Wednesday, 29 November 2017

SONETA MELAMUN RINDU...

ASSALAMUALAIKUM...





SONETA
MELAMUN RINDU


Datanglah kasih  mengulit rasa
kukirim rindu menggebu syahdu
ingin bersama setiap masa
mengubat lara hati yang sendu


Maafkan aku duhai Kekasih
meninggalkan-Mu melompong atma
mudah-mudahan cintaku masih
hanya untuk-Mu  selama-lama.


Basah bibir bertasbih, berzikir
munajat doa mengusir alpa
mengisi jiwa yang amat fakir
hamba yang hina menunduk rupa.


Ilahi Rabbi rindu bertemu
pasrah dan reda akan takdir-Mu

PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA

SELAGOR DE

Monday, 27 November 2017

FOLLOWERS BARU....

ASSALAMUALAIKUM....

TERIMA KASIH KEPADA DUA FOLLOWERS BARU BLOG PI...USRIE NORIE, AMANDA SURIA...KESUDIAN MENGIKUTI BLOG PI YANG SEMAKIN MERUDUM PV INI AMAT PI HARGAI....WAIMA BLOGGERS , VIEWERS YANG  SUDI MENEMPATKAN WAJAH DI KOTAK FOLLOWERS BLOG KARYAKU SILAKANLAH...PI BERBESAR HATI SEKALI MENERIMA KEHADIRAN FOLLOWERS  BLOG PI...TERIMA KASIH BANYAK ...ANLIAN ADALAH SUMBER INSPIRASI PI UNTUK MENULIS SESUATU DI SINI...

Usry Norie

USRIE NORIE

Amanda Suria

AMANDA SURIA

Sunday, 26 November 2017

PELANCARAN ANTOLOGI TRIBUNAL CINTA SUARA KEKASIH CINTA SUARA KEKASIH RINDU...

ASSALAMUALAIKUM...

SEMALAM SABTU 25 NOV 017...PI BERPELUANG MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN TIGA BUAH ANTOLOGI TERBITAN PENA PADU IAITU TRIBUNALCINTA, SUARA KEKASIH CINTA DAN SUARA KEKASIH RINDU...DIBAWA ANAK-ANAK.
GAH SEKALI MAJLISNYA DENGAN PELBAGAI ACARA MENYERIKANNYA.

MAJLIS BEGINI MESTI ADA ACARA DEKLAMASI PUISI ...KALI INI DISAMPAIKAN PENDEKLAMATOR KEMBAR BERBAKAT ROSMIENI DAN ROSMIENA CHE MAT DAN NURUL SYAHIDA HASAN.
ULASAN BEDAH KARYA CERPEN DAN SAJAK DISAMPAIKAN PENULIS DBP ABANG PADELI ABANG MUHI....

DAPATLAH PI MENGENALI SEORANG YANG SERING LIKE KARYA YANG PI POS DI LAMAN E-SASTERA FB ...HEH..HEH..TERASA MALU PULA SEBAB BELIAU BUKAN SEBARANG PENGKARYA.

PENULIS DAN PENGACARA MAJLIS YANG JELITA ZALEENA ENA MENYAMPAIKAN ALUNAN SYAIR INDAH MERDU BERGANDING DENGAN PENYELANGGARA TRIBUNAL CINTA NURIMAS.

MAJLIS YANG DI ADAKAN DI PERPUSTAKAAN BANGI SEMPURNA SEKALI DENGAN KEHADIRAN PENULIS PENGARAH FILEM TERKENAL YASIN SALLEH, PENULIS ALOY INDERA, ZARIR ALI, FAISAL HASHIM, MF JINGGAWAN DAN RAMAI LAGI YANG TIDAK PI TAHU NAMANYA.

DAPAT PULA BERTEMU DENGAN PENULIS TUNKU ZARITA  TUNKU MOKHTAR, ISHAH SHAMSUDIN, ZALEENA ENA, CT NURZA , ALONG NURIMAS, ILHAM PUJANGGA YANG BUAT PI TERHARU DENGAN SAMBUTAN DAN TEGUR SAPA MEREKA YANG RAMAH BERBUDI BAHASA.








