Friday, 8 September 2017

MERASA DIRI BERJASA...

ASSALAMUALAIKUM



SALAM JUMAAT MULIA...

Merasa diri berjasa...
Itulah punca kemarahan dan ego
Merasa diri tidak di hargai
Itulah awal dari kesedihan
Padahal kamu sedang belajar
tentang ketulusan hati
Bayarlah kebencian dengan kebaikan
Kerana tak semua orang yang membencimu
Mengatakan hal yang salah tentangmu
Kasihanilah musuh musuhmu dan berdoalah untuknya
Sifat agung ini tidak ada pada setiap manusia
Tapi hanya pada mereka yang mengenal arti ujian Allah

Seumpama barang yang rosak
walaupun sudah di perbaiki
tetap juga tidak akan sama
saperti sebelum nya
Seumpama papan yang terpahat paku
Tetap akan kelihatannya bekasnya
Saat di cabut paku dari papan tersebut
Seumpama kertas yang di genggam
Tetap tidak akan kembali
saperti di awalnya saat sebelum di gumpal
Jangan pernah menyakiti hati seseorang
Kerana luka yang di tinggalkan akan tetap berbekas
Jagalah keinginan lisan mu
Kerana terkadang keinginan lisan itu
Sangat jauh membawamu jauh dari sisi Allah Swt
Tanpa kau sedari



USTAZAH SITI NURBAYA USMAN

11 comments:

  1. Jaga lisan...betul lisan sangat perlu dijaga..mungkin yang berbicara mudah lupa...sedang yang mendengar sentiasa mengingati.

    ReplyDelete
  2. TKSH PC..LISAN MMG PERLU DIJAGA AGAR X MNGGURIS HATI SESIAPA

    ReplyDelete
  3. Nak membayar kebencian dengan kebaikan... itulah yang paling mahal dan payah dilakukan kak PI.

    Psst! orkid di laman kak PI ke tu.

    ReplyDelete
  4. TKSH SWEETIE AMALAN KEBAIKN YG PYH DILAKUKAN ITU BSR AMAT GANJARAN-NYA...KAN
    PIC OKID DI SERAMBI DH TINGGAL KENANGAN JE HEH..HEH...

    ReplyDelete
  5. betul tu PI,kalau terkena kat saya,lukanya saya bawa ke mati..memaafkan tp tak melupakan..

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum kak..

    terima kasih atas ingatakn ini,memang benar kak,tidak semua yang membencimu berkata salah tentangmu,agak dalam maknanya ini,mungkin ada benarnya sesekali orang mengatakan tentang kita apa,moga kita memperbaikinya

    ReplyDelete
  7. "Bayarlah kebencian dengan kebaikan...dan berdoalah untuknya"

    ReplyDelete
  8. cantiknya bunga yang menjadi hiasan :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas peringatan yg baik buat renungan bersama.

    ReplyDelete
  10. ▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?

    ▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”