Sunday, 29 April 2018

PERAYU UNDI...

ASSALAMUALAIKUM...

JOM PULANG MENGUNDI
sumber:
Cengkerama (2018), TabirAlam
SELOKA PERAYU UNDI

Perayu undi tugas sambilan,
pikat pengundi tak payah iklan.
Perayu undi wakili parti,
jeling pengundi tak puas hati.
Perayu undi letih berdiri,
tak ubah robot habis bateri.
Perayu undi pilihan raya,
petah bercakap cuba perdaya.
Perayu undi dalam kereta,
pengundi lawan mulalah meta.
Perayu undi muka dah merah,
lawan bertekak tak tentu arah.
Perayu undi jarang mengalah,
pengundi enggan jadi berbalah.
Perayu undi kaki jenaka,
pengundi muda terlebih ingka.
Perayu undi lajak sempadan,
bertemu ruas baru sepadan.

OLEH
YAHTI HAYATI

12 comments:

  1. Assalamaualaikum kak, moga sentiasa diberiukan kesihatan yang baik.
    Musim pilihanraya sudah tiba.. Pilihlah yang mana satu idaman kalbu hehe..

    ReplyDelete
  2. TKSH DIK USTAZ ALHAMDULILLAH MMGA USTAZ JUGA SHT SEJHTERA SEKELUARGA..YA UNDILH PILIHAN YG TEPAT

    ReplyDelete
  3. mcm gelagat perayu undi...hihi..

    ReplyDelete
  4. Macam-macam ragam boleh terlihat di hari mengundi...hehe..

    ReplyDelete
  5. kita tak yah berpulang, kita mengundi kat sini ja kakak

    ReplyDelete
  6. TKSH NOHAS..HEH..HEH..MMG PUN

    ReplyDelete
  7. TKSH PC HEH..HEH..GELAGAT MRK MERIAH HARI MNGUNDI

    ReplyDelete
  8. TKSH ZUE..YEKE BAGUS TU JIMAT BELANJA

    ReplyDelete
  9. Dulu pernah juga ikut jadi jentera perayu undi. Tp masa tu zaman bujang.. dari pagi sampai ke pagi ke sana sini bagi risalah hehee :D

    ReplyDelete
  10. tksh dik KK wah ada pengalaman juga ya seronok tu

    ReplyDelete
  11. Zumal rasa tak sabar nak pergi mengundi...

    ReplyDelete
  12. paling x leh terima perayu undi bermulut celopar...eee geram betul sukati kite laa nk undi sapa kannnn

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”