Tuesday, 19 September 2017

BISNIS GHOSTWRITTER....

ASSALAMUALAIKUM....




Bisnes ghostwriter.

Maksudnya menjadi penulis kepada orang lain.

Bayangkan situasi ini.
Kita kenal mekanik yang mempunyai kemahiran membaiki kenderaan. Dia tidak menindas pelanggan.
Dia pula suka berkongsi dan memandaikan pelanggan.
Kita tahu pemilik restoran yang jujur dan hidangan yang dihasilkan sedap.
Jika letakkan lauk dan nasi dalam pinggan kita berlebih pula, harga tetap sama.
Kita mahu bantu besarkan potensi orang baik-baik.
Pada masa sama kita mahu berurusniaga dengan mereka melalui bisnes perkataan.
Apa tindakan seterusnya?
Tawarkan diri menulis bahan pemasaran mereka.
Misalnya buku 40 halaman panduan mengetahui tanda-tanda kereta anda bermasalah.
Dia tunjukkan, anda ambil foto dan tuliskan.
Apa lagi?
Berikan peluang kepada diri bagi menulis 10 resipi daripada berpuluh hidangan yang sedap di restoran itu.
Dia tunjukkan, ambil foto dan tuliskan resipi yang dikongsi.
Apa mereka dapat lakukan ke atas hasil penulisan itu?
Dapat dijual di bengkel atau di kaunter pembayaran restoran. Mungkin juga dijadikan 'kad bisnes' kepada pelanggan.
Boleh jadi dijadikan ebook untuk muat turun bagi mendapatkan senarai pelanggan baharu.
Kita dibayar berdasarkan upah menulis tadi. Jika dia mahu usahakan agar dicetak dan bersedia membayar kos, kita usahakan.
Berikan tawaran bersama-sama kelebihan tawaran kepada perniagaan mereka.
Mulut mesti manis. Janji biar betul. Rapat, jangan takut-takut.
Apa yang di atas dinamakan skrip tawaran. Jika kena tawaran yang dia nampak menguntungkan, dia akan berkata, "Ya!"
Itulah kerja ghostwriter atau penulis upahan.

EMEL ZAMREE MOHAMAD

16 comments:

  1. o... itu maksudnya... penulis hantu.... hihi... mesti lumayan hasilnya

    ReplyDelete
  2. kat blog pun boleh, kak, ambik job product review..

    ReplyDelete
  3. antara cara mencari rezeki halal. kak PI pandai menulis, bolehlah cuba ni

    ReplyDelete
  4. TKSH SHIELA PENULIS UPAHA PUN BOLEH JANA INCOME LUMAYAN

    ReplyDelete
  5. TKSH NOR AZLA PELUANG SETIASA ADA N KENA RAJIN CARI

    ReplyDelete
  6. TKSH NOHAS BETULLH TU SLH SATU CARANYA

    ReplyDelete
  7. Oh, itu maksudnya. Saya ingat tadi hantu yg menulis. Thanks.

    ReplyDelete
  8. TSH ADAM...HEH..HEH...KAN RAMAI PENULIS UPAHAN LA NI

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, itu rupanya maksud penulis hantu. Positif maksudnya walaupun kelihatan seperti tidak positif jika dipandang sekelai imbas pada perkataannya. Selama ni tak tahu pun dan tak pernah cuba mencari maknanya, sekadar mendengar sahaja. Bagus juga peranan 'penulis hantu' ini.

    ReplyDelete
  10. menarik kak.btw..x bleh komen blog akk guna phone..huhu..sllu msuk guna phone je

    ReplyDelete
  11. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak...

    Didoakan akak sentiasa sihat dan dalam rahmat Allah SWT. Begitu rupanya kerja penulis upahan ini. Alangkah ruginya berbuat demikian kerana segala potensi yang hebat daalam diri kita tidak diguna semaksima mungkin, hanya kerana merasa malas.

    Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  12. Boleh jadi satu peluang kerjaya...

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yg menarik ni kak PI.. t kasih :)

    ReplyDelete
  14. WSALAM DIK USTAZ TKSH DOANYA...PENULIS UPAHAN LUMAYAN HASILNYA

    ReplyDelete
  15. TKSH MAS ADA KESEMPATAN SINGGAHLAH

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”