Sunday, 4 March 2018

ULASAN BUKU HIJRAH MERDEKA...

ASSALAMUALAIKUM....

MINGGUAN MALAYSIA HARI INI AHAD 4 MACH 018 MENYIARKAN ULASAN BUKU HIJRAH MERDEKA TULISAN PI....ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH EDITOR RUANG SASTERA ATAS KESUDIAN MENYIARKAN KARYA KECIL PI...





HIJRAH  MERDEKA
Genre : Antologi Sajak
Penyelenggara :
Ilhami Hisham
Penulis : 61 orang (Malaysia 59), (Thailand 1), (Singapura 1)
Penerbit : BeTA IBH
Nombor ISBN : 978-967-13893-7.9 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 248
Pengulas : Paridah Ishak

             HIJRAH MERDEKA menggabungkan ramai penulis tanah air bersajak dalam antologi ini. Aksara sajak yang dinukil penuh bersemangat setiap stanza sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan Malaysia yang ke 60.
            Karya puisi sajak semuanya sangat puitis berseni untuk dihayati. Penulis-penulisnya menelusuri makna kemerdekaan dalam berbilang erti dan menilainya menyantuni karya yang ditulis menyentuhi hati yang membacanya.
            Antara penulis- penulis yang terlibat ialah Abdul Hamid Halim, Ahmad Safarman, Hassuna Abd.Rahman, Intan Suhana Saaim, Jefri Mohd Zain, Jelison Jupin, Juarina Hasan Md Sharee Abd.Ghani, Mohd Afiq Syazwan, Mustafa Siraj, MS Rindu, Norgadis Labuan, Nor Syafikah Mohd Nor, Nur Hafishah Azmi, Nurul Syahida Hasan, Paridah Ishak, Pauzi Mohd Isa, Sarji Kasim, Shahirah Ali Zana, Shahiran Roslan, Siti Robiah Ismail, SMahazir Syed Ibrahim, Tun Kreatif, Yasin Yesyen, Yus Efendy, Ali Almuradi. Asmira Suhadis, CT Nurza, JA Anilaz, Masnita Aladin, Masriyah Misni, MZ Halim Hasan, Nazim Mohd Subari, Nurimas Sn, Rosly Mohamed, Sabariah Nor Saleh, Sauadah Shafei, Siti Zaiton Ahmad, Syifaq Hanani, Sufian AM, Fathanah Shafei. Aizamin Abd. Aziz, Anie Din, Arifwacana, Ezrin Asyikin Zakaria, Hanif Hashim, Ilham Pujangga, Kursiah Hanum, Linda Mohd Nor, Nanda Kumar Darmadoran, Nora Markom, Norhaida Shamsudin, Nurhannan Abd.Rafar, Piao Liang Adawiyah, Sarji Kassim, Shahiran Ruslan, Sosonjan A Khan, Syifuddin Jun Duakim, Wacana Minda dan Wong Hung Fun.
            Memetik aksara sajak Dato’ Ibrahim Ghafar selaku penasihat Beta IBH, di halaman utama antologi ini;

             Lima puluh sembilan tahun ulang tahun kemerdekaan
            Merdeka bukan sekadar pesta pestaan
            Hidupkanlah roh+jiwa+semangat nian…
            Kitalah titis+asab+salasilah+keturunan
            Para leluhur; perjuangkan kemerdekaan
            Hak+hakikat+hakiki bangsa dan kedaulatan
            Awas; perhati kiri kanan kita
            Keluar-dalam diri kita sejujurnya
            Tanya; merdeka sebenar untuk siapa
            Hijrahlah menuju kemerdekaan jiwa…

            Dato’ Dr. Ibrahim Ghafar
            Penasihat BeTA

            Dengan membaca buku antologi sajak  HIJRAH MERDEKA ini, ia pasti akan menyuburkan lagi rasa kecintaan kita kepada negara selagi kita adalah warganya tanpa mengira tarikh 31 Ogos yang ditetapkan pada 1957. Selari makna pilihan penyelenggaranya saudara Ilhami Hisham dimuka  antologi ini iaitu SEMANGAT HIJRAH JIWA MERDEKA.

8 comments:

  1. tahniah, kak...ramai jg penyajak2, yg bangsa Tionghua pun ada..

    ReplyDelete
  2. TKSH NOHAS YA RAMAI SEKALI PENUKILNYA TERMASUK PNYAIRNYA DRPD KALANGAN TIO
    NGHUA

    ReplyDelete
  3. Tahniah ^^ Mesti best kan.. antalogi ni, mana boleh dapat ya?

    ReplyDelete
  4. TKSH YUN SING...NAK KE BAGI ALAMAT NANTI DIKIRIM

    ReplyDelete
  5. tahniah Kak..
    Moga terus suksess

    ReplyDelete
  6. TKSH FIDAH AMIIN..INSYAA ALLAH

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”