Friday, 18 August 2017

SYAIR NEGARAKU....

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA...



SYAIR NEGARAKU

Kugubah syair demi negara,
tanah tercinta damai sentosa,
berbilang bangsa rasi bersama,
membina watan memercu jaya.

Hidup harmoni bersatu padu,
hormat menghormati saling bantu,
menjauh rasa iri cemburu,
elak sifat suka berseteru.

Negaraku makmur kaya rezeki,
dilimpah Allah sudut dan segi,
warganya rajin usaha cari,
reda berkongsi rahmat Ilahi.

Banyaknya udang banyaklah garam,
demikian kita rencam ragam,
apa lagi berbilang adat resam,
hubungan manis kadangnya masam.

Hidup bersana memang begitu,
rasa tersinggit di sini situ,
masih terkawal emosi itu,
tidak memuncak gejolak mahu.

Negara kita negara indah,
jantung hati warga bertuah,
Semenanjung, Sarawak dan Sabah,
bersyukur kita anugerah Allah.



Paridah Ishak
Selayang Utama

18/08/017

9 comments:

  1. Alhamdulillah.Syukur.Nice syair kak =D

    p/s:nk komen guna phone tak boleh la blog nie..;(

    ReplyDelete
  2. Moga negara kita bertambah makmur...aamiin

    maaf kak, lama tak komen sebab selalu BW guna handphone :(

    ReplyDelete
  3. Pelbagai kaum...moga menjadi warna warni yang menyatukan..

    ReplyDelete
  4. TKSH MAS..BLOG KAK NI XMESRA HP TULA MASALAHNYA

    ReplyDelete
  5. TKSH FIDAH..KAK BILA GUNA HP XBOLEH PULA NK KOMEN

    ReplyDelete
  6. TKSH PC..YAMAJMUK KEHIDUPN PENUH WARNA

    ReplyDelete
  7. Semoga negara kita terus sejahtera dan diberkati... aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”