ASSALAMUALAIKUM...
BAGI YANG MENUKILKAN KARYA SAJAK DALAM ANTOLOGI SAJAK BANDAR BANDAR DI PERAK... PIHAK PULARA SEBAGAI PENGANJURNYA TELAH SEDIAKAN KALENDAR 2017 SEBAGAI CENDERAMATA...MENARIK JUGA...TAPI SEDIH JUGA PI TAK MAMPU NAK DAPATKANNYA...TAK LEPAS NAK KE PANGKOR SANA HEH..HEH..
Wednesday, 30 November 2016
Tuesday, 29 November 2016
NOVELET SAINS FIKSYEN...
ASSALAMUALAIKUM...
DEMI ALLAH
DEMI ANGIN
DEMI AIR
Oleh Paridah Ishak.
Azalina dan Nurhusna berkira-kira hendak mengikuti Nursyafikah pulang
ke kampungnya hujung minggu ini sebelum kedua-duanya pulang ke kampung halaman
masing-masing setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana di university
Putra Malaysia Serdang.
Sekarang ini di kampung Nursyafikah
buah-buahan sedang bermusim. Lalu dia mempelawa kawan-kawannya itu untuk
merasai kenikmatan buah-buahan yang masak ranum di pohon lagi segar sekali.
Azalina lahir dan tinggal di bandar KB sementara Nurhusna pula lahir dan
membesar di bandar JB langsung tidak pernah merasai suasana alam di
perkampungan. Itu yang membuatkan kedua-dua sahabat itu teruja untuk mengikuti
Nursyafikah pulang ke kampungnya di Pahang.
“Jauh juga kampungkau ya Pikah. Lambat pula
aku rasa nak sampai. Dah naik kematu bontot aku rasanya duduk saja tapi masih
tak sampai lagi.” Azalina melepaskan keluh-kesahnya. Mungkin tekanan tubuhnnya
yang tidak langgas bergerak cergas menyebakan darah berkumpul dan tidak
mengalir lancar.
“Sabarlah! Kejap lagi sampailah kita. Tenguk
Suna relek saja. Leka dia perhati keindahan alam sekeliling. Kauni macam-mcam
saja lah Lin.”
“Tadi tu memang aku ralit sangat duk perati
orkid liar yang banyak tumbuh kat tepi jalan pinggir hutan tu, cantik sungguh.
Tapi bila keretakau dah mula membelok ke jalan yang bengkang-bengkok macam ular
kena palu ini kepala aku dah mula pening. Mual nak muntahpun ada. Menggelombang
je aku rasa perut aku ni.” Ketidakseimbangan situasi yang sedang dilaluinya
kini sedang mempengaruhi minda normalnya.
“Oh! Kau dah mula mabuk darat ya. Kesiankau.
Tak apa kita berhenti sekejap kat gerai buah kat depan tu. Kita minum dan beli
limau. Kalau rasa pening elok tonyoh dahikau dengan kulit limau dan makan
isinya. Aroma limau mampu membuat saraf otakkau tenang.” Istilah mabuk darat
sering digunakan emaknya kala melihatnya pening dan mual tika berkereta dalam
perjalan jauh diulangi menyebutnya kepada Azalina.
“Jauh lagi ke Pikah ?” soal Nurhusna pula dari
seat duduk belakang..
“Kaupun dah rasa pening jugak ke Suna.”
“Taklah. Aku okey je. Cuma kesiankan Lin yang
dah pening lalat ni.”
“Sabar ya Lin. Kita berhenti sekejap kat depan
tu. Jalan kalau bengkang-bengkok gini memang ramai yang tak tahan perut kalau tak biasa. Aku dah biasa sangat
jadi dah mentan. Lagipun inilah satu-satunya jalan menghala ke rumah aku. Nak
tak nak kena lalu juga.”
Nursyafikah memarkir kereta kancilnya yang
kecil berurna biru itu di pinggir jalan berhampiran sebuah gerai buah-buahan.
Kelihatan tiada pelanggan yang mengunjungi gerai itu selain mereka bertiga. Ada
durian yang dilonggok dengan label Musang King. Jenama durian yang agak mahal
harganya dan amat popular kerana keenakan rasanya yang pahit manis itu.
Rambutan gading yang kuning dan rambutan merah
anak sekolah juga diikat kemas menanti pembelinya. Dokong, duku, langsat,
rambai juga berlonggok mengikut bahagiannya. Bentuk buah-buahan itu seakan tapi
berbeza rasanya. Bagi yang mengenalinya langsung tiada masalah untuk memilih
mana satu yang disukai.
