Monday, 28 November 2016

TRAVELOG FATHONI DARUSSALAM...

ASSALAMUALAIKUM...




TRAVELOG FATHONI DARUSSALAM

Daerah Baling di negara kita adalah salah satu daerah bersempadan dengan negeri Fathoni Daruss salam, Thailand yang disebut Pattani bagi masyarakat sebelah sini. Yala, Saturn, Narathiwat, Pattani, Songkla/Senggora berada di selatan Thailand.
Pemisah antara kedua-dua negara adalah hutan tebal pernah dijadikan tempat persembunyian gerila komunis dalam tahun akhir 50-.an sehingga perjanjian damai 1955 Baling dimeterai antara kerajaan Malaysia ketika itu dengan Chin Peng ketua parti PKM (Parti Komunis Malaya).

Justeru mereka yang tinggal di kedua-dua negara yang bersebelahan sering berulang alik membuat kunjungan melaksanakan urusan masing-masing sambil bertemu saudara-mara setelah suasana aman diwujudkan hasil perjanjian itu. Salah seorangnya adalah bapa saudara Penulis yang Penulis gelar Wa Abu. Apabila ditanya, “Wa pi mana?” jawabnya, “Pi Yala sat.” dan Wa Abu selalu membawa pulang pelbagai hasil pertanian dari sana sebagai buah tangan.
Daerah Yala dan beberapa provinsi yang dipecahkan di negeri Fathoni Darusslam sangat giat dan maju dalam bidang pertanian sejak sekian lama. Ternyata bangsa Melayu warga Fathoni adalah sangat rajin dan gigih berusaha dalam pelbagai bidang ekonomi demi kehidupan yang dijalani. Lebih-lebih lagi dalam bidang pertanian yang kebanyakan hasilnya dieksport ke negara kita.

Sebenarnya semasa kecil Penulis pernah tinggal bersama keluarga di Simpang Empat Baling. Penduduk di sini lebih dikenali sebagai Melayu Pattani dengan lorat pertuturan yang unik kerana seakan dialek negeri Kelantan yang bercampur dengan dialek Kedah. Dan ramai juga penghuninya adalah mereka yang berketurunan Siam.

Orang Siam di sini kebanyakannya petani yang amat rajin mengusahakan pelbagai jenis tanaman komersial juga menternak khinzir. Jadi tidak hairanlah kalau kita mendapati kumpulan khinzir berkeliaran di mana saja di setiap ceruk perkampungan daerah sini.
Cerita itu Penulis simpan sebagai memori lama dahulu. Mungkin suasana daerah Baling bersempadan negeri Fathoni Thailand telah jauh berubah keadaannya mengikut perubahan arus masa. Dan tiada lagi khinzir yang berkeliaran merata mencemarkan kesucian alam sekitar dan mengganggu kesempurnaan ibadah penganut Islam.

Masyarakat Melayu Pattani di selatan Thailand sekitar 4 % - 2.3 juta daripada keseluruhan penduduknya sejumlah 70 juta, amat dikenali sebagai Muslim sejati walau di tengah keberadaan mereka dalam negara yang kebanyakannya menganut agama Buddha.
Mereka mengamalkan budaya mereka sendiri dengan yakin walau keadaan negeri itu sering digambarkan bergolak dengan pertempuran meragut nyawa antara kumpulan pemisah dan kerajaan Thailand.

Kumpulan pemisah selatan Thailand di bawah pimpinan tokohnya Hj. Sulung ingin membebaskan negeri Fathoni dari kerajaan Thailand dan telah memperjuangkannya sekian lama kerana bersandarkan sejarah bahawa Fathoni adalah sebuah kerajaan berdaulat yang meliputi Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditakluki kerajaan Siam pada 1902.
Namun perkembangan pendidikan Islam yang menyangkut tuntutan ukhrowi dan duniawi sentiasa pesat walau negeri Fathoni dilanda konflik yang tidak selesai. Ramai ulama Islam kelahiran Pattani amat dikenali dengan kitab yang ditulis menjadi rujukan penuntut ilmu agama Islam.

Antaranya adalah Sheikh Ali bin Faqih al-Fathani,  Sheikh Abdul Jalil al Fathani, Sheikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, Sheik Muhammad Nur al – Fathani dan ramai lagi ulama negeri ini yang berperanan menyebarkan dakwah Islam. Paling dikenali adalah Sheikh Ahmad al-Fathani sebagai pendakwah ulung seluruh nusantara.
Kini banyak juga university dan pusat pengajian tinggi yang didirikan di negeri Fathoni untuk mengujudkan masyarakat berilmu seiring tuntutan masa. Antaranya adalah:-

1.    College of Islamic Studies
2.    Deep South Journalism School
3.    Fathoni University
4.    Islamic Academy and Arab Studies Naradiwas
5.    Pengajian Tinggi Islam Darul Maarif Pattani (PETIDAM)
6.    Prince of Songkla University