Friday, 24 November 2017

MENJADI PENULIS BUKU UMUM...

ASSALAMUALAIKUM....

Kami baru sahaja selesai mengendalikan bengkel di Pulau Nami, Korea. Tangan masih terketar-ketar kerana suhu 4 darjah selsius.
Ini adalah bengkel kedua selepas anjuran National Library Board of Singapore dua minggu lalu.
Orang biasa-biasa dan bermula kosong sudah mula memberi peluang kepada diri sekurang-kurangnya mencapai satu buah buku sepanjang hidup mereka.

Kali ini kami ke Kuala Lumpur atas usaha DNC Venture.

Pada 16 Disember, tukarkan pengalaman, pengetahuan dan bakat menjadi buku pertama sebagai cara saudara meraikan kedatangan tahun hadapan. 
Mahu menulis buku walaupun bermula kosong, maka bermula di sini. 
Bengkel Menulis Buku Umum Pertama
Sabtu, 16 Disember 2017
Tempoh 53 hari
Apa yang berlaku?
Melibatkan 7 hari kelas online, sehari bengkel lapangan, 45 hari susulan secara online.
Terkejut, 53 hari?

Ya, keseluruhan 53 hari saya untuk anda. Insya-Allah. Kita berlari bersama-sama. Kita bayangkan tahun hadapan, dari pembaca menjadi penulis. Nampak kulit buku yang tertera nama kita buat kali pertama.
Adakah anda sesuai datang?
Ya, sesuai untuk penulis baharu yang bermula dari kosong.
Tahun ini sahaja lebih 40 judul  masuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan enam judul baharu hasil usaha penulis yang bermula dari kosong.

Saya kosongkan 16 Disember, untuk anda belajar sekali dan kembali tulis berkali-kali.

Klik di sini untuk mendaftar subscribepage.com/bengkel_kursus_penulisan_buku
Kuasai sekali dan tulis berkali-kali.

EMEL ZAMRI MOHAMAD

Wednesday, 22 November 2017

NAZAM ALAM HARMONI...

ASSALAMUALAIKUM...



NAZAM ALAM HARMONI

Bismilah itu permulaan kalam
bernazam indah ceritera alam

Kejadian Allah amat sempurna
melengkap perlu makhluk sesama

Kasihnya Rabbi kepada hamba-Nya
tidak terlafaz dengan bicara

Alam semesta luas saujana
bagai lukisan Allah laksana

Gunung ganang tegak mempasak
jangan ditarah jangan dirabak.

Rimba dan hutan usah dicerah
takut mengundang bahana Allah


Ujudnya adalah mengelak olah
kala hujan lebat mencurah


Mergastua serangga flora dan fauna
rimba belantara adalah istana


Sungai dan tasik bagai al khautsar
wajar dijaga bukan dicemar

Tempat berenang hidupan dasar
sambil bertasbih kecil dan besar

Khalifah alam pilihan Allah
umat manusia pikul amanah.

Jujur dan ikhlas bertanggung jawab
agar Allah tidak mengazab.

Bersatu kita bersama alam
kehidupan pasti aman tenteram.

Selawat dan salam junjungan mulia
bersama Rahim-Nya menghuni dunia.


PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA

SELANGOR DE

Tuesday, 21 November 2017

SURVIVOR CAMP 2017 TAMAN WETLAND PUTRAJAYA 28-30 NOVEMBER 2017


ASSALAMUALAIKUM....

SURVIVOR CAMP 2017





Survivor Camp Taman Wetland Putrajaya kembali lagi Sempena cuti persekolahan akhir tahun, program tahunan Survivor Camp 2017 akan diadakan di Tapak Perkhemahan Taman Wetland Putrajaya, berteraskan modul dan aktiviti pendidikan kendiri yang menarik dan sesuai untuk anak anak mengisi masa terluang sepanjang musim cuti sekolah.

