Monday, 9 January 2017

ISTERI DICOLEK..

ASSALAMUALAIKUM…

PENANGAN MEDIA MAYA

Seorang isteri mengalami saat getir yang menjadikannya trauma justeru dicolek seorang lelaki yang sangat meminatinya dalam diam sejak lama. Setelah gadis yang diminati itu berkahwin hubungan yang sekadar kawan biasa itu pada anggapan si gadis tiada lagi. Setelah tiga tahun tidak bertemu akhirnya facebook dan instgram menemukan lelaki itu dengan gadis idamannya yang kini telah pun beranak satu.

Isteri yang berbahagia dengan kehidupannya bersama suami dan anak kecilnya sering pos gambarnya dan keluarga ke dalam fb dan inst sekadar berkongsi rasa. Dengan itu mudahlah lelaki itu mengupload dan cetak semula gambar gadis idamannya itu. Gambar-gambar itu memenuhi dinding biliknya. Semakin lama perasaan rindunya tidak tertanggung lagi menyebabkannya bertekad melarikan isteri orang berjawatan jurtera sebaik dia keluar dari pejabatnya.

Keluarga di rumah yang menyedari kehilangannya kerana tidak pulang ke rumah mulai sibuk mencarinya. Akhirnya ditemui isteri malang yang trauma itu sedang bersembunyi di dalam tandas sebuah pasaraya terkenal di ibukota tika sudah tiga pagi

. Syukur Alhamdulillah isteri itu selamat tanpa apa apa kecederaan yang merisaukan. Isteri itu berjaya meloloskan dirinya dari tahanan lelaki yang obsess kepadanya dengan alasan sakit perut dan ingin ke tandas.

Ekoran insiden itu keluarga isteri itu terpaksa berurusan dengan pihak SKMM Putrajaya untuk delete semua gambar isteri tersebut yang pernah terpapar dalam media maya tersebut.

Kita ini berinteraksi dalam media maya sekadar suka suka saja tapi tidak sangka pula boleh mengundang padah yang samasekali tidak dijangka. Apa yang Pi tulis ni bukan cerita rekaan tapi memang benar terjadi dan ada yang telah pos di grup whatsapp sebagai usaha pencarian. 

Jadi berhati-hati dan beringat akan akibatnya sekiranya nak pos gambar cun melecun atau tidak di media maya. Wanita ini dijadikanlah Allah amat cantik lagi mempesonakan sesiapa yang memandangnya. Walau kita tidak merasa begitu tapi ianya memang begitu.






11 comments:

  1. Banyak iktibar dari apa yg PI paparkan di sini
    Betul banyak kes dah terjadi. Ini isteri org PI. Ada pula yg anak jadi mangsa culik pun disebabkan dah tahu masa bila dan di mana anak dia keluar sekolah disebabkan paparan dari alam maya juga.

    ReplyDelete
  2. takut juga baca kisah ni kan PI..Alhamdulillah dapat acik tinggal komen guna laptop anak..rupanya guna telefon acik tak boleh buka ruang untuk tulis komen

    ReplyDelete
  3. TKSH KAK ZAKIE...KAK TULIS NI BERDASARKAN KISAR BENAR YG BERLAKU BEGITU HAMPIR DGN KAK SEMOGA DIJADIKAN PANDUAN AGAR XTERLALU OBSES BERSELFIE DLM MEDIA MAYA.

    ReplyDelete
  4. TKSH ACIK ERNA..YA BLOG KAK NI XMESRA HP NK GODEK2 SETTING PUN XRETI...KISAH YG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN KITA.

    ReplyDelete
  5. Bahaya kan kak..sekarang ni orang bertindak nekad dan luar jangkaan..dan ada ustaz pesan...jangan terlalu memaparkan apa yang kita lakukan..apa yang kita ada sebab sihir juga boleh berlaku melalui gambar..

    ReplyDelete
  6. tksh pc..ya benar tu mmg kena hati2 la ni jenayah sentiasa mencari mangsanya..xkira melalui apa.

    ReplyDelete
  7. Ishhh.. perkara mcm ni mmg merisaukan.. moga menjadi peringatan kpd semua, terutama yg pernah melalui pengalaman berkasih tak kesampaian.. moga dijauhkanlah kita semua... aamiin.

    ReplyDelete
  8. Hmm.. bahaya jugak kan post gambar dekat social media ni. dah jadi bini org sampai kena culik. huhu

    ReplyDelete
  9. TKSH DIK KK...ORG LA NI MCM HALNYA SUSAH NK FHM APA YG MRK CARI.

    ReplyDelete
  10. TKSH NADHIE..TU KISAH BENBAR YG TERJADI BUKAN DIREKA MMG KNA HATI2 SBG PENGGUNA SOSIAL MEDIA.

    ReplyDelete
  11. Aduh! tak sangka ada lelaki durjana macam ni.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”