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN FATHONI DARUSSALAM

Kegiatan penulisan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda sudah lama dipraktikan dalam usaha penyebaran dakwah Islam yang ditulis para ulama negeri Fathoni sejak lama dahulu. Walau ada keputusan kerajaan Thailand hendak melenyapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai usaha penyatuan bahasa kebangsaan Thailand.
Namun bahasa Melayu terus berkembang baik walau terpaksa bersaing dengan bahasa Siam yang semakin popular di kalangan generasi baru kini.
Dan ramai juga siswa-siswi dari negeri Fathoni Darussalam yang menimba ilmu di university tempatan negara kita terutamanya di UIA/Universiti Islam Antarabangsa juga di lain-lain negara.
Alam siber yang luas penggunaannya kini memudahkan perhubungan secara maya dan ramai penulis penulis terkenal Fathoni turut sama menyertai grup penulisan di Malaysia seperti E-Sastera-Malaysia, BeTA, SPTA, NUMERA dan lain-lain grup penulisan yang banyak sekali diujudkan penggiat industry maya iaitu FACEBOOK, GOOGLE, LINKDN, TUMBLER, WHATSAPP, INSTGRAM, TWITTER. Media maya yang turut membantu menyebarkan pelbagai info dengan lebih cepat.
Antara penulis yang Penulis kenali berasal dari Fathoni dan amat aktif dalam penulisan sastera siber adalah saudara Mahroso Doloh.  Penulis tidak kenali beliau secara personal tapi lewat alam maya saja kerana beliau adalah admin  GAKSA E-SASTERA-MALAYSIA.GAKSA yang Penulis turut sertai.
GAKSA E-SASTERA dibentuk oleh Persatuan Aktivis E-SASTERA (Malaysia) yang bertindak sebagai Sekretariat, Lentera Sastera Indonesia (LSI), PUTRA Seni (Brunei Darussalam), Kumpulan Bebas Melata (Singapura) dan Komunitas Pena Petani (Thailand).
Zamree Idris seorang penulis Fathoni telah dipilih pemenang award E-SASTERA-ASEAN bagi Thailand, Gabriel Kim – Malaysia dan Nanang Suryadi – Indonesia. Majlis penyampaian hadiahnya telah diadakan di Pondok Pesantren Al-Fath, Cilegon, Banten, Indonesia pada 18 November 2016 yang lalu sempena program wisata sastera "Antara Anyer Dan Jakarta" anjuran E-SASTERA dengan dihoskan oleh LSI
Beberapa orang penulis dalam group penulisan BeTA juga ada yang berasal dari Fathoni Darussalam seperti Nurjah Ahmad, Tuwaedaniya Maringing dan Zubaidah Bakakah.
Fathoni Darussalam sebuah negeri indah dengan banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Menurut seorang sahabat Penulis yang pernah ke sana, pantai-pantai di Pattani dan Songkla secantik pantai di pantai timur negara kita seperti di Terengganu, Kelantan dan Pahang.. Dan soal mendapat makanan halal ketika berada di sana langsung tiada masalah.
Tapi sentiasa perlu berhati-hati menjaga keselamatan diri kerana kadangkala tidak terduga boleh terperangkap dalam pertempuran antara kedua-dua belah pihak yang mempertahankan hak dan yang ingin mengekalkan hak. Perjuangan yang sentiasa memakan korban dan amat memilukan.


Bersama kita mendoakan semoga Negara Islam berdaulat yang telah hilang dari peta ini sentiasa aman damai dan tiada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku. Kedamaian dan kesentosaan pasti membawa rahmat dan menafaat kepada penduduknya. Dan Allah SWT memakbulkan doa para pejuang dan penduduknya memperolehi hak yang dituntut. Allah mendengar doa-doa hamba-hamba-Nya yang teraniaya. Yang berhak pasti mendapat haknya.

 Pic google images

Sumber
1.    Kompasiana.com
2.    Taufeq net.
3.    Wikipedia.
4.    Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu – Dr. Awang Sariyan.
5.    E-SASTERA-MALAYSIA
6.    BeTA (Bersama Terbitkan Antologi)





17 comments:

  1. Apa yg sedih bukan perkembangan Islam yg terjadi tapi kehilangannya dari peta sudah pasti hanya tinggal sejarah. Kalau tak baca entri ini mungkin kakak pun tak tahu PI. Kini doa umat Islam juga buat etnik Islam Rohingya. Bimbang akhirnya etnik itu juga hanya tinggal sejarah kalau setiap hari kini semuanya disembelih/bunuh dan dimusnahkan. Sedih:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA KAKZAKIE SESEKALI TLS ARTIKEL PANJANG MENGENANGKAN NASIB MINORITI ISLAM YG DINAFIKAN HAK MRK DI TANAH KELAHIRAN N WARISAN NENEK MOYANG MRK...KITA BERDOA AGAR MRK TABAH WALAU HIDUP TERTINDAS

      Delete
  2. belum pernah sampai di Patani..byk jg universiti/kolej Islam di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. YEKE..BANYAK MADRASAH KOLEJ N UNIVRSTY DI SINI NOHAS...TQ

      Delete
  3. Bila baca entri Kak PI baru tahu..
    Terima kasih kak info yg bermanfaat ni..

    ReplyDelete
  4. TKSH YATI...BERKONGSI INFO SAMBIL MENGUTIPNYA DRPD BANYK SUMBER

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian ini kak. Macam tengah baca satu ruang dalam buku sejarah. =)

    Kiranya akak pun ada keturunan melayu pattani ?

    ReplyDelete
  6. HEH..HEH..KAK BIASALAH FAARIHIN MMG MINAT SEJARAH N3 PUN KDGKALA SUKA TLS TNTG SEJARAH..NTAHLAH SAMAADA KAK KETURUNAN PATTANI R TIDAK..TKSH

    ReplyDelete
  7. nice share.. mak saya kata sungai petani kedah berasal dari nama sungai pattani.. wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  8. bc entry ni mengingatkan sy kata2 ustaz don. kata beliau, kenapa ramai ulama' berasal dari pattani? sbb pattani tu asal dari perkataan arab iaitu fatonah - yakni salah satu sifat wajib rasul yg bermaksud bijaksana. krn ramai ilmuan dan para bijaksana dilahirkan di situ maka, nama asalnya (dalam bahasa thai) ditukar kepada fatonah dan hari ini dipanggil Pattani

    ReplyDelete
  9. Travelog penuh ilmu ni bukan sekadar travelog biasa...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”