Thursday, 29 March 2018

SANTUN BERPANTUN...CATATAN KEMBARA...

ASSALAMUALAIKUM...



Alhamdulillah antologi puisi SANTUN BERPANTUN dan anekdot travelog CATATAN KEMBARA terbitan SPTA selenggaraan sifu TABIR ALAM merupakan karya pertama PI disiar di dalam buku pada 2018. Tidak lama lagi akan menyusul pula antologi HAIGA MELAYU, ASMARADANA dan PANTUN SERUMPUN. Ketiga-tiga puisi yang bakal terbit dinukil penulis penulis SPTA dengan bimbingan sifu TABIR ALAM demi menjaga kualiti karyanya pada tahap terbaik.

            Sejak PI didukung penulis SANIAH MASRI 2016 dan diletakan dalam grup penulisan ini hingga kini PI telah berjaya menghasilkan 15 buku karya bersama pelbagai genre;

1.    SERIBU SONIAN.
2.    HAIKU PELANGI.
3.    HAIKU SAYEMBARA.
4.    SONETA ALEGORI.
5.    BERBALAS PANTUN.
6.    POLIGENRE.
7.    CERINGKAS.
8.    AGRARIA.
9.     MEMORI AIDILFITRI.
10.  CENGKERAMA.
11.  HAIBUN REGIS
12. SAJAK AIDILFITRI
13. PANTUN BERKAIT.
14. SANTUN BERPANTUN.
15. CATATAN KEMBARA

Tentulah dengan bimbingan sifu yang sangat tegas lagi komited ini. Terima kasih banyak sifu atas kesudian memberi ilmu sastera bermenfaat. Semoga sifu sentiasa dalam keadaan afiat dan peroleh keberkatan dalam menabur bakti membimbing pencinta sastera berkarya  sebaiknya.
            Mengulang secebis kata-kata sifu; “mereka yang ingin berjaya menukil karya adalah mereka yang reda menerima teguran.” Kalau asyik perasan karya kita terbaik tanpa sedari kesilapannya sudahnya tidak akan kemana.
          Buku-buku terbitan SPTA mengisi rak perpustakaan negara sebagai karya warisan kepada anak bangsa seterusnya atas usaha sifu Tabir Alam.

Terimakasih kawan kawan grup seperjuangan SANIAH MASRI, YAHTI HAYATI, NOR AZIZAH MAK RUSS  SRI MAWAR, SAUDAH LAZIM, SETI ZALEHA  PAK ENGKU , WAHIDAH SYAHIDA IDA, ISSEY, CIKGU Pauzi, cikgu Nazim, NANDA TOK BATIN, PADIN MAJID, MASS ON, JALIMAH, SAUDAH, PENA PERMAI DLL yang saling berkongsi kefahaman dan kerjasama.

13 comments:

  1. Wow! Tahniah but K.PI dan rakan-rakan sealiran.

    ReplyDelete
  2. TKSH MRSA ALHAMDULILLAH..TLS2 ISI MASA JE

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah kak PI..moga akak dan rakan-rakan terus berkarya ya...

    ReplyDelete
  4. Tahniah, kak..menerima kritikan, komen, teguran, yang membina dari mereka yg berpengalaman utk buat yg terbaik..

    ReplyDelete
  5. TKSH PC..INSYAA ALLAH MOGA SENTIASA DIANUGERAHI-NYA ILHAM UNTUK BERKARYA

    ReplyDelete
  6. TKSH NOHAS YA MESTI BERSEDIA DKRITIK N DITEGUR N MENERIMANYA DENGAN BERLAPANG DADA

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Pertamanya, Tahniah dan tahniah, atas penghasilan 15 buku karya pelbagai genre tersebut. Mudah-mudahan akak dan rakan-rakan sentiasa dipermudahkan untuk berkarya buat tatapan kami semua.. Keduanya, saya sangat terkesan dengan ayat motivasi ini: "mereka yang ingin berjaya menukil karya adalah mereka yang reda menerima teguran." Saya berharap beroleh sahabat yang sentiasa menegur kesilapan, dan dianugerahi hati yang sentiasa redha dan mudah berlapang dengan teguran. Ameen..

    ReplyDelete
  8. WSALAM DIK USTAZ DIK USTAZ DOA KAK UTK DIK USTAZ JUGA..YA KALAU HNDK BRKRYA DGN MOLEK N SEMPURNA MESTI BERSEDIA MRIMA TEGURAN MRK YG LBH ARIF...INSYAA ALLAH DI KALANGN USTAZ RAMAI SHBT YG REDA DITEGUR

    ReplyDelete
  9. banyak juga tu smpi 15 buah... semoga terus sukses kak!

    ReplyDelete
  10. Teruslah menulis.
    Asahlah bakat yang ada.
    karya2 Pi dan sahabat2 akan jadi warisan sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  11. Semoga terus sukses yer akak...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”