Thursday, 29 December 2016

KENANGAN INDAH 7...

ASSALAMUALAIKUM...


CORET-CORET PAK ENGKU...
SECEBIS KENANGAN MASA LALU 

(Kisah cintaku yang tidak kesampaian)

Ini secebis dari kisah hidup aku disuatu waktu yang sudah lama berlalu. Waktu itu aku bujang trang tang-tang. Waktu selepas kematian bakal tunang yang amat aku sayang dan cintai itu. Kami diwaktu itu sama- sama belajar dalam satu unit di maktab perguruan.
Selepas tiga tahun lebih kematiannya, aku telah jatuh cinta dengan seorang gadis. Dia berkulit hitam manis dan berambut keriting. Bentuk badannya comel lote. Macam anak Mami. Kebetulan gadis ayu ini adalah adik kepada kakak iparku. Orang Kg Simpang Tiga, Parit Buntar, Nibong Tebal. Setelah hampir setahun bercinta dan memadu kasih, kami berjanji untuk berkahwin dan hidup bersama. Sewaktu sakan bercinta tu, aku, setiap dua minggu sekali, akan pergi ke tempat tinggalnya. Di Canning Garden, Ipoh.Pada waktu itu dia bekerja sebagai Telephone Operator di Jabatan Telekom, Ipoh.
Hendak dijadikan cerita, emakku sudah terbau akan hubunganku
dengan gadis ini. Pada suatu malam, sewaktu aku dan emakku duduk di meja makan, emakku telah bertanya kepadaku, "Betul ke kau nak kahwin dengan perempuan tu?"
Aku mendiamkan diri tanpa menjawab sepatah pun akan apa yang emakku tanyakan itu. Lalu emakku menyambung, "Tak dibuat orang menghabiskan serai serumpun. Ada banyak betina lain lagi!" Aku terus menyepi lagi. Tanpa berkata sepatah apa pun. Aku hanya tertunduk bisu. Lalu emakku menyambungi, "Kalau kau kahwin dengan betina tu, kekal bahagia hidup kau sepanjang, nanti apabila emak sudah mati, engkau kencingkan kubur mak"
Berdesing telingaku mendengarkan kata-kata yang terakhir dari emakku tu. Ia bagaikan halilintar yang membelah bumi! Aku terus memandang tepat ke muka emakku. Setelah habis emakku meluahkan perasaannya, aku terus berkata, "Baiklah mak, kalau sudah begitu cakap emak, saya dah buat keputusan. Bahawa mulai hari ini, saat dan waktu ini saya akan putuskan hubungan dengan dia dan akan melupakan perempuan itu. Tetapi saya hanya minta satu sahaja pada mak iaitu jangan paksa-paksa saya kahwin atau carikan pasangan untuk saya berkahwin. Biarlah jodoh saya datang dengan sendirinya."
Emakku diam tanpa berkata apa-apa lagi. Aku pun bangun dari tempat dudukku di meja makan itu dan terus keluar. Aku sudah buat keputusan betul-betul nekad untuk memutuskan hubungan dan melupakan kekasih hatikun tu. Dan mulai detik itu aku tiada lagi berhubungan dengannyaa. Berpuluh-puluh surat yang dia hantar kepada aku, aku tak jawab satu pun. Tak balas satu pun. Biasanya lepas habis kubaca, suratnya itu aku akan bakar. Hampir setahun lamanya begitu, akhirnya dia tidak lagi mengutus surat kepadaku.
Ada beberapa sebab kenapa aku membuat keputusan yang amat drastik tu. Pertamanya kerana aku teramat sayang padat emakku.. Aku juga tahu emakku amat menyayangi diriku. Yang kedua sebab,aku tidak mahu menjadi anak yang derhaka. Melawan kata atau nasihat emakku itu. Sebab yang utama adalah kata-katanya yang terakhir itu, " Kalau kau kahwin dengan betina tu, kekal bahagia hidup kau sepanjang hayat, nanti apabila emak sudah mati, engkau kencingkan kubur mak!"
Kata-katanya inilah yang tidak dapatku telan. Aku tidak tergamak melawan cakapnya yang sebegitu rupa. Aku jadi teramat takut! Kerana aku tahu bahawa cakap emak adalah satu doa juga!
Memang selepas itu lama juga emakku tak mahu bertanya padaku tentang perkara mencari pasangan hidupkui. Namun ada juga sekali emakku terlepas cakap dan bertanya kepadaku, "Kau nak tak kahwin dengan Ano anak Tuan Kadi tu?" Nama penuh gadis montok, putih gebu itu ialah Nor Aziah. Memang dia cantik. Aku terus menjawab, 'Isy saya tak nak anak tuan Kadi itu mak oiii!!!" Akhirnya aku buktikan kepada emakku, bila Allah ditemukan jodoh dengan gadis,pilihanku. Barulah aku beritahu emakku yang aku hendak berkahwin dengan seorang gadis. Gadis yang putih gebu juga. Gadis mengikut cita rasaku. Lepas itu aku suruh emakku meminag gadis tersebut dan akhirnya kamu bernikah.
Sepanjang hayat emakku, aku teramat sayang padanya. Selama hampir setahun dia sakit terlantar tidak boleh bangun kerana diserang penyakit angin ahmar, akulah yang akan mengendung dia setiap lepas tengah hari untuk dibawa ke bilik air supaya kakakku boleh memandikannya. Setelah selesai mandi, aku akan kendung emakku balik dan baringkan dia di atas katil semula. Setiap malam aku empat beradik lelaki akan bergilir-gilir menjaga emak. Hingga disaat terakhir emak akan pergi meninggalkan dunia yang fana aku juga sempat mengajarnya mengucap dua kalimah shahadah. Sehinggalah dia menghembuskan nafanya yang terakhir.
Itulah pengorbananku untuk membalas kasih sayang emakku terhadap diriku. Sampai sekarang ini aku masih dan tetap menyanyangi emakku walaupun emak sudah lama meninggal dunia.. Semoga Allah meletakkan emakku bersama orang-orang Dia kasihi, Di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman.
Hingga kini aku masih merindui emakku


