Saturday, 12 November 2016

SEBUAH PENGHARGAAN...

ASSALAMUALAIKUM...

PENGHARGAAN PENERBIT  BeTA.

BeTA  ADALAH SYARIKAT PENERBITAN BUKU BERKONSEPKAN BERSAMA TERBITKAN ANTOLOGI....YAKNI BERKONGSI KOS PENERBITAN BERSAMA RAMAI PENULIS YANG BERMINAT MENERBITKAN KARYANYA DI BAWAH PENGURUSANNYA TUAN USTAZ ILHAMI HISHAM....RAMAI PENULIS HEBAT YANG BERGABUNG KARYA DALAM SETIAP ANTOLOGI TERBITAN BeTA....DAN PI ADA SALAH SEORANG YANG MAHU BERKONGSI KEMEGAHAN MEREKA HEH..HEH..DALAM ERTIKATA MENUMPANG NAMA.. ...ANGAN PI HENDAK JADI SALAH SEORANG ANTARA RAMAI PENULIS BUKU TERCAPAI...HEH..HEH...BIASALAH PI BUKAN SESIAPAPUN DALAM BIDANG PENULISAN...HANYA MINAT MENULIS SAJA ...DAN DAPATLAH BUKU-BUKU YANG MENGISI KOLEKSI KARYA DISIMPAN DI LIBRARI PERIBADI...

Syukur. Petang tadi, tertunai sudah hasrat sebuah niat untuk menyerahkan sendiri 3 set buku-buku karya Kak Paridah Ishak di kediamannya di Selayang Utama. Moga banyak manfaat diganjarkan. Amin.
Novel RAJAQNA, Antologi Semangat Hijrah Jiwa Merdeka dan Antologi Nasihat Nikah Kahwin.
Kak Paridah adalah pendokong tegar dan penyumbang karya yang setia dalam semua projek BeTA.
Sebelum itu, sempat serahkan buku-buku BeTA kepada Pak Sahar Bin Misron Labuan di KL Sentral. 
Titipkan juga untuk Norgadis Labuan.




Beliau insan hebat. Anugerah-Nya.
Itu tiga kalimat yang kusangkutkan di siling hatiku sendiri. Banyak ilmu, maklumat dan pengalaman dapat kukutip ketika menziarahinya tadi petang. Kami temui di kediaman beliau di Selayang Utama.
Kak Paridah Ishak menerima kedatangan kami yang tidak disangka-sangka itu dengan kuntuman senyum yang manis. Kemesraannya jelas ketika beramah-mesra. Meskipun tidak banyak perkataan yang mampu diungkapkan, namun kami amat memahami isi hatinya.
Menurut
 anak perempuannya, seorang guru Sains, kemalangan melibatkan semua anggota keluarga mereka itu berlaku pada 1985.
"Ketika itu, saya berusia tujuh tahun," tukasnya.
Dalam hati, aku membayangkan bagaimana Kak Paridah membesarkan anak-anaknya dalam keadaan begitu.
Kini, beliau terus-menerus menulis. Meskipun dengan sebelah tangan cuma. Namun karyanya amat hebat dan bernilai. Boleh dikatakan karyanya terdapat di dalam semua lapan buku projek BeTA sehingga ini.
Tidak banyak kesilapan ejaan, tanda baca dan ketata-bahasaan dalam nukilan beliau. Membuktikan beliau berkarya dengan penuh ketelitian.
Hasilnya, sajak beliau telah mendapat salah satu daripada tempat utama dalam Sayembara Menulis Sajak Hijrah Merdeka anjuran BeTA pada bulan Ogos lal
u.


Catatan Tuan ustaz Ilhami Hisham penerbit BeTA

29 tahun lalu, kemalangan jalan raya telah mengakibatkan dia lumpuh hingga sekarang.
Namun wanita ini memiliki jiwa kental.
Walau mulut tidak lagi dapat bertutur, kaki tidak mampu menapak, dengan sebelah tangan jejarinya menari laju di papan kekunci komputer.

Dengan pergerakan lima jemari itulah terhasil beratus puisi dan cerpen karyanya. Ada yang sudah terbit dan ada yang menunggu giliran.
Melihat kegigihannya saya jadi malu pada diri sendiri...
Petang tadi selesai menjalani RT, saya sempat menziarah wanita ini, bonda Paridah Ishak!
Kegigihan dan semangatnya benar-benar memancung kealpaan saya!

Catatan puan Ummu Atiifi seorang editor SINAR HARIAN dan isteri kepada Tuan ustaz Ilhami Hisham


TERIMA KASIH KEPADA KEDUA INSAN BUDIMAN YANG AMAT PRIHATIN DENGAN PI YANG DIKENALI HANYA LEWAT FB SAJA TAPI MEMBERI PENGHARGAAN TINGGI KEPADA KARYA-KARYA PI DAN SENNTIASA BERSETUJU MENERBITKANNYA DI DALAM PELBAGAI ANTOLOGI BERSAMA RAMAI PENULIS TERNAMA.

11 comments:

  1. alhamdulillah..anugerah allah pada akak..saya jauh lagi nak jadi camni..x pandai nak menulis karya2 ni :)

    ReplyDelete
  2. AMIIN..TKSH CIKGU NICK...KAKPUN BUKAN RETI..TLS SUKA2 JE

    ReplyDelete
  3. Taahniah PI
    Teruskan berkarya.
    Kembangkanlah bakat yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH WP...INSYAALLAH BAKAT SIKIT JE MINAT TU YG LBH HEH..HEH..

      Delete
  4. Bagusnya... alhamdulillah syukurlah... teknik yg sgt kreatif di era masa kini. Moga terus lancar dan sukses... aamiin :)

    ReplyDelete
  5. TKSH DIK KK..AMIIN ..DGN CARA BGINI SEMUA KARYA KITA TERSIMPAN BAIK

    ReplyDelete
  6. Tahniah kak... teruskan berkarya!!

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”