Aktiviti perkhemahan 3 hari 2 malam ini terbuka kepada Junior Survivor (8-12 tahun) yang bermula dari 28 hingga 30 November 2017. Program berkonsepkan ikhtiar hidup dan teknik survival ini juga menekankan pendidikan berasaskan alam semulajadi yang mampu melatih golongan pelajar membina keyakinan diri dalam menghadapi suasana yang mencabar.


Jika berminat, hubungi pihak urusetia di talian 011-1479 4605 (Noradli), 012-202 6858 (Sham), 012-353 1670 (Ninie) dan 03 - 8887 7774 (kecuali hari isnin) atau e-mail ke putrajayawetland@gmail.com 

Peluang menarik untuk motivasi anak anda. Daftar segera. 

Nota : Isnin tiada perkhidmatan taman ditawarkan kerana tutup (hari penyelenggaraan).



Monday, 20 November 2017

SYAIR PIPIT DAN ENGGANG..

ASSALAMUALAIKUM.... [

 SYAIR PIPIT DAN ENGGANG


 Pipit dan enggang syair dikarang,,
 Mengepak sayap bukan sebarang,
 dimusnah hapus memang dilarang,
harmoni hidup namun berenggang.

 Pipit tuli namanya diberi,
 pipit uban jenisnya sendiri,
burung nan kecil rendah di kali,
di sawah padi kerap sekali.

 Sering bersama di batas ban,
berkawan-kawan hinggap di reban,
 kutip bijirin di perdu leban,
kemuncut halus ternyata saban.

 Sekawan pipit memakan padi,
paruhnya kecil tidak bergigi,
musuh petani dihambat pergi,
agar hasilnya berguni-guni.

 Enggang tinggi di pohon merimbun,
bangun sosoknya ketara anggun,
 hebat rupanya lihat terpegun,
di rimba raya tempat memegun.

 Jarang temui enggang berkawan,
dengan pasangan kadang berlawan,
besar rezeki tidak cukupan,
gaya hidupnya memang demikian.

 Tidaklah hairan harus terima,
enggang dewasa dengan caranya,
jangan berkurang mewah selesa,
juang bersungguh akan takdirnya.

 Enggang dan pipit hanya anologi,
sifat berlawan suratan diri,
pasrah reda kehendak Ilahi,
puisi syair elegi hati.


 PARIDAH ISHAK

SELAYANG UTAMA
SELANGOR DE

Sunday, 19 November 2017

KENAPA MAHU MENULIS BUKU

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT BERHUJUNG MINGGU Saya di Perpustakaan Singapura mengendalikan bengkel di tingkat 10, National Library Board Singapore. Lain tempat lain tujuan orang menulis buku. Di sini aktiviti penulis menghasilkan buku yang menyimpan pengetahuan, pengalaman dan hidup sangat aktif khususnya dalam bahasa Inggeris. Komuniti penulis dalam berbahasa Melayu dilatih bagi memperbanyakkan buku dalam pelbagai topik. Dalam banyak keadaan. Kita selalu tertanya. Mengapa ada orang memilih menjadi penulis buku? 1. Tidak mahu terlupa Kita sukar mengingati semua perkara. Maka menulis buku adalah ikhtiar menjadikan pengetahuan, bakat, pengalaman dan hobi dapat disimpan sempurna. 2. Tidak mahu dilupakan Perkataan yang diucap hilang dibawa angin sehinggalah ia ditulis. Kita mahu diingati melalui himpunan perkataan yang memberi pengetahuan, panduan, hikmah dan menghidupkan kita di sisi orang kita sayang. 3. Menguatkan makna hidup Menulis adalah memberi kepada pembaca. Itu menjadikan kita memenuhi hasrat diri menjadi manusia yang berfungsi dalam masyarakat. 4. Membina perjalanan hidup baharu Kita mahu membezakan rutin sedia ada apabila memilih menulis buku. Aktiviti menulis dapat dirapati berkali-kali kerana setiap buku membawa topik dan pandangan berbeza. Hidup menjadi baharu dan mengendurkan kita daripada tekanan rutin yang sama. Dalam empat perkara ini, di manakah anda? Selepas pulang mengendalikan bengkel di Singapura dan Korea, saya mahu bertemu anda. Mahu belajar cara menulis buku umum pertama? Bukan novel, cerpen, cerita kanak-kanak. Tetapi buku umum yang menggunakan pengalaman, pengetahuan dan hobi anda menjadi buku pertama pada tahun hadapan? Mulakan langkah dengan mengklik web ini subscribepage.com/bengkel_kursus_penulisan_buku Kita jumpa di sana .... Kisah Alumni Dua buku terbit serentak! Selepas bengkel penulisan dihadiri, Zarinah pulang ke Johor dan dalam diam-diam menyiapkan buku pertama. Bukan satu, tetapi dua secara bersama rakan, El Dedeque. Zarinah berkata, " Alhamdullilah. Dari angan-angan menjadi realiti. Berangan itu percuma, menjadikan ianya realiti kenangan paling bermakna sekali. Dua buah buku kami sudah sedia dirak. Tak sabar untuk menemui pembaca terawal. Kata sahabatnya, El Dedeque, "Alhamdulillah, akhirnya nak ada buku sendiri telah tercapai. Dari dulu masa sekolah pernah mengimpikan mempunyai buku sendiri di rak buku. Dari mula-mula nak terbit sebuah dahulu. Alhamdulillah rezeki dapat keluarkan serentak dua buah buku yang mana diadaptasi dari modul kelas-kelas kami sebelum ini....Boleh kata buku pertama genre ini diterbitkan dalam Bahasa Melayu." Dari pembaca menjadi penulis. Beri peluang kepada angan-angan sendiri dengan mengklik subscribepage.com/bengkel_kursus_penulisan_buku EMEL ZAMRI MOHAMAD