“Kau berdua nak makan durian Musang King ke?
Ralit saja duk perati.”
“Taklah! Cuma terkejut tenguk harganya.
Kanmain mahal lagi, 80 RM sekilo.” Balas Suna.
“Apa nak hairan Suna. Barang baik, harganya
mesti mahal. Lagipun inilah rezeki pedusun setahun sekali. Durian ni bukannya
berbuah tiap masa.”
“Sekarang ni dah banyak durian klon yang
berbuah sepanjang tahun Pikah. Genetic durian dah diubah para saintis pertanian.
Mudah saja kalau nak makan durian bila-bila masa saja. Asal ada duitnya
heh..heh..” Nurhusna menyanggah kenyataan sahabatnya itu.
“Aku rasa nak beli buah dokong untuk makkau.
Tapi aku tak kenal yang mana satu. Nampak semua serupa saja langsat, duku,
dokong, rambai tu. Kaulah pilihkan Pikah.”
“Tak payah Lin. Semua buah-buah yang dijual
kat sini ada kat dusun belakang rumah aku. Limau madu dan belimbing besi pun
ada. Aku cadangkankau beli limau saja untuk legakan tekak kau yang mual
tu..kalaukau rasa nak termuntah baik kau muntahkan isi perutkau tu sekarang.
Barulah kau rasa selesa sikit. Jalan bengkang-bengkuk ni tak lama lagi habislah
di kawasan perkampungan orang Asli di hujung tu. Jalan menghala kampung aku
lepas tu lurus saja hingga ke muka tangga..”
“Belum rasa nak termuntah lagi cuma pening
sikit.” Azalina memicit-micit dahinya.
“Sabarlah Lin. Sapu minyak kaki tiga kat
dahikau. Nah!” Nursyafikah mengunjukan botol minyak angin kecil itu setelah
mengeluarkannya daripada tas sandangnya.
“Dah tak sabar nak jumpa makcik Ina makkau
Pikah.”
“Aku tahulah sebabnya tu. Mestikau nak korek
rahsia mak akukan!”
“Ish! Tak adalah Pikah. Pandai sajakau ni main
teka-teka.”.
“Aku dah oder ABC ni…jomlah minum.” Ajak
Nurhusna mengeraskan suaranya agar didengari sahabat-sahabatnya yang agak
berjauhan jaraknya darinya.. Kedua-duanya segera tinggalkan pangkin yang sarat
dengan aneka buah-an tempatan itu menuju ke tempat Nurhusna yang menanti
sahabat-sahabatnya di meja yang dihidangkan tiga mangkok ABC oleh pemilik gerai
itu seorang gadis muda sebayanya.
“Sedap nampaknya ABC ni. Macam-macam yang
diisi dalamnya. Lebih dari tujuh jenis tu.”
Azalina menguis-nguis ais yang disagat halus
sambil cuba membilang-bilang satu persatu kandungan ABC itu. Ada kacang merah,
sagu kasar, sagu halus, cendol, agar-agar dan lain-lain lagi yang tidapat
dipastikan namanya.
Ketiga-tiga sahabat baik mula menikmati
ABC/air batu campur yang melegakan kekontangan tekak mereka sebelum meneruskan
perjalanan ke destinasi tujuan mereka.Kancil biru telah membawa ke destinasi
yang ditujui mereka bertiga dengan selamatnya. Salina menyambut kehadiran anaknya
dan tetamunya dengan wajah ceria. Tersenyum simpul menyambut salam sambil
bertanya khabar.
“Besar juga rumahkau ya Pikah. Kau cakap dulu
rumahkau pondok buruk je. Pandaikau menipu ya.”
“Rumah besar tapi tiada isinya. Sama juga
tarafnya dengan pondok buruk Lin. Dahlah jangan soal lagi tentang tu. Mak aku
dah siapkan bilikkau orang. Pergi masuk sana nak baring ke nak salin baju ke.
Lepas tu kalau terasa nak makan durian pergilah ke dapur. Mak aku dah kumpul
durian gugur segala jenis nama untuk kauorang. Rambutanpun ada sikit mak aku
kait.”
“Yeke Pikah? Memang tak sabar nak rasa ni,”
balas Nurhusna.
“Tapi aku rasa nak mandi dulu segarkan diri
Pikah. Baru selesa sikit. Lega semua keletihan urat saraf badan.”
