Monday, 30 October 2017

MENJUMLAH MAHU...

Assalamualaikum...



MENJUMLAH MAHU

27 Oktober 017
Dengan kusyuk tawaduk
memanda PM Malaysia
menaksir Belanjawan Negara lewat sore hening.
Selonggok demi selonggok ringgit berjuta
disisih satu persatu
Merancang rencana bijaksana
cermat teliti mencongak kira
liputi segenap warga
mengambil endah perlu sebenar
daripada janin dikandungan hingga lanjut usia.
Terkedu menanggapi ketulusan perancang belanjawan
meski ekonomi ketara suram temaram
kesangsian dinafikan.
Helaian kertas meninta angka-angka
tidak sedikit jumlahnya.
Alhamdulillah!
Negara tercinta masih kaya raya
usirlah ragu menjauhi wasangka
justeru janji yang tertulis rapi
tidak dimungkiri
semata benar.
Insyaa-Allah.

PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA
SELANGOR DE



15 comments:

  1. Kita sokonglah dengan doa..kerana mendoakan yang baik-baik juga mendapat ganjaran luar biasa :)

    ReplyDelete
  2. TKSH PC..DOA2 YG BAIK DIRESTU ALLAH

    ReplyDelete
  3. semoga Malaysia sentiasa dirahmati oleh-Nya dari pelbagai aspek.. rezeki keselamatan dan semuanya. doakan yang baik2 saja..

    ReplyDelete
  4. TKSH SITI YA DOAKAN YANG BAIK2 UNTUK NEGARA TERCINTA

    ReplyDelete
  5. gambar putrajaya dari atas ke tu kak?

    ReplyDelete
  6. Doakan yang baik2. Moga nagara kita bertambah makmur

    ReplyDelete
  7. ya agaknya nadhie sbb anak kak ni krja dgn syarikat arkitek yg uruskn projek arkitek Putrajaya..tksh

    ReplyDelete
  8. tksh fidah ya doakan kemakmuran negara tercinta

    ReplyDelete
  9. Salam kunjungan..kelihatan unik..

    ReplyDelete
  10. Salam kunjungan..kelihatan unik..

    ReplyDelete
  11. tksh cikgu etuza kunjungan uniknya

    ReplyDelete
  12. Semoga Malaysia kekal makmur... aamiin.

    ReplyDelete
  13. saya bangga jadi rakyat malaysia...semoga malaysia terus aman sejahtera aminnn

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”