Saturday, 4 March 2017

RINDU INI...

ASSALAMUALAIKUM...

RINDU INI

Kutelusuri waktu .
semi pun berlalu  .
terhimpun untai kenangan
laluku selak
helaian-helaian kenangan.

Lelah sungguh aku merindu tentangmu
suaramu berbicara aksara lunak
mengundang bahagia; mengerdip kejora mata
tersenyum di wajah tawa berderai.
hati terluka
ditoleh di sisi kau tiada
telah berada
nun jauh di sana

Teguh janjiku bagai tugu
malam dan siang bergantian
Galaksi alam berputaran
atmaku yangkau bawa bersama
silamku menyulam kisah pahit manis
kuhitung lagi..
masakan mungkin kubiarkan berlalu
tanpa jejak hanya mimpi
namun abadi
bersemi di hati

Alam mempelangi indah
bak lukisan
yang menyuarakan rasa hatiku
tidak pernahku coret
di mana-mana
lembar kertas nan putih

Rahsia hati tidak akan terungkap
sebagai kalimat

Paridah Ishak
Selayang Utama
27/02/017





14 comments:

  1. bait yang tersimpan
    tersekat di kerongkong
    ternoktah di warkah
    masakan bisa
    sampai padanya.

    ReplyDelete
  2. tulisan yang indah mempamerkan sebuah hati yang indah juga..teruskan berkarya kak

    ReplyDelete
  3. syahdu sungguh..puisi sang perindu..

    ReplyDelete
  4. bait-bait yang indah...teruskan menulis kak

    ReplyDelete
  5. cam melankolik jer kak PI... hehe

    ReplyDelete
  6. TKSH WP XDELAH..BERSAJAK SUKA2 JE

    ReplyDelete
  7. TKSH PHAIS...JGN SIMPAN DI HATI HASRATNYA...LUAHKAN SAJA

    ReplyDelete
  8. TKSH IRDA...BERSAJAK LUKISANHATI INSYAALLAH

    ReplyDelete
  9. TKSH NOHAS SANG PERINDU MERINDU SAYU

    ReplyDelete
  10. TKSH SHIELA..JIWA SDG BERMELANKOLIK TU

    ReplyDelete
  11. Terbuai sekejap dengan bait2 syahdu dan puitis.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Tahniah akak, bahasa yang puitis.
    Tiba-tiba perasaan saya terbuai-buai disapa kalimah rindu yang melambai. Lalu saya cuba menjejak memori lama nun di sana, agar rindu di dalam dada terubat dengannya. Demikianlah saya sering menjadi 'gila' kerana rindu pada kenangan itu...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”