Friday, 17 November 2017

KENALI PENULIS NURIMAS SN....

ASSALAMUALAIKUM...
SALAM JUMAAT MULIA


CT Nurza WALL FB
16 hrs 
 
NURIMAS SN PENUKIL HANDALAN (HSKU 2016)

DENGAN panggilan popular, terhebat dan termasyhur, beliau lebih mesra dan serasi dengan nama jolokan rakan-rakan grup Tribunal Cinta sebagai Tok Moh Petir atau Nurimas SN, Akademik Sanggar Nurimas, S Amir On, Aaron Lajis, Izzue Selam dan lain-lain. Nama sebenar beliau ialah Samiron bin Rahmat. Berasal dari Pontian, Johor. Seorang Penulis prolifik dalam bidang cerpen, puisi serta pelbagai genre lain seperti novel. Beliau merupakan penulis awet muda yang paling menyerlah dan hebat dalam dunia penulisan kreatif tanah air mutakhir ini.

Sehingga kini lebih daripada puluhan karya telah dihasilkan oleh beliau dan diterbitkan dipelbagai penerbitan media arus perdana. Antara akhbar-akhbar dan majalah yang telah banyak menerbitkan karya-karya eceran beliau ialah Berita Harian, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia S2, Majalah Wanita Kumpulan Karangkraf, Majalah Dewan Sastera, Majalah Pendidik serta lain-lain lagi.

Bertugas sebagai seorang kaunselor bertauliah, rutin harian beliau sentiasa sibuk dengan tugasan seharian. Namun beliau masih mampu berkarya dengan gigih dan tekun serta membuktikan kesibukan bukan halangan dan alasan untuk tidak berkarya, jika ada kemahuan dan keinginan. Sikap dan kesungguhan beliau seharusnya menjadi contoh dan ikutan generasi muda yang menyintai dunia penulisan.

Wednesday, 15 November 2017

LINE SEMPUT SOKMO..

ASSALAMUALAIKUM...



LETIH JUGA MENUNGGU LINE LOADING APA YANG KITA PERLU MENYUSAHKAN PI NAK MENGUPDATE BLOG DAN BW SINGGAH KE BLOG ADIK-ADIK DAN ANAK-ANAK SEMUA...TERPAKSALAH PI MENUNGGU LINE AGAK OK UNTUK BUAT SEMUA TU...KALAU LINE SEMPUT MEMANJANG JEMU JUGA MENANTINYA....TERPAKSALAH DITINGGALKAN SAJA DENGAN BERAT HATI..

