Thursday, 28 September 2017

KEHILANGAN...

ASSALAMUALAIKUM....



KEHILANGAN

Onak tersadung laluan jalan.
kekabu basah putih menyerlah;
anak dikandung sembilan bulan,
ibu meresah letih dan lelah.

Kekabu basah putih menyerlah,
pasir bertanah lorong merawa;
Ibu meresah letih dan lelah.
zahir amanah bertarung nyawa.

Pasir bertanah lorong merawa,
perah digalah laha merendah;
zahir amanah bertarung nyawa,
anugerah Allah maha terindah.

Perah digalah laha merendah,
kulai merata luruh selasih;
anugerah Allah maha terindah,
dibelai cinta sepenuh kasih.

Kulai merata luruh selasih,
cempa diranggu bergilir jatuh;
dibelai cinta sepenuh kasih,
apa mengganggu diusir jauh.

Cempa diranggu bergilir jatuh,
pudak terbelah di anak tangga;
apa mengganggu diusir jauh,
kehendak Allah tidak terduga.

Pudak terbelah di anak tangga,
bawa semuanya ke ruang tamu;
kehendak Allah tidak terduga,
rahsia-Nya tiada yang tahu.

Bawa semuanya ke ruang tamu,
gelegak loyang kuali nyonya;
rahsia-Nya tiada yang tahu,
anak tersayang kembali pada-Nya.

Gelegak loyang kuali nyonya,
wadi di guri keladi basah;
anak tersayang kembali pada-Nya
tragedi ngeri jadi pemisah.

Wadi di guri keladi basah,
belanak sulih jelah pelaga;
tragedi ngeri jadi pemisah,
anak yang soleh telah ke syurga.

Belanak sulih jelah pelaga,
seroja retih subur berkuntum;
anak yang soleh telah ke syurga,
kemboja putih menabur harum.

Seroja retih subur berkuntum,
herba diadu halus kenanga;
kemboja putih menabur harum,
hiba merindu dielus doa.

Paridah Ishak

SELAYANG UTAMA

17 comments:

  1. Herba diadu halus kenanga,
    buat mandian penuh khasiat;
    hiba merindu dielus doa,
    semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  2. cari makna pudak tp x jumpa sebaliknya jumpa puisi ni:



    Pudak di titi pandai berduri,
    Dibawa oleh raja Melayu;
    Manakan bunga jatuh sendiri,
    Jikalau tangkainya tiada layu.

    ReplyDelete
  3. Dingin sungguh airnya telaga
    Tempan bersiram puteri diraja
    Duka ayah ibu duka berbaur bahagia
    Moga anak yang pergi penghuni syurga

    ReplyDelete
  4. TKSH ANIES PUISI INDAH...PUDAK TU BUNGA MEGKUANG ADA JENIS MENGKUANG YG BERBUGA..HARUM BAUNYA

    ReplyDelete
  5. TKSH PC DOA IBUBAPA YG KHILGN AAK TERSAYNG XTERKIRA WALAU MNAHAN HIBA

    ReplyDelete
  6. patah tumbuh hilang berganti...

    ReplyDelete
  7. TKSH CIKGU ABAM KIE...INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
  8. Pudak terbelah di anak tangga,
    Ke ruang tamu semuanya dibawa;
    kehendak Allah tidak terduga,
    Sabar dan redho pengubat jiwa.

    ReplyDelete
  9. TKSH NOHAS WAH INDAH PNTUNNYA MMG PERLU BRPSRAH N REDHA DGN UJIAN-NYA

    ReplyDelete
  10. indahnya bahasa kita
    salam jumaat kak PI

    ReplyDelete
  11. pudak tu apa ye...
    hihi malu pulak tak tahu maksudnya..

    ReplyDelete
  12. TKSH FIDAH YA SGT INDAH N LUAS

    ReplyDelete
  13. TKSH LYNN ..PUDAK TU BUNGA SEJENIS MENGKUANG PANDAN

    ReplyDelete

  14. Indah sungguh di pagi hari
    Dunia ditangan,Akhirat dihati

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”