Thursday, 9 August 2018

PANTUN MERDEKA..

ASSALAMUALAIKUM...


PANTUN MERDEKA

Panah direka pereka gundah,
mandi keringat meruang masa;
tanah pusaka merdeka sudah,
budi semangat pejuang bangsa.

Dipijak gajah sendayan rambun,
terkambus buah bacang dan nangka ;
sejak terjajah sekian  tahun,
tebus maruah juang merdeka.


Semat kerawang di pintu situ,
melutut leka memara sambas;
matlamat pejuang jitu satu,
tuntut merdeka  negara bebas.

Depan telaga ikat sepatu,
batu terbelah galang pekaka;  
harapan warga berkat bersatu,
direstu Allah julang merdeka.


Alim bertarhim lama bertasrif,
fikirbergugus melarik sangka ;
takwim Sheikh Fahim ulama arif,
di akhir Ogos  tarikh merdeka.


Belum teroka candi berkisi,
separa objek menghadang karun;
Stadium Merdeka  jadi saksi,
bendera Union Jack sedang turun.

11 comments:

  1. Selamat menyambut bulan kemerdekaan.
    Lebih kurang seusia kita.

    ReplyDelete
  2. pandainya berpantun. teringat masa belajar dulu, cikgu suruh cipta pantun je mesti sangkutt hhahaha

    ReplyDelete
  3. Moga ulangtahun kemerdekaan yang ke-61 tahun ini buat kita rakyat bertambah rasional bukannya beremosi...

    ReplyDelete
  4. Merdeka kita adalah satu anugerah. Moga kita tidak lena dgn amanah yg ada.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak paridah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Suka jika akak berpantun sebab ada sesetengah perkataan baru yang tidak pernah saya dengar, naifnya saya hehe.. Selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke 61, moga nikmat kemerdekaan ini sentiasa dijaga sebaiknya.

    ReplyDelete
  6. Salam merdeka.. nak ucap raya aidiladha sekali ni

    ReplyDelete
  7. TKSHWP SALAM MERDEKA..YA LBHKURNG USIA KITA PASCA MERDEKA

    ReplyDelete
  8. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 61 tahun rakyat Malaysia.
    Mana mungkin kita nak ubah jangan sebut perkataan 'merdeka' tu huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  9. TKSHMRSA DAH KEBIASAAN KITA SJK LAMA KAN

    ReplyDelete
  10. Salam kemerdekaan buat kak PI dan semua saudara rakyat Malaysia :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”