Sunday, 20 August 2017

PANTUN JIWA MERDEKA....

ASSALAMUALAIKUM...


PANTUN JIWA MERDEKA

Keneklah udang alunnya deras,
desir ritmanya klasik langka;
nenek moyang usahanya keras,
mengukir maknanya MERDEKA!

Sulam dahulu tanaman mudah,
selerah akar kalau melengkar;
silam nan lalu kenangan indah,
sejarah dilakar walau sukar.
 .

Kibaskan rawa sangga didiri,
mari ditujah singkap sempurna;
bebaskan jiwa dan juga diri
dari dijajah sikap durjana.

Hidup merdeka aman harmoni,
iri dan dengki mesti hindarkan.
watan tercinta sudah merdeka
semakin maju semakin makmur.

Menyilau lepa laga sinarnya,
walah si dara jelaga cangkir;
jikalau alpa jaga sebaiknya
tersalah cara warga tersingkir.

Mega mendung celahi serambi,
mengkal semangka meranah suka;
moga dilindung Ilahi Rabbi,

kekal merdeka tanah pusaka.

13 comments:

  1. BerPantun pun you boleh.
    Kira lebih dari ok

    ReplyDelete
  2. Jiwa merdeka, semangat waja.. moga terus terpelihara :)

    ReplyDelete
  3. Rajin Kak PI menulis. Saya sedang mencari momentum menulis.

    ReplyDelete
  4. Salam hari Isnin, Kak PI..semoga warga Malaysia sentiasa merdeka jiwa raga, pemikiran...

    ReplyDelete
  5. TKSH ADAM...BERPANTUN MAIN2 BOLEH JE HEH..HEH..

    ReplyDelete
  6. TKSH FYDA KAK TLS PUISI SUKA2 JE FYDA...LAINLA FYDA MMG PENULIS BERBAKAT

    ReplyDelete
  7. TKSH OHAS MERDEKA DLM ERTI KATA SEBENARNYA

    ReplyDelete
  8. TKSH ANIES..SEMAK KAMUS BARU JUMPA HEH..HEH..

    ReplyDelete
  9. TKSH MALA BERSEMANGAT SAMBUT MERDEKA

    ReplyDelete
  10. selamat menyambut hari merdeka kat PI

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”