Friday, 9 December 2016

PENILAIAN MANUSKRIP NOVEL SELIRATAN CINTA...

ASSALAMUALAIKUM....



MESTI ADA KAWAN-KAWAN BLOG DAN KAWAN KAWAN VIEWERS PERNAH BACA MANUSKRIP NOVEL SELIRATAN CINTA YANG PERNAH PI PUBLISH DI BLOG KARYAKU...PI CUBA PULA MENGHANTARNYA KE SYARIKAT PENERBITAN FIXI TAPI DITOLAK DENGAN LIMA ALASAN YANG MEREKA BERIKAN...

PI TAK LARAT NAK EDIT SEMULA KOMEN MEREKA YANG DIROSAKAN PENGHANTARAN EMEL GAYA TULISNYA JADI PI AMBIL DUA SAJA KOMEN TERSEBUT UNTUK DIPAPARKAN DI SINI.

DALAM BIDANG PENULISAN PI MEMANG TERBUKA  MENERIMA SEBARANG KOMEN NEGATIF ATAU POSITIF DEMI MEMPERBAIKI KESILAPAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN KE ARAH KESEMPURNAAN....JIKA TIDAK DITEGUR TENTU KITA MENULIS SYOK SENDIRI SAJA HEH..HEH..

PENILAIAN SELIRATAN
                                                                               FIXI
Komen 1
JALAN CERITA

Jalanceritanyabiasasahaja.Ada formula dari novel novelcinta yang banyakterdapatdipasaran-watak datuk, lelaki kaya dan lelaki miskin serta perempuan yang konfliknya memilih antara dua.Ada juga premis perniagaan sebagai perletakan konflik antara mereka semua.
Sekali imbas jalan ceritanya biasa.Namun begitu, point of view penulisan dan watak itu boleh dikatakan kekuatan novel ini, serta naskah ini secara keseluruhan.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak-wataknya adalah formula dari mana-mana novel cinta popular.Yang baik dilihat baik dan yang jahat dipaparkan dengan segala sifat –sifat negatifnya.Watakwatak Datuk dan datinnya sangat
tipikal. Ada cubaan untuk memberiwatakwatak tersebut dengan sifatsifat sensisitf tetapi masih tidak cukup kuat dan mudah dijangka.
GAYA BAHASA
Gaya bahasa dan tulisa nadalah kekuatan manuskripini. Bahasanya cantik dan tersusun. Penulis pandai untuk mengimbangi dialog dialog antara watak agar tidak terlalu kering dan bersahaja, walaupun percakapan seakan ada nada bangsawan.
KONFLIK DAN PELERAIAN
Konfliknya biasa sahaja.Ada  tapi mudah untuk dijangka.
KESIMPULAN
Seliratan adalah manuskrip yang ditulis dengan baik. Namum begitu jalan ceritanya biasa sahaja dan tidak  memujuk untuk bacaan berterusan.Atau dalam kata lain ianya tidak berapa sesuai untuk penerbitan seperti FIXI ini. Segala keputusan dan kesimpulan serta watak mudah untuk dijangka. Penulis disarankan untuk terus menulis tetapi dengan pendekatan dan jalan cerita yang berbeza.
GAGAL



SELIRATAN
Komen 2
Genre: Cinta/ drama
Status: Tidak diterima

Manuskrip ini tidak diterima atas sebab-sebab yang berikut:

1. Asas cerita/ genreyang tidak serasi dengan penerbitan umum Buku Fixi.

2.  Jalan cerita yang lebih sesuai kepada drama Melayu dari buku bergenre “Noir.” (Sila Google genre tersebut untuk keterangan yang lebih mendalam).

3. Cerita yang sangat klise dengan watak-watak ber pangkat gah dan kaya duniawi, walaupun penulis sendiri tidak dapat menggambarkan dengan realistik struktur dan penampilan gaya hidup orang yang kaya raya. 

