Tuesday, 8 August 2017

BAYI KEMBAR ULAR...


ASSALAMUALAIKUM,,,

LEMBING BUGIS :
Warisan Srikandi Tun Teja :

Kejadian aneh di Merlimau
Bayi kembar ular gemparkan negara....
Dikisahkan begini...
Merujuk Mastika keluaran 1999

Kira-kira 34 tahun lalu, negara digemparkan dengan kisah kelahiran seorang bayi kembar ular di Merlimau, Melaka. Ular itu dikatakan tinggal selama setahun lima bulan sebelum menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sehingga sekarang.
Bagaimana pun bayi tersebut, Sabri Mokhtar yang dikaitkan dengan kembar ular semasa dilahirkan kini diserang lumpuh akibat satu kemalangan jalan raya empat tahun lalu.
Kemalangan itu juga memaksanya bersara dari pasukan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ). Wartawan Mastika, Sahidan Jaafar dan jurugambar, Hayat Sueet menyingkap kisah benar disebalik peristiwa tersebut yang tinggal misteri sehingga sekarang.
KIRA-KIRA jam 12.00 malam, Mokhtar Haji Baba, dikejutkan dengan tangisan bayinya, Sabri yang baru dilahirkan. Isterinya, Mom Umar, terjerit-jerit memberitahu; " Abang ! Ular...! Ular...! "
Mokhtar bergegas menjengah ke dalam kelambu apabila melihat isterinya lari ketakutan. Dia mendapati seekor ular sebesar ibu jari orang dewasa berwarna hitam dan panjang sejengkal berlingkar di atas perut bayinya. Walaupun berhadapan dengan bahaya ketika itu. Mokhtar tidak tergamak untuk mengapa-apakan ular tersebut apatah lagi membunuhnya.
" Biarkan.... Itu kembar sabri. Kita pelihara ...! " kata Mokhtar sambil mengambil ular dan memasukkan ke dalam pundi kain gandum. Pundi berisi ular itu diletakkan di sisi bayinya.
Selepas subuh, Mokhtar bersiap-siap turun ke laut menangkap ikan. Sebelum keluar dia sempat berpesan; " Jangan apa-apakan ular ini, sehingga saya pulang ! " katanya.
Sepeninggalan Mokhtar, bayinya menangis tidak berhenti-henti. Puas di hibur dan di dodoi namun bayi berkenaan enggan berhenti menangis. Apabila pulang Mokhtar mengeluarkan ular dan meletakkannya bersama-sama bayinya dalam buaian. Anehnya serta merta bayinya yang berkulit hitam sama seperti kulit ular tersebut, berhenti menangis.
Petang itu seorang jiran perempuan berbangsa Cina datang meminta telur ayam kampung. Sambil itu perempuan Cina tersebut teringin melihat orang baru dalam keluarga Mokhtar. Sebaik melihat bayi berkenaan dia terkejut besar lalu jatuh pengsan.
Selepas direnjis dengan air, perempuan Cina itu tersedar semula,
" Apa fasal pengsan ? " tanya Mokhtar.
Saya sangka budak kena patuk ular, ' jawab perempuan Cina tersebut.
Perempuan Cina itu tidak menyangka dalam buaian bayi itu terdapat seekor ular. Selepas masuk hari kesepuluh ular membesar sepanjang 30 sentimeter.
Pada suatu pagi, selepas habis pantang 44 hari, isterinya Mom terkejut melihat anaknya yang berkulit hitam berubah putih.
Suaminya membelek-belek seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Ular disisi bayinya juga bersalin kulit dan terdapat corak batik. Ketika itu ular tersebut telah membesar seperti lengan budak.
Sejak itu rumah Mokhtar menjadi tumpuan ribuan orang yang datang entah dari pelosok mana. Dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang rumahnya penuh sesak dengan tetamu untuk melihat keajaiban bayinya.
Ketika itu ada yang membawa botol berisi air kononnya untuk meminta dijadikan penawar .
" Jangan minta sesuatu dengan budak, salah .Mintalah pada Tuhan, " kata Mokhtar.
Bagaimanapun, kata-kata Mokhtar tidak di endahkan sebaliknya semakin ramai yang memohon hajat dari anaknya.
Ular tersebut kemudiannya pergi mendapatkan botol-botol minuman yang diletakkan lalu memasukkan kepalanya ke dalam mulut botol. Ia menyedut air dan menyemburkannya semula. Gelagat ular itu disaksikan dengan penuh minat oleh ribuan pengunjung bagaikan pesta dan pertunjukkan silap mata.
Pengunjung semakin ramai yang bertali arus masih membanjiri rumah Mokhtar selepas berita anaknya itu tersiar di akhbar Utusan Melayu. Adakalanya sehingga dinihari.
Selepas tiga bulan ular itu membesar sehingga dua meter panjang. Sesiapa yang melihatnya pasti seram.
Disebabkan tumpuan ribuan manusia, Mokhtar mengambil keputusan berpindah ke rumah bapanya. Dia khuatir rumahnya runtuh diasak orang ramai.
Biarpun telah berpindah kira-kira 500 meter dari rumahnya , tapi kegilaan orang ramai yang ingin menyaksikan bayinya dan ular gagal disekat. Orang ramai tidak memperdulikan nasihatnya sehingga beranda rumah bapanya runtuh pada suatu petang. Ramai tetamu yang jatuh ke tanah, tetapi tiada perkara buruk berlaku.
Dalam keghairahan orang ramai tiba-tiba keluarga Mokhtar dikejutkan dengan kehilangan ular berkenaan. Selama tiga hari ular itu menghilangkan diri entah ke mana. Semuanya panik. Sabri menangis tidak berhenti -henti hampir 24 jam.
" Dimana nak cari, entah masuk dalam semak mana, " Mokhtar memberitahu keluarganya apabila ada yang mendesak supaya dia mencari kembar Sabri itu.
Sabri dibawa ke hospital. Doktor mengesahkan dia sihat. Bagaimanapun tangisannya tidak berhenti siang dan malam. Akhirnya Mokhtar membawa anaknya balik semula ke rumahnya. Petang itu, sekembalinya dari sembahyang jumaat, sebaik memijak anak tangga dia hairan kerana tidak mendengar suara tangisan Sabri. Ular misteri muncul semula di sisi anaknya itu. Sejak itu, Sabri tidak lagi berenggang dengan ular berkenaan. Ketika Sabri dimandikan ibunya, ular akan merayap dan bergolek sama didalam besen mandian. Apabila Sabri minum susu, ular tersebut turut minum sama, tetapi mengunakan piring.
Pada masa yang sama ribuan manusia terus membanjiri rumah Mokhtar melihat aksi anaknya. Ketka itulah Mokhtar mengambil kesempatan merakamkan aksi anaknya dengan ular tersebut.
Ketka bayinya berusia setahun lima bulan, ular yang menjadi teman anaknya menghilangkan diri. Sejak itu Mokhtar tidak bertemu lagi ular yang menjadi " Sahabat " anaknya.
Selepas kehilangan ular itu, Mokhtar menjadi tidak siuman dan merayau ke sana ke mari tiada haluan seperti hilang pertimbangan.
Mokhtar mengamuk tidak tentu arah dan pergi ke sawah keseorangan tak tentu punca. Selama tiga bulan dia mereng dan gila akibat kehilangan ular berkenaan yang dianggap seperti anaknya sendiri.
Puas Mokhtar berubat dan akhirnya dia sembuh dan dapat menerima ketentuan takdir. Sehingga sekarang ular itu tidak pernah muncul-muncul lagi.
Nota :
Setiausaha Persatuan Sejarah Negeri Melaka. Haji Baharam Azit 56 tahun, mengesakan kejadian ini benar-benar berlaku. Menurut beliau persatuannya telah menjalankan kajian dan mendapati bayi berkenaan mempunyai saudara " kembar "......seekor ular.
" Cerita bayi kembar ular ini bukan dongeng. Selepas bayi ( Sabri ) itu dilahirkan, saya datang menyiasat dan melihat sendiri, ular itu memang wujud dan berlingkar berhampiran bayi, " katanya.
Wallahualam..........
Merlimau ( Seri Teja )
Ahad 06/08/2017
20.48 mlm.
Image may contain: 1 person, text

