Tuesday, 4 October 2016

PELANCARAN NOVEL RAJAQNA DAN ANTOLOGI SAJAK HIJRAH MERDEKA....

ASSALAMUALAIKUM....


KENANGAN AKHIR SEPTEMBER




September telah berlalu. Muharam memulakan lembaran hijrah 1438 hijriah. Semangat tentu tertanam kemas di hati agar tahun baru merealisasikan impian walau sedikit. Tetapi kenangan September tetap tidak terlupakan.

30 September lepas tergerak di hati PI untuk hadiri majlis pelancaran novel RAJAQNA dan antologi puisi HIJRAH MERDEKA anjuran PENERBIT BETA ustaz Ilhami Hisham setelah diundang kerana PI adalah salah seorang penulis yang turut serta. Selama inipun memang selalu adakan majlis pelancaran pelbagai buku terbitan ITBH KHIDMAT yang ada sedikit sumbangan karya PI yang lebih kurang sajapun diadakan di UITM SHAH ALAM, TERATAK ZAABA BATU KIKIR hingga ke LABUAN SABAH, tapi langsung tidak terdetik di hati hendak hadir.
 
Maklum acaranya begitu asing buat orang kampong seperti PI yang hanya tahu memasak dan berkebun,  menulis sekadar suka-suka. Rupanya takdir-Nya memangkin gerak agar PI lebih mengenali ramai penggiat sastera yang nama mereka sering muncul di persada media massa memperlihatkan kehebatan karya mereka mencerna minda. Rasanya kerdil sekali untuk berada antara mereka. Hendak berdiri sebarispun sudah tentulah tak boleh heh..heh…

Tapi kesemua penulis yang PI temui di sini ramah dan mesra. Antaranya Tuan Ustaz Ilhami Hisham, Puan Ummu Atiffi, Dato’ Dr. Ibrahim Ghafar, Bunda Annie Din/penulis terkenal Singapura, sdr Ladin Nuawi, Puan Ct Nurza dan ramai lagi penulis terkenal. Sedang PI bukan sesiapun. Hanya menyibuk saja heh..heh..

Acara pada majlis itu dimeriahkan dengan bacaan sajak, rencana dan nyanyian lagu puisi.HishanhH   
Sebelum majlisnya berlangsung seterusnya PI sudah minta izin pulang daripada penganjurnya sebab PI bukannya boleh berlamaan duduk, macam-macam sakit saraf dating mengganggu. Mengantuk pun ya. Lagipun rombongan yang mengikuti PI ramai sekali. Habis semua anakcucu diangkut. Kesian mereka hanya menunggu saja di kereta segan hendak masuk ke majlis.
Tuan Penerbit BETA mengejutkan PI dengan pengumuman pemenang SAYEMBARA SAJAK HIJRAH MERDEKA yang PI sertai. Eh! Menang pula walau tempat ketiga je heh..heh..sukanya bukan main lagi. Kali pertama menang sayembara sajak walau selalu juga sertainya.

PI menulis sekadar mengongsi kegembiraan hati PI yang berbunga-bunga dengan rakan bloggers dan viewers yang dikasihi. Tidak ada niat lainpun. Berkat doa semua juga kejayaan PI yang kecil itu. Terima kasih semua.
  
 Terima kasih Dato' Dr. Ibrahim Ghafar ketua satu PENA juga penasihat BETA sedang sampaikan hadiah kepada salah seorang pemenangnya.

Senarai Pemenang Sayembara Sajak Hijrah Merdeka anjuran BeTA
Tempat Pertama
Nor Syafikah Mohd
BICARA KEPADA SEBUAH HIJRAH JIWA
Tempat Kedua
SMahadzir Syed Ibrahim
BANGUN ANAKKU; TANAH KITA SUDAH MERDEKA
Tempat Ketiga
Paridah Ishak
JALUR GEMILANG BAHTERA MERDEKA

Johan Bunga Pilihan
Sufian AM
cover buku Semangat Hijrah Jiwa Merdeka

31 comments:

  1. wah.. tahniah kak PI atas kemenangan. Moga terus success selalu :)

    ReplyDelete
  2. TKSH NADIE ..SYUKUR..INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  3. Masya-Allah kenapa ada airmata di pelupuk mata kakak bila baca di akhirnya
    Tahniah dari kakak buat PI. Inilah rahmat dan berkat sabar seorg insan yg selalu merasa diri kerdil tapi bakatnya sebenarnya amat menyerlah

    Sekali lagi sekalung tahniah dari kakak buat PI

    ReplyDelete
  4. Tahniah Kak PI..teruskan berkarya..

    ReplyDelete
  5. tahniah kak PI menang. jangan lupa sertai giveaway saya pulak ya

    ReplyDelete
  6. TKSH KAKZAKIE...WAH SAMPAI MENITIS AIRMATA SYAHDU MENGONSI KEJAYAAN KAK YG KECIL SAJAPUN...SYUKUR ALHAMDULILLAH...INILAH DIRI KAK SEBENARNYA.

    ReplyDelete
  7. TKSH NOHAS..INSYAALLAH KALAU RAJIN HEH..HEH..

    ReplyDelete
  8. TKSH HANA...INSYAALLAH KAK AKAN SERTAI GA HANA

    ReplyDelete
  9. Wow.. tahniah kak PI.. akhirnya dapat jugak SB nengok kak PI ikut hadir dalam majlis mcm ni. Selalu nya kak PI mmg akan menolak jemputan sebegini,kan.

    ReplyDelete
  10. TKSH SUE...BETUL TU SUE KAK MMG XPERNAH HADIR ACARA SEBEGINI WALAU DIUNDANG.

    ReplyDelete
  11. tahniah Kak PI..walaupun ayatnya merendah diri ajer sebenarnya akak berbakat besar sebaris dgn yang lain.

    ReplyDelete
  12. TKSH KB..INSYAALLAH..NTAHLAH KB KAK NI PENULIS PICISAN JE PUN....HARUS SEDAR DIRI

    ReplyDelete
  13. tahniah kak paridah :D bravoooo

    ReplyDelete
  14. TKSH MISDIARIOS...HEH..HEH..SUKANYA

    ReplyDelete
  15. Tahniah kak..

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    Jom join contest ni.. senang je.. tak perlu buat entry.. SHARE & #TAG CONTEST

    ReplyDelete
  16. Tahniah kak PI.
    Bestnya bila hobi dan karya kita mendapat pengiktirafan.
    Makin semangat macam tu bila kita menulis kan ^_^
    Awatlah depa dok tunggu dalam kereta ja, rugi eh tak masuk.
    Bukan selalu dapat datang function macam ni kan ^_^

    ReplyDelete
  17. wahhh.. Tahniah kak PI.. alhamdulillah rezeki... :)
    teruskan berkarya ya kak..

    ReplyDelete
  18. Allhamdulillah... tahniah kak PI, semoga terus maju jaya.... :)

    ReplyDelete
  19. tahniah kak!tumpang gembira ^_^

    ReplyDelete
  20. hebat sekali...luar biasa tahniah

    ReplyDelete
  21. hebat sekali...luar biasa tahniah

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah... tahniah kak PI!! :) :)

    ReplyDelete
  23. TKSH GEE..KAK MENULIS SUKA2 JE..TAPI KALAU DIIKTIRAF SUKA SGT HEH..HEH..ANAK2 KAK TU SEGAN NK GANGGU MJLIS YG MRK XBIASA.

    ReplyDelete
  24. TKSH CIKGU ETUZA XHEBAT MANAPUN...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”