4. Terlalu banyak perkara yang tidak logik. Sebagai contoh, bagaimana Fareez berjaya menyamar sebagai Rizal, masakan pulau itu kepunyaan ibunya dan keluarga mereka sudah terang terang ditulis dikenali ramai orang.  Contoh kedua, orang yang kaya raya, terutama anak mereka, tidak akan sekali-kali terlintas dalam kepala mereka untuk menaiki bas ekspress untuk kemana-mana. Tidak percaya? Buatlah homework terlebih dahulu.

5. Terlalu banyak perkara dalam cerita ini yang tidak munasabah, terutama pengakhir cerita.


KESIMPULAN:

Keseluruhannya, manuskrip ini tidak menarik dan tidak akan dipertimbangkan dengan selanjutnya.



7 comments:

  1. komen2 utk penambahbaikan..teruskan menulis, kak...in shaa Allah, ada rezeki lain satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH YA BENAR TU NOHAS...APAPUN ALASAN MRK KAK SUKA SBB MRK MENEILITINYA...KALAU KAK RAJIN KAK BAIKINYA DAN HANTAR PULA KE PENERBITAN LAIN...HEH..HEH..

      Delete
  2. Assalaamu'alaikum wr.wb kak Paridah Ishak yang dikasihi....

    Apa pun komen mereka, tahniah dahulu dari saya atas usaha akak. Komentar di atas bagus dan memberi kesedaran kepada kita seperti yang akak jelaskan. Namun tetap menampar hati kerana alasan terus terangnya. Malah ada alasannya yang kukuh dan kita dapat menerimanya dengan baik. Saya suka komen begitu kak. Teruskan usaha lagi kak.

    Berbeza dengan saya. Saya pernah menghantar draf buku (lengkap) ke sebuah syarikat penerbitan terkenal (pernah mendapat kursus menulis buku dari pemilik syarikat) dan memaklumkan akan menghantar draf buku saya untuk dibaca. Lalu dipersetujui. Bila dihantar melalui email, hampir tiga bulan tidak ada jawaban. Lalu saya tanya lagi kepada pegawai yang dirujuk, rupanya mereka lupa dengan draf saya dan kemudian kata, draf saya tidak sesuai tanpa memberi alasan kukuh. Cuma kata mereka hanya menerima tulisan dari kelompok karyawan yang sudah terkenal dalam syarikat mereka sahaja. Sebab saya penulis baru.

    Hancur luluh hati saya dan menangis kerana tidak ada alasan kongkrit tentang draf tulisan saya. Sejak itu saya stop dulu menghantar draf tulisan ke syarikat penerbitan, bukan kecewa tapi .... memang kecewa kak. hehehe. Mudahan ada nasihat dari akak buat saya.

    Salam manis dan kasih dari Sarikei, Sarawak. :)

    ReplyDelete
  3. WSALAM CT FATIMAH YG DIKASEHI...MUJUR CT BERTANYA TENTANG MSKRIP YG DIHANTAR KPD SYARIKAT PENERBITAN TERSEBUT KALAU TAK TENTU TERPERAM SAJA DI SITU...KAK CADANGKAN CT HANTAR SAJA MSKRIP BUKU AKADEMIK KPD PIHAK DBP ATAU PTS TAPI KENA RAJIN TANYA PERKEMBANGANNYA...JANGAN CPT PUTUS ASA...ILMU PENULISAN TELAH ADA CUMA PERLU GARAP SEBAIKNYA...DBP MMG PERLUKAN PENULIS BUKU AKADEMIK DAN TIDAK MUDAH MENOLAK SEBARANG KARYA BEGITU SAJA...CUBALAH DIK CT FATIMAH...SEBENARNYA TAK RAMAI PENULIS YG MAHU MENULIS BUKU AKADEMIK NI...TKSH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak untuk pandangannya. Insya Allah akan saya usahakan. Mudahan ada rezekinya di kemudian hari.

      Delete
  4. INSYA-ALLAH ADA REZEKI-NYA TU...BIASANYA USAHA KALI PERTAMA JARANG BERHASIL..JGN CPT KECEWA.

    ReplyDelete
  5. Bila dapat komen ni maknanya dia baca Manuskrip cuma mungkin manuskrip tu tidak sesuai dengan prinsip penerbitan dia. Apa pun cuba lagi setelah di tambah baikkan mana tahu ada rezeki jadi novel.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”