“Suka hatikaulah Lin. Bilik mandi sebelah
bilik ni saja. Pergilahkau berdua mandi segarkan diri. Lepas tu kau orang ke
dapur ya. Mak aku dah sediakan segala macam hidangan untukkau orang tu.”
“Okey Pikah. Selepas mandi aku ke dapur.
Kautak nak mandikah Suna.”
“Nak juga. Pergilahkau dulu..”
.Sambil membantu mak cik Ina menyiapkan
hidangan makan malam riuh saja kedua gadis itu bertanya begitu begini kepada
tuan rumah. Mak cik Ina melayan setiap pertanyaan tetamunya itu dengan ramah.
“Besar juga rumah mak cik ni. Mak cik tinggal
dengan sesiapa lagi. Tak Nampak sesiapapun selain kami.”
“Mak cik duk dengan adik Pikah.tah kemana dia
merayau tak balik lagi. Sorang lagi adik Pikah sedang belajar di ITM.”
“Ya adik Pikah yang belajar kat ITM tu kami
pernah jumpa. Selalu juga dia datang melawat Pikah di rumah sewa kami” sahut
Azalina sambil melirik Nurhusna.
“Rumah ni dulu ramai penghuninya. Sebabtu
dibina besar. Tapi la ni dah berkurang bilangan penghuninya.” Salina merenung
jauh seolah dihadapannya terentang lorong kehidupan berliku yang pernah
ditempuhinya. Tujuh warna pelangi yang mengindahi kehidupannya dan anak-anaknya
telah dilitupi mendung gelap. Tidak kelihatan lagi. Hanya insiden yang
mencalari ruang langit kehidupannya tidak daya dilupakan.
Dialah jantung hatiku satu-satunya. Tiada dua tiada tiga. Seluruh keperluanku,
keluargaku, anak-anakku hanya tergantung kepadanya. Tidak kasihankah kau
kepadaku yang tidak punyai apa-apa sepertimu yang ketara miliki segalanya.
Mengapa tidak kau biarkan kehidupanku lancar berterusan tanpa gangguan yang kau
timbulkan.
Pilihanmu adalah hakmu
menentukannya. Mungkin langsung tidak ada apa salahnya untukku pertikaikan tapi
ada sudut-sudutnya yang boleh dipersoalkan kewajarannya. Hakmu pasti kau
pertahankan dan begitu juga aku. Selagi termaktub aku berhak terhadap sesuatu
itu akanku pertahankan sehabis kudrah.
Suratan pula menentu
takdir-Nya. Usahaku sudah bersungguh mempertahankan hakku dan anak-anak agar
tidak direnggut daripada genggaman tanganku dan diberikan sebagai
anugerah teristimewa kepadamu pula. Apalagi yang dapatku kata selain
merenung penuh sayu berbaur sesal teramat.
Barangkali kau
merasakan tidak pernahpun mengambil apa-apapun yang menjadi milikku kerana
jasad yang berjiwa, berhati nurani kadangkala bolak balek hatinya dan keputusan
yang diperhitungkan tidak semenggah yang didambakan.
Itulah kemungkinan
besarnya yang berlaku kepada diri pilihanku dan kini adalah diri pilihanmu.
Pertarungan, pergelutan, pergolakan yang menimbulkan kerusuhan jiwaku angkara
olahmu
terpaksaku hadapi
dengan air mata berlinangan kesedihan. Habis apalagi yang mampu ku buat selain
menjuraikan air mata kesedihanku. Sungguh kau tidak berhati perut.
Langsung tidak kasihan kepadaku. Astaghfirullah! Berdosanyalah aku mengadilimu
begitu. Hak Allah hendakku ambil pula buat menambah dosa yang sedia ada.
Namun suara hatiku
selalu membisik begitu di dalam dunia sedar dan lenaku. Melupakannya,
menghambatnya jauh agar tidak berlegar lagi di rongga-rongga kalbuku
mengelirukannya dan meninggalkan efek negatif telah berusahaku laku.
Terngiang-ngiang jua
masih. Memeningkan, membingungkan.
Harus kuingat danku
sedari bahawa diri kesayanganku, kecintaanku itu bukan lagi siapa-siapa
denganku dan tidak layak bagiku merasai luhur sucinya seni halus jiwa itu.