WORDLESS HEH..HEH..

Tuesday, 14 November 2017

PEMENANG HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2016...

ASSALAMUALAIKUM....

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG HADIAH SASTERA UTUSAN YANG DIBERIKAN KEPADA PEMENANGNYA MALAM TADI....ANTARA PEMENANGNYA ADALAH SAHABAT PENULIS ALONG AKADEMI SANGGAR NURIMAS, CIKGU NAZIM MOHD SUBARI DAN DIKNA

DIKNA ADALAH PENULIS MUDA DARI RAUB YANG SERING PI KONGSI POS FB BELIAU DI SINI...MENANG KARYA CERPEN SELIPAR AMIRUL MUKMININ.

CIKGU NAZIM MOHD SUBARI ADALAH RAKAN PENULIS DALAM GRUP PENULISAN SPTA
MENANG DENGAN PUISINYA PISAU RISAU.

DAN ALONG AKADEMI SANGGAR NURIMAS PULA BERJAYA DENGAN DUA CERPENNYA IAITU SISWAZAH BUTIK DAN NASAB ANDROPAUS.

PI TUMPANG GEMBIRA DAN BANGGA DENGAN KEJAYAAN SAHABAT SAHABAT PENULIS YANG TERNYATA HEBAT DALAM MENGHASILKAN KARYA ....








KEPUTUSAN PENUH HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2016
Cerpen Umum
HADIAH UTAMA
1) Broker Melayu Terakhir: Manderam Omi Relekun - Zainal Rashid Ahmad
2) Tribunal- Apologia Pandir - Mohd Hashim Osman
3) Bahtera Putih di Sungai Sejarah - Malim Ghozali PK
PENGHARGAAN
* Bibir T. Alias Taib - Wan Nor Azriq
* Kota Peradaban Averroes - A Muziru Idham
* Maharani 1938 - Maslina Ngadiman
* Sebuah Negeri di Dalam Telinga - Abang Median Abang Said
* Sepanas Marrons Chauds - Maskiah Masrom
.
.
Cerpen Remaja
HADIAH UTAMA
1) Cikgu Mei Ling dan Cerita Mei - Husna Nazri Hussein
2) Lelaki Marmar Putih - Abd Razak Rezeki Othman
3) Silikon dan Besi - Muhammad Musoddiq Bin Jaafar
PENGHARGAAN
* Demonstratif Rasa - Siti Nur Hidayah Abdullah
* Janganlah Jauh - Dayangku Mastura
* Nasab Andropaus - Nurimas SN
* Runtun Qalbu - Wan Marzuki Wan Ramli
* Selipar Jepun untuk Amirul Mukminin - Diq Na
.
.
Puisi
HADIAH UTAMA
1) Comici Subsidio - Raihani Mohd.Saaid
2) Menakluk Percakapan - Ainunl Muaiyanah
3) Merasuk Tubuh Sejarah - Abizai
PENGHARGAAN
* Di Laman Syaaban - Solihin Osman
* Mimpi Sang Kupu-kupu - SM Zakir
* Pisau Risau - Nazim Mohd Subari
* Sajak kepada Pengebom Berani Mati - Faisal Mat Zawi
* Siapa Sudi Membina Kubu Denganku - Iwan Reaz Ridzuan Ghazali
.
.
Cerpen Media Baharu
HADIAH UTAMA - Emel Sang Psikosis - Husna Nazri
PENGHARGAAN
* Dakwah FB - Suhaimi Jamaudin
* Demi Pengakhiran itu - Idarasul
* Sambal Bilis Goreng Mak - Adilah Abdul Kadir
* Siswazah Butik - Nurimas SN
* Takdir Bukan Pilihan - Rosnani Ahmad
.
.
Rencana
* Karya Indie Umpama Grafiti - Azman Hussin
* Kejayaan Menumpulkan Pena - Wan Nor Azriq
.
.
Novel Remaja
PERTAMA: Khilaf - Salina Ibrahim
KEDUA: Manifestasi Ketam Biru - Md Nizar Parman
KETIGA: Rindu Syonan To - Husna Nazri
PENGHARGAAN
* Genetik Kamilah - Aminah Mokhtar
* Metamorfosis - Nor Azida Ishak
* Penebus Kalbu - Abang Median Abang Sadi
.
.
Tahniah kepada para pemenang!

