Thursday, 10 November 2016

WARIS KITA

ASSALAMUALAIKUM...

WARIS KITA

Zuriat baru
yang mewarisi impian silam
nan tidak tergapai tangan
jangan nyanyikannya dengan lagu-lagu
yang menggamit nostalgia
yang mahu dilupakan

Kenapa langkah punah itu

mahu dibaca catatannya kembali

Semuanya adalah sketsa kesilapan


Biarlah lakaran baru diukir

dengan rupa ceria
lagi gemilang

Padamkan nota-nota celaru itu

jangan selak lembarnya lagi

Berkoleklah di tasik hati

lalu merenda bahasa puitis
melukis bait-bait harmonis
mengisi hari dengan warnanya

Walau kadangkala kesunyian 

yang lapang lagi panjang
membosankan
Mengisinya dengan ratib zikir
mohon hidayah


16 comments:

  1. Namun yg berlalu pasti terus bersemadi dalam ingatan
    Kerana kasih dan sayang tak akan ada galang gantian
    Tetap kena teruskan penghidupan..

    ReplyDelete
  2. Kak PI ke dalam foto tu?..akhirnya dapat jugak SB tengok pemilik blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU ANAK N CUCU KAK SUE HEH..HEH..ADA KAK LETAK PIC KAK DLM BLOG NI CUBALAH CARI..TQ

      Delete
  3. Bentuklah..lukislah dengan seindah ukiran dan lukisan supaya nikmatnya berpanjangan..

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam.
    Kita banyak belajar daripada kesilapan PI

    ReplyDelete
  5. HEH..HEH..CANTIKLAH SGT..TQ MKL

    ReplyDelete
  6. YA KAKZAKIE YG LALU HANYA KENANGAN N PENGHIDUPAN KITA BERTERUSAN..TKSH

    ReplyDelete
  7. YA KENANGAN MANIS ADALAH LUKISAN YG CANTIK...TQ PC

    ReplyDelete
  8. YA WP KESILAPAN MENGAJAR KITA UTK MEMPERBETULKANNYA...TQ

    ReplyDelete
  9. Pengalaman mendewasakan kita.
    Lumrah manusia tak lari dari kesilapan yang penting kita sedar dan tak perlu diulangi kesilapan yang sama.

    ReplyDelete
  10. BENAR TU MRSA KESILAPAN MENGINSAFKAN KITA JGN ULANGINYA LAGI..TQ MRSA

    ReplyDelete
  11. Moga dpt berjumpa kak PI satu masa nanti, in shaa Allah :) :)

    ReplyDelete
  12. insya-Allah kakpun teringin nk jumpa dik KK insan hebat tapi sgt merendah diri..tksh

    ReplyDelete
  13. Manusia bljr dr pengalaman.. guru terbaik sepnjg zaman.. kesilapan adalah lumrah insan.. kerana ia sememangnya sinonim dgn kealpaan...

    ReplyDelete
  14. YA BENAR TU ANIES PENGALAMAN MEMATANGKAN FIKIRAN...TQ ANIES

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”