Sifat terlalu mencntai
itu walau lumrah dan telah ditanam Allah ke dasar sanubari kita tidak
seharusnya melebihkan pula rasa cinta kepada yang berhak sesungguhnya
terhadap rasa cinta kepada Allah Azzawajalla. Mencintai seseorang tidak salah.
Tapi harus berpada-pada.
Laluku pujuk hatiku
dengan berkata sesuatu yang tersurat takdirnya ada hikmah yang membawa rahmah.
Sendirianlah aku.
Walau sepi, walau sunyiku tanggung sendiri. Terlalu berat sangatkah masalah itu
bagiku? Rasanya tidakpun. Hidup perlu diteruskan walau ujian-Nya merintang
sepanjang perjalanannya.
Kesedihan, kedukaan
tidaklah selalu membentuk mendung hitam yang menabiri alamnya sehingga sentiasa
sangsi dan ragu untuk mengatur apa saja perancangan ke arah kehidupan sebaik
mungkin. Suratanku sejak azali begitu takdir-Nya. Dan kuterima dengan reda.
Jikalau telah reda semata tidak perlulah lagi ada sifat iri antara sesama kita.
Biarkan perjalanan hidup kita lancar berterusan ke destinasi akhirnya tanpa
olah tanpa bantah.
Siang malam bergantian
dan kitapun leka menjalani urusan tanpa memikirkan permasalahan antara kita.
Tidak langsung mahu mengambil peduli apapun lagi yang bersangkutan dengan
masalah yang telah ditinggalkan bersamaku. Justeru ia adalah semata-mata
masalahku saja. Tiada kena mengena denganmu dan diri yang telah jadi pilihanmu itu.
Yang diinginkan
berlaku sebgitu tidak pula jadi begitu. Jauh pula menyimpang daripada sasaran
sebenarnya. Hendak mengalih sasaran ke arah yang betul tidak tahu pula. Pening
kepala memikirkannya.Sudahnya kerisauan yang mengganggu fikiran seakan mengheretku
sasau. Kesasauan yang tidak diingini akal sihat normal. Mengenangkan nasib
malang anak-anakku menggapai masa depannya laksana anak-anak orang lain seakan
kabur sekali jalan yang dilalui mereka merusuhkan hatiku.
Mengapa tidak mahu
menafkahkan anak-anak darah dagingnya sendiri sedangkan ayah kepada anak-anakku
itu tidak berkurang suatu apa. Tentu tidak akan menjadi miskin kerana menyara
kehidupan anak-anaknya yang bertiga yang masih kecil itu. Diri yang telah
menjadi hakmu kini juga adalah hak anak-anaknya sejak mereka lahir ke dunia.
Dulunya mereka dimewahkan dengan kasih sayang, perhatian rapi segenap segi ayah
kesayangan mereka sebelum kau hadir kerana ayah mereka orang berada.
Kini setelah hadirmu
jadi sebaliknya pula.
Membiarkan bekas
isteri yang tiada harta sepencarian yang ditinggalkan walau sedikit buat
menyara hidup semua zuriat suaminya mampukah dilakukannya. Nescaya langsung
tidak. Marah sungguh bekas suamiku yang kini adalah suamimu kepadaku hingga
sanggup menganiaya aku dengan tidak menafkahi anak-anaknya lantaran kemahuanku
memohon perceraian di mahkammah syariah.
Jikalau marahkan aku
janganlah libatkan anak-anak darah daging sendiri menanggung akibat daripada
kemarahan itu.Namun tidak dinafikan
memang ada suami yang tahu tanggungjawab mereka, tetapi sengaja tidak mahu beri nafkah
kerana dalam diri mereka telah tertanam sifat mahu balas dendam terhadap bekas isteri
yang telah bertukar jadi musuhnya.
Ada juga beri alasan
tidak bekerja ataupun telah berkahwin baru dan mereka tak mampu untuk beri nafkah anak.
Tapi ayah kepada
anak-anakku itu tidak tergolong dalam kalangan mereka yang tidak
berkemampuan yang
boleh dijadikan alasan untuk mengelak bebanan tanggungjawab yang semestinya dipikul.
Apa perlunya suamimu
itu memusuhi bekas isterinya yang sudah dibuangnya ini?
Anak-anak adalah
nasabnya yang tidak boleh dipertikai sampai bila-bila. Amanah Allah yang miliki
7 petala langit, 7 petala bumi dan seluruh alam ini kepada seorang yang
bergelar bapa kenapa dipermudahkan saja.