Sunday, 12 November 2017

KURUNGAN ALOGIA...

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...SAMBIL NIKMATI SARAPAN PAGI YANG ENAK SELAK AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA HARI NI...NAMPAKNYA TERSELIT JUGA KARYA SAJAK PI DI RUANGAN PUISI...TERIMA KASIH EDITOR MM YANG SUDI SIARKAN KARYA KECIL PI...


TERIMA KASIH CIKGU PAUZI MOHD ISA TOLONG SNAP PIC

Thursday, 9 November 2017

IDEA PALING CEPAT MENJADI PENULIS DIBAYAR....

ASSALAMUALAIKUM...




Bisnes ghostwriter.

Maksudnya menjadi penulis kepada orang lain.

Bayangkan situasi ini.
Kita kenal mekanik yang mempunyai kemahiran membaiki kenderaan. Dia tidak menindas pelanggan.
Dia pula suka berkongsi dan memandaikan pelanggan.
Kita tahu pemilik restoran yang jujur dan hidangan yang dihasilkan sedap.
Jika letakkan lauk dan nasi dalam pinggan kita berlebih pula, harga tetap sama.
Kita mahu bantu besarkan potensi orang baik-baik.
Pada masa sama kita mahu berurusniaga dengan mereka melalui bisnes perkataan.
Apa tindakan seterusnya?
Tawarkan diri menulis bahan pemasaran mereka.
Misalnya buku 40 halaman panduan mengetahui tanda-tanda kereta anda bermasalah.
Dia tunjukkan, anda ambil foto dan tuliskan.
Apa lagi?
Berikan peluang kepada diri bagi menulis 10 resipi daripada berpuluh hidangan yang sedap di restoran itu.
Dia tunjukkan, ambil foto dan tuliskan resipi yang dikongsi.
Apa mereka dapat lakukan ke atas hasil penulisan itu?
Dapat dijual di bengkel atau di kaunter pembayaran restoran. Mungkin juga dijadikan 'kad bisnes' kepada pelanggan.
Boleh jadi dijadikan ebook untuk muat turun bagi mendapatkan senarai pelanggan baharu.
Kita dibayar berdasarkan upah menulis tadi. Jika dia mahu usahakan agar dicetak dan bersedia membayar kos, kita usahakan.
Berikan tawaran bersama-sama kelebihan tawaran kepada perniagaan mereka.
Mulut mesti manis. Janji biar betul. Rapat, jangan takut-takut.
Apa yang di atas dinamakan skrip tawaran. Jika kena tawaran yang dia nampak menguntungkan, dia akan berkata, "Ya!"
Itulah kerja ghostwriter atau penulis upahan.

EMEL ZAMRI MOHAMAD

Wednesday, 8 November 2017

INDAHNYA TAMAN MAWAR...

ASSALAMUALAIKUM....

INDAHNYA PERSEKITARAN RUMAH SAHABAT  FB PI EVE LERNO DI AUSTRALIA BARAT  INI......SEKELILINGNYA DITANAMI MAWAR YANG KINI GALAK BERBUNGA...MAWAR PELBAGAI  WARNA BERKELOPAK BESAR HARUM PULA..

PI TIDAK PERNAH JEMU MEMANDANG KECANTIKAN BUNGA MAWAR....










Monday, 6 November 2017

SPM DALAM BANJIR...

ASSALAMUALAIKUM...



