Saturday, 15 July 2017

MENULIS BUKU SENDIRI...

ASSALAMUALAIKUM



Saya mahu tulis kisah hidup, tiba-tiba rasa berat dan penat.
Kenapa jadi begitu?
Kita melihat kisah hidup sebagai peristiwa hari-hari bermula dari lahir sehingga sekarang.
Itu menjadikan kita penat kerana melihat satu perjalanan panjang. Disebabkan itu, menulis kisah hidup dirasakan berat.
Kita membayangkan cerita diri sebesar bumi.
Otak memberitahu kita, "Banyak ini, menulis 'laporan' hidup.
Apa mahu dibuat sekarang?
Kita mulakan dengan pecah dan tawan.
Kecilkan saiz sebesar bumi menjadi sekecil jalan kampung.
Pecahkan dan pilih tema.
Selepas selesai satu tema, kita kembali semula ke atas kisah hidup sendiri dan tulis lagi pada tema berbeza.
Ia dapat berdiri menjadi satu buku atau tujuh buku mewakili tujuh tema.
Secara asas kisah hidup berdiri atas tujuh tema.
1. Tema Humor
Buku tulisan peserta bengkel sebelum ini, Puan Zatika Izati Puade merupakan kisah hidup berbentuk humor. Difokuskan hanya kepada perjalanan ibu menguruskan dua orang anak. Kisah diangkat melalui dialog dan perbuatan anak.
Buku 99 Stress Free Mummy terbitan Must Read Sdn Bhd merupakan contoh kisah hidup humor.
2. Tema Menghadapi Gergasi
Buku tulisan Tengku Farith Rithauddeen yang memasuki bidang keusahawan teknologi pada awaltahun 1990-an dan berhadapan jenama-jenama besar teknologi pada waktu itu.
Buku Skali Lagi diterbitkan oleh PTS Media Group.
Fokus dapat dikecilkan dengan menggantikan objek gergasi di depan mata. Misalnya kisah seorang pelajar yang berjaya mendapat kecemerlangan peperiksaan meskipun berhadapan 'gergasi' kemiskinan.
Atau juga jika anda terlibat dalam NGO, boleh menceritakan bagaimana membuka NGO tersebut dan berhadapan 'gergasi' persepsi orang ramai yang menentang dan kemudian menerima.
3. Tema Perjalanan
Buku alumni, tulisan Shaza Baharuddin merupakan kisah hidup yang memfokus kepada pengalaman lapan kali berpindah rumah selepas mendirikan rumah tangga.

Setiap satu perpindahan menemukan penulis dengan jiran, kawasan, gelagat dan ilmu berbeza.
Buku Dari Sentul ke Sijangkang terbitan Tebook Press merupakan kisah berbentuk perjalanan.
Tema perjalanan juga dapat disentuh berkaitan kelahiran.
Misalnya menulis apakah yang dilalui selama 10 tahun berkahwin kekal bersabar, berusaha dan bersangka baik kepada Allah sehinggalah dikurniakan seorang anak,
Itu dilakukan oleh alumni, Puan Norzura Ismail menceritakan lanjut dalam buku Menanti Anak Syurga.
4. Tema Kelahiran Semula
Buku tulisan alumni, Puan Wardah Abdullah merupakan kisah hidup berdasarkan pengalaman mencari kekuatan hidup bertuhan dalam ujian-ujian dihadapi dan bertemu 13 orang manusia di negara berbeza.
Buku Menjejak Cinta di Bumi Tuhan terbitan Legacy Publishing merupakan kisah berbentuk kelahiran semula.
5. Tema Susah jadi Senang
Buku tulisan Mohd Rafi Jalaluddin merupakan kisah hidup bagaimana bermula sebagai pencuci pada tahun 1980-an berakhir menjadi pengurus besar syarikat multinasional dari Jepun.
Buku Dulu Pencuci Kini Pengurus terbitan Karangkraf meruoakan kisah berbentuk susah jadi senang.
6. Tema Pergi dan Pulang
Buku tulisan Yahaya Awang merupakan kisah perjalanan jemaah haji ke tanah suci menggunakan kapal laut. Ini kisah penulis menaiki kapal laut pada 1969 ke Mekah.
Buku Kapal Haji Dalam Kenangan terbitan Utusan Publication merupakan kisah berbentuk pergi dan pulang.
Pergi dan pulang juga dapat diangkat dalam bentuk travelog seperti tulisan alumni, Tuan Rashid Trekker yang menghasilkan buku pengalaman kembara ke Mesir. Buku beliau berjudul Kembara Mesir (Egypt), Pengembara di Bumi Tandus.
7. Tema Tragedi
Buku tulisan Ismail Johari menceritakan peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Bukit Kepong diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tragedi juga boleh difokuskan kepada peristiwa bencana alam seperti I Need A Helicopter, kisah Banjir Kelantan 2014 tulisan Dr Afiq Rahim yang menceritakan peristiwa getir di hospital ketika banjir besar.
Selain itu kisah Maryam Anak Syurga terbitan PTS tulisan Ruqayyah Farhani dan Abdullah Mubarak.
Buku ini menceritakan kesabaran pasangan suami isteri apabila dua orang anak yang dilahirkan, salah seorang meninggal dunia selepas 14 hari.
Nampak?
Pecahkan dan pecahkan.
Kita dapat melihat contoh-contoh cerita ini daripada para penulis sebelum ini.

Bagaimana mahu tulis buku sendiri pula?
Selepas 365 hari kami buka kelas ini. Pada 20 Mei, kami usahakan sekali lagi, bengkel Menulis Kisah Hidup. 
Hampir separuh sudah penuh, tinggal kerusi berbaki untuk bertindak pada hari ini.

Klik link ini http://www.subscribepage.com/bengkel_kursus_penulisan_kisah_hidup

EMEL ZAMRI MOHAMAD

7 comments:

  1. Teruskan usaha n semoga berjaya kak :)

    ReplyDelete
  2. banyak tema yg boleh ditulis dlm kehidupan ni...nak tulis blog pun kdg2 kering idea..

    ReplyDelete
  3. TKSH NADHIE DOANYA IN SYAA ALLAH.

    ReplyDelete
  4. TKSH NOHAS ..HIDUP KITA NI BNYAK KISAHNYA BOLEH TLS APA SAJA YG NK DITULIS

    ReplyDelete
  5. Moga dapat mengasah lagi skill menulis dan dapat belajar teknik yang betul dari yang berpengalaman

    ReplyDelete
  6. TKSH FIDAH ILMU PENULISAN SGT LUAS DAN PERLU DIPELAJARI

    ReplyDelete
  7. smoga berjaya dlm bidang penulis yg diminati mkcikPah., aminn

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”