Monday, 3 July 2017

BANYAK BERCAKAP BANYAKLAH DOSA...

ASSALAMUALAIKUM...

CORETAN PAK ENGKU


BINGKISAN BUAT KAWAN #7

BANYAK BERCAKAP BANYAKLAH DOSA

Buat sahabat rakan semua
Nasihat ini amat berguna
Jagalah lidah tutur dan kata
Agar tiada hati yang terluka.
Banyak bercakap banyaklah dosa
Perkara ini terang dan nyata
Apatah lagi yang sia-sia
Allah dan Rasul memang tak suka.
Memanglah lidah tidak bertulang
Lembiknya ia bukan kepalang
Terdapat juga lidah bercabang
Kata ditutur sewenang-wenang.
Lidah memberi kesan yang nyata
Buruk dan baik semua ada
Jikalau silap menggunakannya
Pastilah diri menanggung dosa.
Ada kalanya kata diungkap
Aibnya orang terus disingkap
Bahasa ditutur amat biadap
Inilah seburuk-buruknya sikap.
Berbuat fitnah caci dan maki
Kata ditutur menyakitkan hati
Mengadu domba tiada berhenti
Lakunya dia jelik sekali.
Usahlah kita cakap sembarang
Menuduh mengeji pagi dan petang
Takut terguris hatinya orang
Kelak ke diri musibah datang.
Kejahatan mulut kalau tak jaga
Bererti kita menempah bala
Tempat kita di akhirat pula
Sudahlah pasti dalam neraka.
Orang yang mukmin bila berkata
Menuduh melaknat dia tak suka
Jika berkata hasilnya tiada
Dia kan berdiam diri sahaja.
Pabila lidah sering dijaga
Aibnya orang tidak dicerita
Janjinya Allah terang dan nyata
Akan ditutup kecelaan kita.
Iman seseorang akan diukur
Dari perkataan yang dia tutur
Kata yang nista jika dihambur
Tidaklah hatinya bersih dan luhur.
Siapa mengungkap kata tercela
Tidak beriman diri mereka
Di sisi Allah amat dimurka
Di akhirat nanti menanti neraka.
Jika bercakap datangkan dosa
Lebihlah baik berdiam saja
Semoga Allah lindungi kita
Terhindar dari bala bencana


Sekian dulu coretan hamba
Untuk dikongsi kita bersama
Semoga ia memberi guna
Selama hidup di dunia yang fana.

18 comments:

  1. betul tu kak..lagi-lagi raya ni.jumpa saudara-mara dan rakan lama, jangan sampai terbuka aib. Coretan yang indah dan penuh pengajaran

    ReplyDelete
  2. TKSH SAL..SEMBANG2 NI MMG SUKA TAPI JGN SAMPAI TERLEKA TERBUAT DOSA

    ReplyDelete
  3. TKSH KHAMSI HATI2 KALA BERSEMBAG YA

    ReplyDelete
  4. Betul...bila bersembang memang seronok...tapi kalau tak jaga..merana kelak..muflis di sana..

    ReplyDelete
  5. salam kak pi. saya dah terima kiriman akak. tq ya

    ReplyDelete
  6. Kak PI, ini post khas terima kasih saya untuk akak.

    http://dorsettpink.blogspot.my/2017/07/tribunal-cinta-dari-blogger-paridah.html

    ReplyDelete
  7. Dalam kata berisi nasihat.. t kasih atas perkongsian kak PI

    ReplyDelete
  8. TKSH PC TULA RNCK BERSEMBANG SMPAI TERBABAS KAN...

    ReplyDelete
  9. TKSH DP..SYUKUR SLMT SAMPAI

    ReplyDelete
  10. TKSH DP BUAT N3 KHAS UTK KAK SGT BRBAGGA SEKALI BERBUNGA DI HATI

    ReplyDelete
  11. TKSH DIK KK PUISI NASIHAT MESTI LUNAK BAHASA NYA

    ReplyDelete
  12. sebab tu Rasulullah menasihatkan lebih baik diam dari berkata2 benda yg tak berfaedah

    ReplyDelete
  13. TKSH KHAMSIAH BERCAKAPLAH YG BAIK2 SAJA KAN

    ReplyDelete
  14. TKSH WP..PUISI PAK ENGKU MMG INDAH MNARIK

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”