
Hal-hal yang baik biasanya justru tdk diperhatikan.
Cinta bukan hanya di mata
Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata @ solat
Cinta hadir di dalam jiwa
Cinta yang mutlak muncul dari hati yang suci dan bersih @ zikrullah
Biarlah salah di mata mereka
Mereka yang benar-benar mau menjadi hamba ALLAH di pandang rendah oleh masyarakat
Biar perbezaan terlihat, antara kita
Perbedaan antara hamba ALLAH dan hamba Dunia
Kuharap engkau kan terima
Bermunajat agar di terima Illahi
Walau di pandang hina
Sebagai hamba yang hina
Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa
Perasaan yang wujud antara hamba dan penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata
Suatu hari nanti, pastikan bercahaya
Di alam akhirat
Pintu akan terbuka, kita langkah bersama
Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berbahagia
Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat
Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar
Debu jadi permata, hina jadi mulia
Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina di dunia menjadi mulia di akhirat
Bukan khayalan, yang aku berikan
pelajarilah Kitab Al Quran
Tapi keyakinan yang nyata
Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.
Wassalam.
TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT PI PENULIS JAMILAH HARUN ATAS KESUDIAN BELIAU MENULIS SECEBIS CORETAN KENANGAN BERKENAAN ALLAHYARHAM PENYANYI SALEEM SEPANJANG BELIAU MENGENALINYA...SEBENARNYA PI YANG MENGGESA BELIAU MENULISNYA....WALAU PERMINTAAN PI ITU MUNGKIN MENYUSAHKANNYA NAMUN ALHAMDULILLAH BELIAU TETAP MENUNAIKANNYA.
ALFATIHAH

PC suka lagu Suci Dalam Debu ni kak...simbolik sangat..
ReplyDeleteAl Fatihah..moga Allah terima segala kebaikkan beliau.
2-3 hari ni asik dgr lagu2 dia je... mengimbau zaman memuda dulu hahaha
ReplyDeletetksh PC ya lirik lagu SUCI DALAM DEBU begitu bermakna.
ReplyDeleteTKSH ANIES RAMAI YG MINATI LAGU2NYA
ReplyDeleteTKSH SYAFIQAH...ALFATIHAH
ReplyDeleteAssalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak.
ReplyDeleteDidoakan akak selalu sihat bersama keluarga.
Lagu-lagu Allahyarham Saleem semuanya indah dan merdu didengar. Lirik-liriknya juga menggugah hati serta bermakna dalam untuk difahami dengan maksud tersendiri. Saya amat menyukai banyak lagu sentimental beliau. Semoga roh beliau bersemadi dengan tenang dan diampuni Allah.
Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)
Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman..
ReplyDeletelirik lagu ketuhanan rupanya
ReplyDeleteWSALAM TKSH DIK SITI DOA KAK MOGA SITI N KELUARGA SHT SJHTRA..LAGU2NYA RAMAI YG MINATI...KITA DOAKAN SEGALA TERBAIK UTK ALLAHYARHAM SALEEM
ReplyDeleteAMIIN TKSH EJULZ
ReplyDeleteTKSH FAIZAL YA LIRIK LAGU YG INDAH DGN MAKSUD MURNI
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihiraaji'un....Al-Fatihah buat arwah, semoga ditempatkan di kalangan mereka yang beriman....
ReplyDeleteSedih.. tambahan. kenangan spt ini pasti buat lebih terkesan dgn berita pemergiannya.. innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan rohnya dikalangan org2 beriman.. aamiin. Al Fatihah.
ReplyDeleteAMIIN TKSH SUERIN BERSAMA KITA MENDOAKANNYA...
ReplyDeleteAMIIN..ALFATIHAH TKSH DIK KK
ReplyDeleteperginya seorang penyanyi legenda yg dirindui oleh semua peminatnya. x apa, anak lelakinya bakal meneruskan legasi Allahyarham.
ReplyDeleteMerdu suaranya..yang ada adalah alunan suaranya di radio..semoga arwah diampunkan dosanya.Allah telah menjemputnmya
ReplyDelete