Thursday, 30 August 2018

SYAIR MERDEKA...

ASSALAMUALAIKUM...
ABQORI DAN ARIFF BERGAYA DISAMPING SASTERAWAN AHMAD SARJU DAN NENDA MEREKA


SEKEJAP SAJA SUDAH 30 OGOS 2018 HARI NI....KEESOKANNYA 31 OGOS HARI KEBANGSAAN NEGARA...HARI INDAH YANG DIRAIKAN DENGAN RASA BANGGA...
LEBIH-LEBIH LAGI YANG BERKONGSI TARIKHNYA YANG SUNGGUH ISTIMEWA BERSAMA.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN NOHAS BLOGGER ORANG BUKIT YANG BARU SAJA PULANG KE TANAH AIR DARI KOREA...NOHAS SAMA TARIKH LAHIR DENGAN CUCU PI ABQORI YANG KINI SUDAH BERUSIA LIMA TAHUN.

SEMOGA KEDUA-DUANYA DLL YANG MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN BERSAMA DILINDUNGI ALLAH DUNIA AKHIRAT, SIHAT WALAFIAT,MURAH REZEKI, PANJANG USIA, BERBAHAGIA SELALU.

JUGA DEMI NEGARA TERCINTA DIDOAKAN YANG TERBAIK SEGALA...LESTARI AMAN SENTOSA, MAKMUR MEWAH RAHMAT-NYA.


1.    SYAIR
WARGA NEGARA MERDEKA

Alhamdulillah pembuka kata,
Bermula syair ukiran tinta
sudah merdeka nusa tercinta,
warga negara bersukacita.

Budi semangat pejuang bangsa,
semangat ikhlas menabur jasa,
berjuang gagah seiring masa,
tuntut merdeka bebaskan nusa.

Tebus maruah juang merdeka,
lama terjajah detik ketika,
warga merintih langsung tak suka,
dalam belenggu perih terluka.

Hasrat pejuang satu matlamat,
bebaskan nusa tanah keramat,
hidup warganya mengecap nikmat,
Allah izinkan peroleh rahmat.

Takwim Sheikh Fahim ulama terbilang
di akhir Ogos  tarikh gemilang,
julang merdeka tanpa terhalang,
warga menanti detik menjelang.

Stadium Merdeka  jadi saksi,
bendera Union Jack turun menyisi,
rasmilah sudah berubah paksi,
memulang hak wajar solusi.

Tujuh kali “merdeka” gema suara,
dilaung Tunku Abdul Rahman Putra,
warga menyahut sebak tertera,
meraup syukur terusir dura.

Watan merdeka amatlah  bangga,
bebas dijajah merasa lega,
cinta negara jiwa dan raga,
ditadbir bijak warga menjaga.,


Syair merdeka usailah sudah,
moga terhibur terlerai gundah,
menyusun kata mengukir madah,
demi sebuah negara indah.

PARIDAH ISHAK
Desa Melor
SELANGOR DE



13 comments:

  1. terima kasih, Kak PI..cute cucu akak berdua tu..

    ReplyDelete
  2. Selamat Menyambut Ulangtahun Hari Kemerdekaan dan Ulangtahun kelahiran untuk cucu kak PI ya...moga sentiasa sejahtera..aamin.

    ReplyDelete
  3. Salam Merdeka ke 61 buat akak PI

    ReplyDelete
  4. TKSH NOHAS CUCU2 KAK YG KELETAH TU SUKA USIK NENDANYA

    ReplyDelete
  5. Selamat ulang tahun ke 61
    'Sayangi Malaysiaku'

    ReplyDelete
  6. Salam kemerdekaan kak PI. Semoga Malaysia terus aman dan makmur.. aamiin.

    ReplyDelete
  7. Salam kemerdekaan Kak PI..

    syukuri nikmat kemerdekaan ini dengan sentiasa menjaga keharmoniaan dan kesejahteraan dalam masyarakat..

    " No War Peace Only "

    ReplyDelete
  8. TKSH WP YA SAYANGI MALAYSIAKU

    ReplyDelete
  9. TKSH MRHANAFI..AMIIN..MOGA2 SALAM MERDEKA

    ReplyDelete
  10. TKSH DIK KK..AMIIN..SALAM MERDEKA

    ReplyDelete
  11. nikmat kemerdekaan yg harus dihargai dan disyukuri

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”