21 comments:

  1. Kisah benar yang pelik macam kisah dongeng pun ada.
    Tapi tiada yang mustahil dengan izinNYA.
    Wallahualam.
    Terima kasih K.PI atas perkongsian yang sangat menarik Mrs. A tak tahu pun sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH MRSA KISAH MISTERI GINI MMG BERLAKU TANDA KEKUASAANNYA

      Delete
  2. Allauakbar! saya baca dari awal sampai habis. baru tahu pasal kisah ni, selama ni tak pernah dengar. Thans Kak PI sebab share

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth

    Apa khabar dari Maznee & selamat hari khamis puan paridah ishak

    Zaman tu baca mastika ada banyak cerita cerita menarik

    Sekarang ni dah tak macam dulu

    Hilang sengat

    ReplyDelete
  4. rasa macam pernah baca cerita ni suatu ketika dahulu

    ReplyDelete
  5. Ye pernah terbaca kisah ni dulu.

    ReplyDelete
  6. Apa-apa pun boleh jadi dengan kuasa-NYA.

    ReplyDelete
  7. terimakasih kerana mengimbas kemabli kejadian aneh ni

    ReplyDelete
  8. Dah terlupa kisah ni...thanks ceritakan kembali.masa remaja saya suka melanggan mastika.

    ReplyDelete
  9. TKSH DP KAK PUN KETINGGALAN KISAH NI

    ReplyDelete
  10. WSALAM MAZNI KAK KDG2 BACA JUGA

    ReplyDelete
  11. TKSH WP DH BACAMESTILH INGAT

    ReplyDelete
  12. TKSH SWEETIE SEGALA YG BERLAKU KEHENDAKNYA JUA

    ReplyDelete
  13. TKSH KHAMSIAH TAHU JUGA KISAH NI YA

    ReplyDelete
  14. TKSH MALA..MGIMBAU KISAH DULU2..RAMAI YG INGAT

    ReplyDelete
  15. cerita ni berlaku kt kg sy... org kampung relaks je dgn cerita ni tp org luar...wahhhh... ;-)

    ReplyDelete
  16. dulu2 saya suka juga baca mastika
    mcm mana agaknya kehidupan mereka sekrg yea

    ReplyDelete
  17. Baru tahu tentang ni kak PI.. subhanallah... hanya kpd Allah kita berserah. Hanya Dia yg tahu setiap rahsia kehidupan dan alam ini. Allahuakbar.

    ReplyDelete
  18. Dah lama ye kak PI..
    Bayi tu pun dah berumur 18 tahun sekarang ni..
    Bagaimana dia skrg kan..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”