Monday, 27 August 2018

MEWAHNYA REZEKI LAUT...

ASSALAMUALAIKUM...

PENULIS SABAH NAZEKA KANASIDENA SAHABAT FB PI ADALAH SEORANG GURU PENOLONG KANAN MEMPUNYAI MINAT YANG BERBEZA DARIPADA KEBANYAKAN PENULIS IAITU HANYA FOKUS KEPADA PENULISAN DAN RUTIN KEHIDUPAN.

BELIAU INI WALAU SIBUK DENGAN TUGASANNYA SEBAGAI GURU TAPI MASIH MENCURI MASA MENYELAM DI LAUT DAN MENAIKAN HASILNYA YANG TIDAK SEDIKIT UNTUK SANTAPAN YANG SANGAT ENAK...TENTU BOLEH DISIMPAN DINGIN UNTUK LAUK BEKALAN SEBELUM BERKEINGINAN MENYELAM SEMULA DI LAUT DAN MENGUTIP HASILNYA YANG TERBAIK.

BAGI PI SIKAP SESEORANG YANG RAJIN PASTI MEMBUAHKAN REZEKI...BELIAU SANGGUP MEREDAH CABARAN DEMI PENUHI MINATNYA DENGAN BERANI.
PI TERUJA SEKALIMEMBACA CORETAN PENGALAMAN MENAIKAN HASIL LAUT YANG PELBAGAI SETIAP KALI MENYELAM DI LAUT SEKITAR PULAU PULAU DI SEMPORNA SABAH.

SEMEMANGNYA BELIAU SEORANG ANAK LAUT  YANG KEHIDUPANNYA BERSATU DENGAN SUASANA LAUT DAN TIDAK DAPAT LARI JAUH DARINYA.






SEMUA PIC NAZEKA KANASIDENA (C)

SHARE WALL FB NAZEKA KANASIDENA
Tak pernah menghampakan. Walau penat. Tapi puas hati. Sihat fizikal dan mental itulah yang utama.
Jam 9 sampai ke Pulau Manampilik. Lepas buat itu ini, pasang getah baru, ambik sarapan dan bagi salam sama penghuni laut (nasihat Ustad Taip) terus saya turun laut sekitar jam 10 pagi. Saya keluar sekitar jam 3 petang sudah.
Trip kali ini bilang P.Ramlee, membawa kemenangan gemilang. Hampir 30 kilo berat segala ikan ini. Tidak termasuk 2 kima (1 sudah ditanggalkan kerangnya semasa dalam laut), hampir 20 jenis siput (dollen keyat boa', kahanga' dan kamastuli).
Biar pun pedih telinga disengat tentakel obor-obor dan keadaaan dalam laut agak gelap dipenuh keladak dan sampah, saya ala bisa tegal biasa. Laut adalah kehidupan saya. Saya tempuh juga dengan ketabahan. Terbiasa sudah hati ini diserang kepedihan.
Perolehan hari ini ialah:
3 ekor Bollong
2 ekor Bakukku'
4 ekor Bukkaan
1 ekor Kepeng (Belanak sirip / ekor kuning)
1 ekor Bonte (Belanak ekor biru)
1 ekor Kubing (Kerapu Tikus)
1 ekor Leppe' Hitam
1 ekor Bukkan Jali'
1 ekor Oghos
1 ekor Mangaghat
1 ekor Ka'ulang
2 biji Kima Tabbah
4 biji Kahanga'
Pelbagai jenis siput
Mimang ndak tahabis di makan 1 orang. Kena batolong-tolong juga. Tidak larat mau mengerjakan ini segala ikan dan siput. Penat dikerjakan oleh laut. Mau-mau mabuk. Muntah. Linglung sahaya rang. Maafkan saya. Esok sajalah baru mengerjakan ikan ini dan dimakan. Awal saya tidur kalau begini. Pannat. Sehari suntuk dalam laut.

17 comments:

  1. Alhamdulillah. sedap ni :) fresh..

    ReplyDelete
  2. AMIIN TKSH EJULTZ SDP SGT TU

    ReplyDelete
  3. seronoknyaaa . saya follow sini #304

    http://sayesyadiya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. TKSH SYADIYA KHAIRUL SUDI FOLLOW SINI

    ReplyDelete
  5. Allhamdulillah... rezeki Allah sgt byk.... suka tgk ikan tu macam2 jenis n warna

    ReplyDelete
  6. Syukur...satu nikmat luar biasa...mendekati alam...lautan..subhanaAllah.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. dpt hasil laut yg segar mmg sedap dimakan, malah puas hati :)

    ReplyDelete
  8. TKSH SHIELA YA PELBAGAI JENIS IKAN N KERANGAN TU

    ReplyDelete
  9. TKSH PC REZKILAUT SELUAS LAUTNYA..MESTI BERANI MENYELAMINYA

    ReplyDelete
  10. AMIIN TKSH DIK KK HASIL SUMBER LAUT YG SEGAR XTERKATA SEDAPNYA.

    ReplyDelete
  11. TKSH FAIZAL ALHAMDULILLAH MEWAH REZKILAUT.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Hobi yang sangat berbaloi, disamping menikmati keindahan dunia bawah laut..

    ReplyDelete
  13. wsalam moga ustaz juga sht sekeluarga..ya hobi mnguntungkn tu

    ReplyDelete
  14. Comel pulak tengok ikan-ikan tu

    ReplyDelete
  15. TKSH IKAN YG COMEL N SEDAP DIMAKAN TU

    ReplyDelete
  16. kalau rajin berusaha...pasti lumayan hasilnya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”