Monday, 14 November 2016

PANTUN BAHASA

ASSALAMUALAIKUM....

BAHASA KITA

Kartu semasa pintu menara,
tiada restu rusuh tersangga;
satu bahasa satu negara,
tanda bersatu seluruh warga.

Pantun #2

Masa di pekan beli keladi,
buah celagi terasa kelat;
bahasa menunjukan peribadi,
maruah tinggi bangsa berdaulat.

Sisa merata manisan hangat,
Masa gelita ulik saksama;
nusa tercinta warisan rakyat,
bahasa kita milik bersama;

 MERAJUK DIRI

Pantun #1

Silang sauh merawa tenggiri,
bujuk mara pelata mengajuk;
menghilang jauh membawa diri,
merajuk lara minta dipujuk

pantun #2

Mengganti jenang sepadu rupa,
gala diramu dara pemalu;
hati terkenang rindu menyapa,

kala bertemu bicara kelu.

21 comments:

  1. indah nya bahasa melalui pantun ni Kak PI.. masa sekolah pandai buat pantun ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SERONOK JUGA MASA BELAJAR BERPANTUN DI SEKOLAH DULU KAN ATIE..TQ

      Delete
  2. Sedap aje di baca pantun tu.
    Kena aje bunyinya

    ReplyDelete
  3. indah sungguh bahasa yg Kak PI guna..ada yg sy tak faham maknanya..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEH...HEH..PANTUN KAK NI KIRA OK LAGI NOHAS KALAU BACA PANTUN KWN2 LAIN MESTI TERUJA DGN ISTILAH DBP BAHASA KITA YG LUAS N UNIK MRK GUNAKAN...TQ

      Delete
  4. Setiap frasa yang tinggi nilai ertinya..

    ReplyDelete
  5. Sudah lama saya tidak berpantun.
    Membaca pantun kak Paridah, buat saya terkenang-kenang zaman sekolah dahulu. =)

    ReplyDelete
  6. ky tak pandai nak berpantun..

    ReplyDelete
  7. KAK BARU BLJR TULIS PANTUN CARA GINI DRPD SIFU TABIR ALAM MRSA...RIMA PEMBAYANG/SAMPIRAN MESTI SAMA.............SUKUKATA/KANDESA LUNAK HANYA SEPULUH...TQ

    ReplyDelete
  8. YEKE FAARIHIN..SESEKALI HAYATI PUISI LAMA KITA...TQ

    ReplyDelete
  9. YEKE KY..BUKAN APA XBERAPA MINAT TU..TQ.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. TAKDELAH PANDAI MANA HANA...SUKA2 SAJA..TQ

      Delete
  11. SUKE BTL KAK PARIDAH NI JIWA SASTERA MEMANG TERLIHAT :)

    ReplyDelete
  12. Anak dara membuat sekaya
    Hendak dijamu bersama teman
    Elok bahasa eloklah budaya
    Cerminan diri sepanjang zaman

    ReplyDelete
  13. Bahasa tinggi ilmunya... subhanallah...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”