Saturday, 21 July 2018

JOM PI PERLIS BELI ORKID...

ASSALAMUALAIKUM...

KANGAR - Pelbagai spesies orkid dan tanaman hutan mencuri tumpuan pengunjung di Pesta Orkid dan Flora UTC Perlis yang membuka tirainya, semalam.
Pengarah Urusan BMC Venture, Sayed Mohd Asri Sayed Mothar berkata, pesta ini akan berlangsung selama 10 hari sehingga 29 Julai depan.
Katanya, terdapat 50 gerai termasuk gerai pakaian, minuman dan makanan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 12 malam sepanjang pesta berlangsung.
“Alhamdulillah, ini julung kalinya kita bekerjasama dengan UTC Perlis dengan penyediaan tempat selesa,” katanya.
Menurutnya, pengunjung juga berpeluang membawa pulang sebuah kereta, loket emas dan lain-lain barangan istimewa melalui acara cabutan bertuah.
“Setiap kupon cabutan bertuah boleh didapati daripada penjual untuk setiap pembelian yang mereka lakukan,” katanya.
Sayed Mohd Asri berkata, pesta ini mengumpulkan usahawan orkid dan anak pokok buah buahan dari seluruh Malaysia.
“Yang pastinya orkid hutan dan orkid hybrid pasti menjadi tumpuan penggemar orkid apatah lagi kita turut menawarkannya pada harga borong,” katanya.
Tambahnya, mereka turut menyediakan khidmat penasihat pertanian yang sedia memberi tunjuk ajar.
“Kepada orang utara, khususnya di Perlis jangan lupa berkunjung ke pesta orkid ini dan berhibur bersama artis jemputan seperti Shaa Pertama Kali yang akan membuat persembahan malam ini (Sabtu) diikuti Is Projector Band keesokannya dan ramai lagi,” katanya.

SINAR HARIAN


10 comments:

  1. wah..orkid memang cantik dan terbaik...

    menanamnya boleh memberi rasa puas kepada pencipta orkid

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH BLOGGER HANAFI OKID CNTIK N LAMBAT LAYU BUNGANYA

      Delete
  2. wahhhh tarikan terbaru di perlis selain harum manis!

    ReplyDelete
  3. TKSH WP PEMINAT OKID MESTI TAK LEPASKAN PELUANG KE SINI

    ReplyDelete
  4. TKSH FARHANA BETULH TU JADI TARIKAN BARU

    ReplyDelete
  5. Salam blogwalking petang isnin admin. semoga dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  6. WSALAM TKSH SUDI SINGGAH SINI

    ReplyDelete
  7. Zumal dah pergi, memang banyak pilihan orkid tu. Cantik sangat. Kebetulan pergi utc nak renew roadtax...

    ReplyDelete
  8. sy g sungai buloh je kak hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”