Sunday, 15 January 2017

SELOKA PENANTIAN..

ASSALAMUALAIKUM...

PENANTIAN


Di tepi sawah menatap indah,
hadir dinanti tak kunjung sudah.
Hati sayu mengenang merindu,
entah siapa hendak mengadu.

Duduk sendiri menongkat dagu,
merenung jauh minda meragu.
Entahkan hadir entahkan tidak,
cempera rasa jiwa gejolak.

Kenapa biar penantianku,
hanya berlalu bersama waktu.
Menanti hadirmu bersama masa,
sepanjang waktu penuh setia.

Kemana pergi menghilang diri,
tiidak tepati menabur janji.
Usah menduga begitu berat,
hati menanggung tiada larat.
Akhirilah penantian ini,
agar tidakku merajuk pergi.

PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA
15/1/17

14 comments:

  1. Usah menanti. Kerana penantian itu hanyalah satu penyeksaan.

    ReplyDelete
  2. TKSH NADHIE...HEH..HEH BETUL TU

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam.
    Indah olahannya.
    Teruskan berkarya PI

    ReplyDelete
  4. TKSH MKL...SIKSA MENANTI HEH..HEH..

    ReplyDelete
  5. thanks atas perkongsian.. seloka ni mmg ritma akhirnya a-a-b-b / a-a-b-b-c-c ke?

    ReplyDelete
  6. rima seloka ni bebas phais..cuma perlu ada unsur jenaka...tq

    ReplyDelete
  7. dah lama tak dengar seloka-seloka

    ReplyDelete
  8. Penantian itu biasanya mmg satu penyiksaan huhu :D :)

    ReplyDelete
  9. Usah menduga begitu berat,
    hati menanggung tiada larat.



    mcm kena je dgn situasi sy hari ni sob sob

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”