Monday, 16 July 2018

MUSIM BUAH...

ASSALAMUALAIKUM...






MUSIM BUAH

Sudah tiba
bawa laba
anak kampung
lenguh cempung

Buah lebat
usah lambat
nanti ranum
masam umum

Hujung julai
ranting kulai
rambai manggis
gera hunggis

Buah dusun
lapis susun
tidak bejat
daya hajat

syukur amat
akan nikmat
Allah beri
kanan kiri

Iman takwa
kilik bawa
sujud tulus
atma telus





Nukilan;
PARIDAH ISHAK
Desa Melor, Serendah
SELANGOR DE
16 Jul 2018

13 comments:

  1. Seronok menikmati kelazatan bua2han tempatan.

    ReplyDelete
  2. banyak buah2an tempatan kala ni..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. TKSH WP..MUSIM BUAH MERIAH SUASANA

    ReplyDelete
  4. TKSH NOHAS KALAU DUK DUSUN BUAH JEM NK MKN BUAH

    ReplyDelete
  5. aku suka buah durian ....

    ReplyDelete
  6. kt area sini org jual durian belambak2

    ReplyDelete
  7. TKSH ANIES BOLEHLH NK MKN DURIAN PUAS2 LA NI HARGA PUN OK

    ReplyDelete
  8. Sana sini durian.. mmg puas makan mcm2 durian sekarang.. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. Dah lepas raya, musim durian pulak..
    Bila la saya nak diet ni..hihi

    ReplyDelete
  10. Seronoknya kalau ada dusun buah-buahan. Terutamanya durian. Tapi tanah kebun aruah mak tanahnya tidak sesuai asyik mati je pokok-pokok buah-buahan yang kami cuba tanam. Hanya yang ada sekeliling rumah je.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”