November  baru bermula.  Musim hujan di akhir tahun tidak pernah mungkir hadirnya. Kali ini hujan lebat yang membawa bah besar melanda negeri negeri di utara lebih dahulu. Selalunya negeri negeri di pantai timur seperti Pahang, Kelantan, Terengganu  lebih awal terima kesan musim tengkujuh.  Kedah , Perlis dan Perak mutakhir ini sering dilanda banjir.  Semalam   Pulau Pinang  teruk terima akibatnya.  Kehilangan beberapa nyawa dan kemusnahan banyak harta benda dihanyut  banjir.    Sedih kita menerima infonya. Moga cuaca suram yang menurunkan hujan lebat mencurah segera kembali cerah dan memulihkan suasananya menjadi sediakala.


Peperiksaan  SPM pun baru bermula. Didoakan calon-calonnya menghadapinya dengan tenang  walaiu berada di persekitaran suasana yang mengganggu konsenterasi. Pihak penguasa yang berkenaan  akan bertanggung jawab soal keselamatan pelajar pelajar yang terpaksa mengambil peperiksaan  dlam suasana yang agak kurang menyelesakan. Janganlahrisau sangat…banyak-banyak berdoa memohon pertolongan-Nya.  

Friday, 3 November 2017

PULUN KEDAH PULUN...

ASSALAMUALAIKUM...




kuala kedah kuala sala
ada juga kuala jerlun
sabtu penentu raja bola
harap kedah pulun berkelonnn

tanjung dawai pantai merdeka
pantai murni belah yan
kita pawaaa midfield strekaaaa
depa serang kita layannnn

kuala kangkong dulang besaqqq
lajak teruihhh teluk cempedakkk
fair play jgn kasaqqqq
gol awai kena ledakkkk

sungai petani juga baling
ayaq panaih bkt hijau
walau tertiarap jatuh bergulinggg
pasing bola jgn melilauu

kuala ketil bandar baru
lajak kulim titi gantung
gol awai kena buru
buat semangat nak harunggg

patah balik belah sempadan
ada bukit kayu hitam
biaqqq longgaqqqq letihhh badan
semangat juanggg jgn padam

Sintok Binjai juga Jitra
pesat membangun semakin hebat
kita x dak pemain cedera
Nizam perturun barisan terkuat

changlun la ni bkn dulu
sama naik dgn kodiang
ayuh Lang patuk selalu
gergasi merah jatuh terlentang

pagi pagi di Kubang Rotan
memancing tenggiri selat melaka
kekalkan semangat satu pasukan
ghuntunnnn gergasi sampai terluka

banyak bukit di Langkawi
bukit malut kampung nelayan
senerihhhh sikit bangkit kembali
rata penjuru bola diligan

nak mengai udang galah
beli umpan di aloqqq ibuihhh
tahun lepas kita kalah
tahunnnn ni kita tebuihhh

sungai petani tidak dilupa
pantai merdeka nampak berbalam
jommm penyokong kita terpa
hijaukuningkan stadium shah alam

pekan nat sunyi sepi
juai murah pinggan talam
bagi peminat yg tak pi
hanya doa berkirim salam

tinggi menjulang gunung didaki
tempat berkelah gunung jerai
bangkitlah hulubalang jelapang padi
piala sampah amat bernilai

PULUN KEDAH PULUN
MOHD SAUFI

No automatic alt text available.

Wednesday, 1 November 2017

PANTUN KECEWA..

ASSALAMUALAIKUM....




grafik sifu Tabir Alam
KECEWA

Basah ketara laksa diriba,
renti di bagan ikan dinanti;
usah melara merasa hiba,
mati beragan ikutkan hati.


Parang dilayang bertingkah ranggi,
guri dan peti terbelah dua;
orang disayang melangkah pergi,
cari pengganti usah kecewa.



Tamu gelisah intan terbelah,
pedih ngilu dura mendurja; 
bertemu berpisah suratan Allah, 
sedih pilu sementara saja.


ESOK 

Susah dibebat kelicap lelan,
rusuk jangkiti radang disindir;
usah terlambat ucap sesalan,
esok dinanti kadang tak hadir.



Pelosok dijelah sanya rata,
mengolah rimpi riang sendiri;
esok bukanlah miliknya kita,
hanyalah mimpi di siang hari.



Galau tertusuk sisih sederap,
sembang di jalan rakan berdebat;
jikalau esok masih diharap,
bimbang terkilan akan terlambat.