Apakahkau memain peranan sebagai jarum
penyucuk agar diri pilihanmu itu membenci anak-anaknya? Menghembus mantera yang
dibawa angin menyelinapi lubuk hatinya? Peranan angin yang membawa pesanan kepada
minda adalah fakta yang sukar dipertikai. Boleh jadi aku hanya berprasangka
tapi kemungkinan itu sentiasa ada. Semoga apa yang kurasakan hanyalah fitnah
bisikan syaitan durjana.
Pengabaian nafkah sara
hidup kepada anak-anak suamimu itu amat memenderitakan kehidupan mereka yang selama ini
tidak pernah merasainya sepanjang hidup di samping ayah kesayangan mereka. Hairan pula
dengan perubahan sikapnya yang berlaku dalam masa semalaman itu.
Agaknya kau telah
sihirkan diri pilihanmu itu agar membenci anak-anaknya sendiri? Ish! Sekali lagi hatiku dirunyam
sangkaan-sangkaan yang sukar ditebak kebenarannya. Walau segalanya adalah langsung tidak
mustahil lantaran sifat ilmu pun ada dua. Ada hitam ada putih. Sejak purbakala keujudannya
dan firman Allah menegaskannya di dalam lembaran surah-surah alquran yang suci.
Paranoia pula aku
melebihkan rona situasi yang melengkungiku sehingga fikiranku bercelaru bersimpang
perenang. Entah kemana halanya destinasi tidaklah pasti. Namun kesulitan
corak kehidupan yang terpaksa didepani anak-anakku membuat fikiranku
sering diganggu tanggapan yang bukan-bukan. Ah! Melayan perasaanpun
tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Lebih baik aku mengerah mindaku berfikir bagaimana
aku mahu meneruskan kelangsungan hidup daripada tiada kepada ada.
Bersambung....
ILHAM PUJANGGA...
ASSALAMUALAIKUM...
ILHAM
PUJANGGA
Perbidalan pujangga
Seorang ILHAM PUJANGGA
coretan suara hatinya membidal
tersirat menukil
frasa menyimpul makna
Walau mengeluh melerai rusuh
tegar tabah jalan jauh ditempuh
meski wajah lembut bersahaja
bak…
Indah sekali permata
marjan,
hati galau risau mendesis;
kalau kalau sirna suasah,
Pipit tuli makan
berhujan,
tak
dihalau padiku habis,
hendak dihalau kainku
basah.
Gulai ikan berlinang
lemak,
segera hidangkan jangan dilupa;
Hendak dimakan mati
emak,
hendak diluahkan mati bapa.
Berjalan-jalan ke
pengkalan,
Malam
nan indah diterangi suar;
hendak ditelan
termengkelan,
hendak
diludah tidak keluar.
Padi bersirat di dalam bendang,
buah
celagi di dalam bakul;
betapa berat mata
memandang,
berat
lagi bahu yang memikul.
Seorang ILHAM PUJANGGA
dikenali lewat persada
maya
bergaya penuh wibawa
berkarya berbilang cabang
demi
seni kehidupan
Namun hiba dukanya
disalut senyuman
berseli tawa
Paridah Ishak
Taman Selayang Utama
13 No
Monday, 28 November 2016
TRAVELOG FATHONI DARUSSALAM...
ASSALAMUALAIKUM...
TRAVELOG FATHONI DARUSSALAM
Daerah Baling di negara kita adalah salah satu daerah
bersempadan dengan negeri Fathoni Daruss salam, Thailand yang disebut Pattani
bagi masyarakat sebelah sini. Yala, Saturn, Narathiwat, Pattani,
Songkla/Senggora berada di selatan Thailand.
Pemisah antara kedua-dua negara adalah hutan tebal pernah
dijadikan tempat persembunyian gerila komunis dalam tahun akhir 50-.an sehingga
perjanjian damai 1955 Baling dimeterai antara kerajaan Malaysia ketika itu
dengan Chin Peng ketua parti PKM (Parti Komunis Malaya).
Justeru mereka yang tinggal di kedua-dua negara yang
bersebelahan sering berulang alik membuat kunjungan melaksanakan urusan
masing-masing sambil bertemu saudara-mara setelah suasana aman diwujudkan hasil
perjanjian itu. Salah seorangnya adalah bapa saudara Penulis yang Penulis gelar
Wa Abu. Apabila ditanya, “Wa pi mana?” jawabnya, “Pi Yala sat.” dan Wa Abu
selalu membawa pulang pelbagai hasil pertanian dari sana sebagai buah tangan.
