Sunday, 19 November 2017

KENAPA MAHU MENULIS BUKU

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT BERHUJUNG MINGGU Saya di Perpustakaan Singapura mengendalikan bengkel di tingkat 10, National Library Board Singapore. Lain tempat lain tujuan orang menulis buku. Di sini aktiviti penulis menghasilkan buku yang menyimpan pengetahuan, pengalaman dan hidup sangat aktif khususnya dalam bahasa Inggeris. Komuniti penulis dalam berbahasa Melayu dilatih bagi memperbanyakkan buku dalam pelbagai topik. Dalam banyak keadaan. Kita selalu tertanya. Mengapa ada orang memilih menjadi penulis buku? 1. Tidak mahu terlupa Kita sukar mengingati semua perkara. Maka menulis buku adalah ikhtiar menjadikan pengetahuan, bakat, pengalaman dan hobi dapat disimpan sempurna. 2. Tidak mahu dilupakan Perkataan yang diucap hilang dibawa angin sehinggalah ia ditulis. Kita mahu diingati melalui himpunan perkataan yang memberi pengetahuan, panduan, hikmah dan menghidupkan kita di sisi orang kita sayang. 3. Menguatkan makna hidup Menulis adalah memberi kepada pembaca. Itu menjadikan kita memenuhi hasrat diri menjadi manusia yang berfungsi dalam masyarakat. 4. Membina perjalanan hidup baharu Kita mahu membezakan rutin sedia ada apabila memilih menulis buku. Aktiviti menulis dapat dirapati berkali-kali kerana setiap buku membawa topik dan pandangan berbeza. Hidup menjadi baharu dan mengendurkan kita daripada tekanan rutin yang sama. Dalam empat perkara ini, di manakah anda? Selepas pulang mengendalikan bengkel di Singapura dan Korea, saya mahu bertemu anda. Mahu belajar cara menulis buku umum pertama? Bukan novel, cerpen, cerita kanak-kanak. Tetapi buku umum yang menggunakan pengalaman, pengetahuan dan hobi anda menjadi buku pertama pada tahun hadapan? Mulakan langkah dengan mengklik web ini subscribepage.com/bengkel_kursus_penulisan_buku Kita jumpa di sana .... Kisah Alumni Dua buku terbit serentak! Selepas bengkel penulisan dihadiri, Zarinah pulang ke Johor dan dalam diam-diam menyiapkan buku pertama. Bukan satu, tetapi dua secara bersama rakan, El Dedeque. Zarinah berkata, " Alhamdullilah. Dari angan-angan menjadi realiti. Berangan itu percuma, menjadikan ianya realiti kenangan paling bermakna sekali. Dua buah buku kami sudah sedia dirak. Tak sabar untuk menemui pembaca terawal. Kata sahabatnya, El Dedeque, "Alhamdulillah, akhirnya nak ada buku sendiri telah tercapai. Dari dulu masa sekolah pernah mengimpikan mempunyai buku sendiri di rak buku. Dari mula-mula nak terbit sebuah dahulu. Alhamdulillah rezeki dapat keluarkan serentak dua buah buku yang mana diadaptasi dari modul kelas-kelas kami sebelum ini....Boleh kata buku pertama genre ini diterbitkan dalam Bahasa Melayu." Dari pembaca menjadi penulis. Beri peluang kepada angan-angan sendiri dengan mengklik subscribepage.com/bengkel_kursus_penulisan_buku EMEL ZAMRI MOHAMAD

11 comments:

  1. Asalam Kak PI..wah bersiar2 di Temasik dahulu. Kota singa..teruskan menulis apa yg dikatakan tu betul tak mampu ingat semua maka bukukan agar ada generasi alaf 21 akan tahu

    ReplyDelete
  2. TKSH BUKA KAK YG KE SINGAPURA TU TAPI PENULIS ARTIKEL INI.

    ReplyDelete
  3. selalu teringat untuk menulis buku,tapi sampai kesudah rancangan tu hanya tinggal angan-angan,hemmm terima kasih entry ni kak,bagaikan suntikan semangat..

    ReplyDelete
  4. saya pun ada angan-angan nak tulis buku Kak tapi tak pandai mengarang buku. hihi

    ReplyDelete
  5. TKSH IRDA...CUBALH IRDA TLS BUKU. BNYK ILMU YG ADA BOLEHDIKONGSI TU

    ReplyDelete
  6. TKSH DP..MULIS BUKN MASALAH BAGI DP KOT SBB SORANG PHD MESTI TLS BUKU ILMIAH KAN

    ReplyDelete
  7. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak.... Apa khabar ? Didoakan akan sihat sejahtera. Mudahan apa yang dicitakan tercapai dengan penuh keceriaan. Seronok membaca mereka yang sudah berjaya menghasilkan buku. Jika hati senang dan suka, semua yang kita buat akan menjadi tanpa halangan. Terkadang kesibukan tugas menjadi alasan klaise yang tidak mampu disingkir untuk menjelaskan sebab terbantutnya hasrat menulis buku. Cukuplah buat setakat ini saya menulis tanpa buku kak.

    Salam rindu selalu dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  8. Bukan semua orang boleh menulis buku.
    Buka semua orang ada peluang, ruang dan kesempatan untuk menulis dan menghasilkan karya.
    kepada yang dianugerahi bakat, minat dan semangat, teruslah berkarya.
    Karya penulisan yang bermanfaat akan menjadi saham dunia dan akhirat kita juga.

    ReplyDelete
  9. nk jd penulis bkn setakat byk idea tp zero ilmu penulisan. nak jd penulis bkn setakat hobi tp jg perlu ada bakat...

    ReplyDelete
  10. Peluang untuk mereka yang berbakat

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”