Comments

22 comments:

  1. apa kabar PI..semoga sihat2 hendaknya..

    ReplyDelete
  2. kak ok je Kam syukur alhamdulillah..tksh moga kam n famili pun sht sjhtera hndaknya.

    ReplyDelete
  3. Terkesan. Pak Ungku anak soleh yg mendengar cakap ibu pasti bahagia dunia dan akhirat. Betul juga tak elok kata orang satu ambil kakak satu ambil adik. Tak berkembanglah ukhuwah. Beruntunglah almarhumah mak Pak Ungku punya 4 hero menjaga hingga akhir hayatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH KAK ZAKIE...YA PAK ENGKU ANNAK SOLEH YG TAHU MENAFSIR MAKNA KATA2 EMAKNYA LAGIPUN XMOLEK MNGHABISKAN SERAI SERUMPUN.

      Delete
  4. Apsal mak pak engku tak bagi dia kahwin dengan gadis tu?

    ReplyDelete
  5. AGAKNYA SEBAB TERLALU DEKAT HUBUNGAN KELUARGA KOT...ABANG PAK ENGKU TELAH BERKAHWIN DGN KAKAK GADIS ITU...TKSH DP

    ReplyDelete
  6. SubhanaAllah..anak yang taat..pasti bersebab mengapa emak Pak Engku tidak mahu Pak Engku berkahwin dengan adik ipar abangnya..orang tua lazimnya lebih berfikiran jauh ke hadapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH PC...YA BENAR TU ORG TUA NI MMG JAUH PANDANGANNYA.

      Delete
  7. Pak Engku mana ni Kak PI..
    Sungguh mendengar kata pak Engku ni..
    Alhamdulillah dapat menjaga ibunya hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  8. PAK ENGKU NI PESARA GURU ORG SEREMBAN BUKAN PAK ENGKU CHEFF R PAK ENGKU AZIZ TU YATI...YA PAK ENGKU SORANG ANAK YG BERBAKTI KPD IBUNYA.

    ReplyDelete
  9. SubhanaAllah...taat sungguh anak tu pada ibunya tp agak terkilan bila siibu menjatuhkan ayat sedemikian (hanya pendapat sy)..kesian sianak dan mujur anak tak melawan kata..apa2 pun thumbs up utk sianak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH MRS FUZY...BIASALA DGN ANAK LELAKI NI MAK MESTI TUNJUK KETEGASANNYA.

      Delete
  10. TKSH MKL...ORG LAMA NI BNYK ILMUNYA.

    ReplyDelete
  11. siapala x sayang emak sendiri., tapi ade makPah kann., kannns

    salam pagi jumat ye makPah .. ;p

    ReplyDelete
  12. Kasih seorang anak.
    Untungnya dapat berbakti pada ibu sehingga ke akhir hayatnya.

    ReplyDelete
  13. TKSH WAK..SYG MAK TU WAJIB...TAPI MMG ADA YG XSYG MAKNYA...SALAM JUMAAT WAK

    ReplyDelete
  14. TKSH FIDAH YA ANAK YG BAIK BERBAKTI SENTIASA KPD IBUNYA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”