Daerah Yala dan beberapa provinsi yang dipecahkan di
negeri Fathoni Darusslam sangat giat dan maju dalam bidang pertanian sejak
sekian lama. Ternyata bangsa Melayu warga Fathoni adalah sangat rajin dan gigih
berusaha dalam pelbagai bidang ekonomi demi kehidupan yang dijalani.
Lebih-lebih lagi dalam bidang pertanian yang kebanyakan hasilnya dieksport ke
negara kita.
Sebenarnya semasa kecil Penulis pernah tinggal bersama
keluarga di Simpang Empat Baling. Penduduk di sini lebih dikenali sebagai
Melayu Pattani dengan lorat pertuturan yang unik kerana seakan dialek negeri
Kelantan yang bercampur dengan dialek Kedah. Dan ramai juga penghuninya adalah
mereka yang berketurunan Siam.
Orang Siam di sini kebanyakannya petani yang amat rajin
mengusahakan pelbagai jenis tanaman komersial juga menternak khinzir. Jadi
tidak hairanlah kalau kita mendapati kumpulan khinzir berkeliaran di mana saja
di setiap ceruk perkampungan daerah sini.
Cerita itu Penulis simpan sebagai memori lama dahulu.
Mungkin suasana daerah Baling bersempadan negeri Fathoni Thailand telah jauh
berubah keadaannya mengikut perubahan arus masa. Dan tiada lagi khinzir yang
berkeliaran merata mencemarkan kesucian alam sekitar dan mengganggu
kesempurnaan ibadah penganut Islam.
Masyarakat Melayu Pattani di selatan Thailand sekitar 4 %
- 2.3 juta daripada keseluruhan penduduknya sejumlah 70 juta, amat dikenali
sebagai Muslim sejati walau di tengah keberadaan mereka dalam negara yang
kebanyakannya menganut agama Buddha.
Mereka mengamalkan budaya mereka sendiri dengan yakin
walau keadaan negeri itu sering digambarkan bergolak dengan pertempuran meragut
nyawa antara kumpulan pemisah dan kerajaan Thailand.
Kumpulan pemisah selatan Thailand di bawah pimpinan
tokohnya Hj. Sulung ingin membebaskan negeri Fathoni dari kerajaan Thailand dan
telah memperjuangkannya sekian lama kerana bersandarkan sejarah bahawa Fathoni
adalah sebuah kerajaan berdaulat yang meliputi Kedah, Kelantan dan Terengganu
yang ditakluki kerajaan Siam pada 1902.
Namun perkembangan pendidikan Islam yang menyangkut
tuntutan ukhrowi dan duniawi sentiasa pesat walau negeri Fathoni dilanda
konflik yang tidak selesai. Ramai ulama Islam kelahiran Pattani amat dikenali
dengan kitab yang ditulis menjadi rujukan penuntut ilmu agama Islam.
Antaranya adalah Sheikh Ali bin Faqih al-Fathani, Sheikh Abdul Jalil al Fathani, Sheikh Ahmad
Khatib Al-Minangkabawi, Sheik Muhammad Nur al – Fathani dan ramai lagi ulama
negeri ini yang berperanan menyebarkan dakwah Islam. Paling dikenali adalah
Sheikh Ahmad al-Fathani sebagai pendakwah ulung seluruh nusantara.
Kini banyak juga university dan pusat pengajian tinggi
yang didirikan di negeri Fathoni untuk mengujudkan masyarakat berilmu seiring
tuntutan masa. Antaranya adalah:-
1.
College of Islamic Studies
2.
Deep South Journalism School
3.
Fathoni University
4.
Islamic Academy and Arab Studies Naradiwas
5.
Pengajian Tinggi Islam Darul Maarif Pattani
(PETIDAM)
6. Prince
of Songkla University
KESUSASTERAAN
DAN KEBUDAYAAN FATHONI DARUSSALAM
Kegiatan penulisan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai
bahasa ibunda sudah lama dipraktikan dalam usaha penyebaran dakwah Islam yang
ditulis para ulama negeri Fathoni sejak lama dahulu. Walau ada keputusan
kerajaan Thailand hendak melenyapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai usaha
penyatuan bahasa kebangsaan Thailand.
Namun bahasa Melayu terus berkembang baik walau terpaksa
bersaing dengan bahasa Siam yang semakin popular di kalangan generasi baru
kini.
