Saturday, 6 October 2018

PETUA TERLEKAT TULANG

ASSALAMUALAIKUM


PETUA TERLEKAT TULANG

TIKA SEDANG ENAK MENYUAP NASI TERASA LAUK IKAN YANG BERGUMPAL DI DALAMNYA TAK LEPAS HENDAK DITELAN...SEBAB TERASA ADA TULANG YANG TERSENGKANG DI KERONGKONG...SIKSA SANGAT TU...MAHU MENITIS AIR MATA.....KALAU HENDAK TERJADI WALAU KITA BERHATI-HATI PUN TETAP JUGA BERLAKU.
KALAU PI YANG TERKENA SITUASI BEGINI PI AKAN RENDAM IBU JARI DALAM AIR LALU MINUM...INSYAA-ALLAH LOLOS TULANG TU TAK MENYENGKANG LAGI...PETUA LAMA TU KONONNYA HANYA KELEBIHAN MEREKA YANG DILAHIR MENYONGSANG MACAM PI.

TAPI DALAM KEADAAN TERDESAK TENTU SUKAR BERTEMU MEREKA YG LAHIR SECARA SONGSANG  UNTUK MOHON PERTOLONGAN

Antara petua yg boleh diguna pakai.. cubalah..

1 - Minum satu sudu minyak zaitun untuk melincirkan tisu-tisu sekeliling kerongkong. Dengan ini tulang yang tersekat akan mudah keluar.

2- Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak.

3- Masukkan sedikit buah pisang ke dalam mulut. Kulum dan biarkan sehingga cairan terhasil dalam mulut kemudian telan perlahan-lahan.

Minum juga sedikit air untuk memudahkan tulang yang tersekat keluar bersama buah pisang yang ditelan tadi.

4- Salah satu petua tercekik tulang adalah dengan menggunakan cuka.

Minum satu sudu cuka makan untuk mengeluarkan tulang yang tersekat.

5- Sapu lepa kacang pada roti dan biarkan dalam mulut beberapa minit sehingga air liur berkumpul disekelilingnya. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat akan tertanggal bersama roti.

Yang ini kalau tak tercekik pun memangsedap dimakan!

6- Makan segenggam kacang. Tak kisahlah apa-apa jenis kacang. Sebab anda akan makan dalam kuantiti yang kecil saja.

Teksturnya yang keras membantu menanggalkan tulang yang tersekat.

kalau tak juga berhasil, kenalah jumpa doktor. 

shared

8 comments:

  1. Petua yang harus semua baca,.terima kasih petua ini ya

    ReplyDelete
  2. TKSH CIKGU ETUZA YA KENA AMBIL TAHU JUGA PETUA2 MUDAH GINI

    ReplyDelete
  3. Yang telan pisang tu dengar ceritanya memang berkesan. Perkongsian yang baik ni KakPI :)

    ReplyDelete
  4. TKSH SUERIN YA BOLEH CUBA MANAA YG SERASI

    ReplyDelete
  5. selalu telan pisang atau kepal nasi putih sambil selawat... ms kecik2 dulu selalu kena tp smpi skrg ttp suka mkn ikan

    ReplyDelete
  6. TKSH ANIES...IKAN BERTULANG MCM TERUBUK KENA HATI2 MKN..MMG BNYK SGT TULANG HALUS

    ReplyDelete
  7. Bagus petua ni. Saya pernah terlekat tulang... siksanya ya Allah. Mak bagi segempal nasi tp susah juga.. lama2 baru hilang. Saya masih ingat lagi saat tu smpi sekarang.

    ReplyDelete
  8. TKSH DIK KK..RAMAI YG MERASA TERLEKAT TULANG NI..LA NI KALAU TRLEKAT TULANG BOLEH GOOGLE JE CARI PETUA HEH..HEH..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”