Thursday, 2 February 2017

PERTEMUAN GURU GURU DAN MURID MURID TUA SMKM...

ASSALAMUALAIKUM…

SETELAH LEBIH 40 TAHUN BERPISAH

Samasekali tidak pernah duga dapat bertemu kembali dengan guru guru yang PI kenali lama dahulu di SMKM. SMKM adalah sebuah sekolah menengah yang terdiri di Bandar Maran dengan kemudahan asrama untuk penginapan pelajar pelajarnya yang tinggal di persekitarannya seperti Chenor, Luit, Paya Bungor dan kampong kampong felda dari Sg.Tekam, Ulu Jempol, Jengka .

Masa dahulu tiada kemudahan api letrik dan pelajar pelajar terpaksa menggunakan pelita sebagai sumber cahaya menerangi kegelapan pada malam hari  untuk belajar dan lain lain urusan. Walau ianya adalah masalah besar pada masakini tapi tidak pula ketika itu. Alah bisa tegal biasa kan. Mungkin kerana keadaan itu timbul ide redaksi majalah sekolah untuk memilih KUNANG KUNANG sebagai judulnya. Simbolik kepada aspirasi pelajar pelajarnya seperti kunang kunang yang mencerahi malam dengan kerlipan cahayanya yang indah menuju impian.

PI juga bernasib baik terpilih menjadi Redaksi majalah KUNANG KUNANG dibawah bimbingan cikgu Hamid dan Allahyarham cikgu Sulaiman. Cikgu Sulaiman bertemu jodoh pula dengan sahabat PI Nik Nurizan. Takdir suratan Nya apalah nak hairan.

Tika PI mula belajar di sini dan tinggal di asrama pada tahun 72, sumber api untuk cahaya di malam hari diperolehi daripada generator yang dihidupkan setiap petang. Tidak payah lagi gunakan pelita.
Hubungan antara guru guru dan murid terjalin erat mentelah dengan murid yang tinggal di asrama walau ada antara guru guru itu bukan guru yang mengajar di kelas. 

Yang peliknya cikgu cikgu PI walau sering bertukar ganti muridnya sepanjang karier dan telah berusia tapi masih ingat akan PI juga muridnya yang lain dan memberitahu pernah membaca tulisan PI di akhbar. Kan main bangga hati PI pabila cikgu Bahari beritahu begitu.
Ramai yang tidak tahu Pi pernah menulis karya kecil di akhbar tapi cikgu PI yang ini boleh perasan pula.

Baru baru ini grup whatsapp SMKM dengan admin Salmah Shafei telah mengadakan RU disebuah restoran milik ahli grup juga dengan kehadiran cikgu Sarilah dan cikgu Idris juga alumni tahun 71 SMKM. Cikgu Sarilah adalah penyelia asrama guru kelas ERT PI yang amat tegas cara pengajarannya. Beliau sudah berusia 70 tahun tapi masih kelihatan ayu jelita dan sebaya dengan anak anak muridnya yang kini juga warga emas.


Sebenarnya PI tidak hadir pun dalam majlis RU ni cuma mengutip info daripada grup whatsapp justeru teruja dengan pertemuan jejak kasih antara guru guru dan murid murid yang telah terpisah sekian lama. Sebak dan terharu terasa seolah kembali di usia kecil menduduki asrama di pinggir bukit bersebelahan hutan di Maran.

Kini Maran telah jauh berubah daripada sebuah kampung kecil kepada sebuah bandar yang lengkap pasarananya demi masa berlalu.

                                                           CIKGU THANI DAN CIKGU BAHARI

                                          CIKGU IDRIS DAN CIKGU SARILAH BERSAMA XMURID MURIDNYA MENGIMBAU JEJAK KENANGAN DI SMKM
 CIKGU IDRIS BERKOPIAH PUTIH DAN CIKGU SARILAH BERTUDUNG PINK MASIH AYU JELITA BERSAMA BEKAS PELAJAR PELAJARNYA...CIKGU SARILAH KEKAL CANTIK PERSIS 40 TAHUN LALU.

16 comments:

  1. waaa..bestnya menjejak kasih..hee..

    ReplyDelete
  2. TKSH MAS..JEJAK KASIH YG MENGHARUKAN

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, tentu seronok pertemuan ini. Bayangkan jika bertemu dengan bekas rakan-rakan sekolah pun dah seronok, inikan pula dengan bekas guru-guru yang banyak mencurahkan ilmu dan teladan.
    SMKM saya tahu, biasa lalu jika nak ke Temerloh atau Jerantut. Tahun 72 saya belum lahir lagi, masih duduk dalam beras...hehehe

    ReplyDelete
  4. wsalam dik ustaz...tksh doanya.heh..heh.. lambat lahir tengok dunia n masih xjemu duk dlm beras ya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... mesti cikgu-cikgu terlebih bangga bila dapat tahu anak didiknya berjaya. Dpt baca hasil nukilan anak didiknya. Tambah gembira dpt bertemu lagi bila sama-sama dah dlm kelompak warga emas. Mesti terharu...

    Insya-Allah kalau ada RU lagi PI bolehlah join sama.

    ReplyDelete
  6. wahhh, bagusnyaa.. mesti lama dah tak jumpa kan..

    ReplyDelete
  7. Seronok kalau pergi reunion ni K.PI.
    Jumpa kawan-kawan lama teruja sangat :-)

    ReplyDelete
  8. TKSH KAKZAKIE..XDELH BOLEH DIBANGGAKN SGT DGN BEKAS MURID YG SORNG..SEKADR PENULIS PICIISAN SAJA HEH..HEH..

    ReplyDelete
  9. TKSH WAWA..MMG LAMA SGT XJJUMPA

    ReplyDelete
  10. YELA MRS A KALAU XBERTEMU BERTEGUR SAPA KAWAN2 SNDRI PUN DHXKENAL..

    ReplyDelete
  11. Wkmsalam.
    Tahniah dapat berkumpul dalam majlis RU sekolah.
    Jasa cikgu tetap kita ingat kan.

    ReplyDelete
  12. TKSH WP BENARTU JASAGURU SENTIASA DIKENANG

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah... pasti bnyk nostalgianya ni.. moga Allah sentiasa mmberkati kehidupan semua dgn jalinan silaturrahim ini... aamiin.

    ReplyDelete
  14. TKSH DIKKK NOSTALGIA DLM KENANGAN SELALU

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”