Dan ramai juga siswa-siswi dari negeri Fathoni Darussalam
yang menimba ilmu di university tempatan negara kita terutamanya di UIA/Universiti
Islam Antarabangsa juga di lain-lain negara.
Alam siber yang luas penggunaannya kini memudahkan
perhubungan secara maya dan ramai penulis penulis terkenal Fathoni turut sama
menyertai grup penulisan di Malaysia seperti E-Sastera-Malaysia, BeTA, SPTA,
NUMERA dan lain-lain grup penulisan yang banyak sekali diujudkan penggiat
industry maya iaitu FACEBOOK, GOOGLE, LINKDN, TUMBLER, WHATSAPP, INSTGRAM,
TWITTER. Media maya yang turut membantu menyebarkan pelbagai info dengan lebih
cepat.
Antara
penulis yang Penulis kenali berasal dari Fathoni dan amat aktif dalam penulisan
sastera siber adalah saudara Mahroso Doloh. Penulis tidak kenali beliau secara personal
tapi lewat alam maya saja kerana beliau adalah admin GAKSA E-SASTERA-MALAYSIA.GAKSA yang Penulis
turut sertai.
GAKSA
E-SASTERA dibentuk oleh Persatuan Aktivis E-SASTERA (Malaysia) yang bertindak
sebagai Sekretariat, Lentera Sastera Indonesia (LSI), PUTRA Seni (Brunei
Darussalam), Kumpulan Bebas Melata (Singapura) dan Komunitas Pena Petani
(Thailand).
Zamree Idris seorang
penulis Fathoni telah dipilih pemenang award E-SASTERA-ASEAN bagi Thailand,
Gabriel Kim – Malaysia dan Nanang Suryadi – Indonesia. Majlis penyampaian hadiahnya telah diadakan di Pondok Pesantren Al-Fath,
Cilegon, Banten, Indonesia pada 18 November 2016 yang lalu sempena program
wisata sastera "Antara Anyer Dan Jakarta" anjuran E-SASTERA dengan
dihoskan oleh LSI
Beberapa
orang penulis dalam group penulisan BeTA juga ada yang berasal dari Fathoni
Darussalam seperti Nurjah Ahmad, Tuwaedaniya Maringing dan Zubaidah Bakakah.
Fathoni Darussalam sebuah negeri indah dengan banyak
tempat menarik yang boleh dilawati. Menurut seorang sahabat Penulis yang pernah
ke sana, pantai-pantai di Pattani dan Songkla secantik pantai di pantai timur negara
kita seperti di Terengganu, Kelantan dan Pahang.. Dan soal mendapat makanan
halal ketika berada di sana langsung tiada masalah.
Tapi sentiasa perlu berhati-hati menjaga keselamatan diri
kerana kadangkala tidak terduga boleh terperangkap dalam pertempuran antara
kedua-dua belah pihak yang mempertahankan hak dan yang ingin mengekalkan hak.
Perjuangan yang sentiasa memakan korban dan amat memilukan.
Bersama kita mendoakan semoga Negara Islam berdaulat yang
telah hilang dari peta ini sentiasa aman damai dan tiada lagi kejadian yang
tidak diingini berlaku. Kedamaian dan kesentosaan pasti membawa rahmat dan
menafaat kepada penduduknya. Dan Allah SWT memakbulkan doa para pejuang dan
penduduknya memperolehi hak yang dituntut. Allah mendengar doa-doa
hamba-hamba-Nya yang teraniaya. Yang berhak pasti mendapat haknya.
Pic google images
Sumber
1. Kompasiana.com
2. Taufeq
net.
3. Wikipedia.
4. Asas
Falsafah dan Pemikiran Melayu – Dr. Awang Sariyan.
5. E-SASTERA-MALAYSIA
6. BeTA
(Bersama Terbitkan Antologi)
Sunday, 27 November 2016
GELONGSORAN TANAH SERENDAH...
ASSALAMUALAIKUM...
GELONGSORAN
TANAH SERENDAH
Tanah
Serendah taman alam indah
Hutan
rimba warisan pribumi
Jernih
air lata mengalir
Bermandi-manda
bermain air
Dan
rumah rumah kecil di pinggir
Pembangunan
merobah wajah
Tasik
dan paya digubah-gubah
Ditambak
ditambah-tambah
Lalu
rumah agam dibina merata
Memenuhi
minta warga kota
Yang
ingin merasa suasana desa
Sebelum
berakhir usia
Lalu
berlomba-lombalah jurutera arkitek
Merekabentuk
kediaman cantik
Menorah
menakik tanpa serik
Tanpa
sedar kelukaan mendukakan
Kerosakan
menjahanamkan
Leburlah
pelaburan
Akibah
gelongsoran
Astagfirullah
ujian kesabaran
Moga
menginsafkan
Paridah
Ishak
Selayang
Utama
27/11/2016
Saturday, 26 November 2016
GELAP PENJURU TIANG...
ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT BERADU
SELAMAT BERADU
GELAP PENJURU TIANG
Senja
baru berlalu
dan
isyak melepasi waktu
ruang
istirehat menjemput tamu
segera
lena beradu
Peta
minda berhenti melakar karya
justeru
kelelahannya sepanjang usia mengaturnya
menurut
rencana
Nikmatnya
melelap sepasang mata
dengan
jenera
sepi
segenap ruang
Penjuru
tiang dimamah gelita
dimensi
mimpi mewarna-warni pelangi
moga
esok masih harum mewangi
berseri
PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA
IKAN BAKAR SAMBAL SEDAP...
ASSALAMUALAIKUM...
SEMOGA SIHAT WALAFIAT SEMUA BERHARI MINGGU DENGAN CERIA...HARI INI KITA BELAJAR NASAK-MASAK PULA YA...LAGIPUN DAH LAM JUGA KITA TINGGALKAN KELAS MASAK KAT BLOG PI NI KAN...SAMBIL BELAJAR BOLEH TERUS SEDIAKAN HIDANGAN TENGAHARI.
3 batang serai
3 biji bawang merah
1 - 2 helai daun kunyit
3 biji bawang putih
udang kering (dikisar bersama)
asam jawa
2 inci kunyit hidup
garam
gula
serbuk perasa secukup rasa
20 - 25 lada kering (dikisar berasingan)
2 inci halia
ikan pari secukupnya
Cara Membuat Sambal:
#1: pertama tumiskan bahan kisar tadi sehingga wangi dan garing. kemudian, masukkan cili yang telah di kisar dan tumis hingga muncul minyaknya. selanjutnya, masukkan air asam jawa dan kacau hingga rata.
SEMOGA SIHAT WALAFIAT SEMUA BERHARI MINGGU DENGAN CERIA...HARI INI KITA BELAJAR NASAK-MASAK PULA YA...LAGIPUN DAH LAM JUGA KITA TINGGALKAN KELAS MASAK KAT BLOG PI NI KAN...SAMBIL BELAJAR BOLEH TERUS SEDIAKAN HIDANGAN TENGAHARI.
Ikan Bakar Sambal Sedap
Bahan-bahannya
3 batang serai
3 biji bawang merah
1 - 2 helai daun kunyit
3 biji bawang putih
udang kering (dikisar bersama)
asam jawa
2 inci kunyit hidup
garam
gula
serbuk perasa secukup rasa
20 - 25 lada kering (dikisar berasingan)
2 inci halia
ikan pari secukupnya
Cara Membuat Sambal:
#1: pertama tumiskan bahan kisar tadi sehingga wangi dan garing. kemudian, masukkan cili yang telah di kisar dan tumis hingga muncul minyaknya. selanjutnya, masukkan air asam jawa dan kacau hingga rata.
#2: selepas Perasakan tumisan tadi dengan gula, garam, dan serbuk perasa secukup rasa. setelah mendidih terus masukan sedikit air dan tunggu hingga masak. selepas masak bagikan sambal ke 2 bahagian.
Cara Membakar Ikan:
Bahan-bahan:
- sambal ikan bakar
- alumunium foil
- daun pisang
- sambal ikan bakar
- alumunium foil
- daun pisang
Cara Membuatnya:
#1: pertama siapkan kuali leper dan panaskan kuali terlebih dahulu. lepas tu ambil separuh sambal ikan yang telah diasingkan tadi. sediakan juga daun pisang dan Aluminium foil untuk membalut ikan.
#2: letakkan ikan diatas daun pisang lepas tu siramkan sambal ikan di atasnya. tetapi jangan lupa balutkan alumunium foil dengan rapi. kemudian letakan di atas kuali lemper dab bakar sampai masak dengan api perlahan.
#3: jika ikan sudah masak terus saja pindahkan ikan bakar di atas pinggan hidangan. kemudian tuangkan sisa sambal ke atas ikan tersebut.
Resepi blog blogopsi.com