Monday, 17 October 2016

HAIBUN TRAGEDI NGERI...

ASSALAMUALAIKUM




TRAGEDI NGERI

Duniaku kini hanya di sebuah ruang kecil setiap hari dengan ralit mendengar siaran radio dan mendengar TV juga. Kenapa mendengar TV pula? Bukankah TV ditonton. Justeru pandanganku sangat kabur. Rabun sungguh.  Sebelum kemalangan tragis yang kualami bersama suami dan empat orang anak-anakku yang masih kecil aku bercermin mata. Tapi selepas insiden itu cermin mata yang sama tidak dapat digunakan lagi. Kuasanya tidak sama dengan tahap kekaburan yangku alami kini. Tragedi yang memberi akibat  tidak terduga dan datang bersilih ganti.  Sudahlah hilang upaya diri dan hanya mampu menggerakan diri secara sangat minima anggota tubuh di bahagian kanan, peti suara pun memendam perasaan. Bisu. Semuanya gara-gara eksiden di lebuh-raya Karak yang menyaksikan insiden yangku alami berlaku pada suatu malam.
Ketika kemalangan yang melibatkan kereta kecil yang dipandu suamiku dilanggar lori yang tidak dapat dikawal gerakan rodanya, kami sekeluarga dalam perjalanan ke rumah kakak suamiku yang tinggal di tengah bandaraya KL Syukur Alhamdulillah semua anak-anakku dan suamiku selamat. Cuma mendapat kecederaan kecil walau kereta kami remuk. Anakku yang baru berusia 50 hari patah tangannya. Dan aku koma, hampir sebulan di hospital besar KL
Insiden yang mencatat sejarah kehidupanku telah lama berlalu dan pengaruhnya kuadaptasi sebaiknya demi meneruskan kehidupan yang masih bersisa.

 gerhana bulan -
pinggiran jalan Karak

hilang upaya

17 comments:

  1. Subhanallah... besarnya ujian yg PI hadapi.
    Bagikan sebuah drama tetapi ianya adalah realiti
    Tetap bersyukur sentiasa dilingkungi keluarga yg penuh dgn kasih-sayang

    ReplyDelete
  2. Allahu kak PI, mujurlah tak apa2 ya. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. KISAH LAMA DIJADIKAN HAIBUN PULA...HAIBUN ADALAH PROSA HAIKU YG PENDEK KISAH PENGALAMAN HIDUP...TKSH KAKZAKIE.

    ReplyDelete
  4. TKSH HANA ..KISAH KAK TERAKAM DLM PUISI HAIBUN YG PENDEK.

    ReplyDelete
  5. Baca pun dah sedih K.PI.
    Syukur K.PI masih dikelilingi orang-orang yang disayangi dan menyayangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH MRSA..INSYA ALLAH HIDUP SEADANYA TANPA KELUH KESAH.

      Delete
  6. Allahu..
    Tabahnya akaknya ujian ini..
    Semoga Kak Pi terus sukssess dalam mengharungi kehidupan ini..

    ReplyDelete
  7. tragedi yg sungguh menyayat hati utk dikenang, kak PI.
    semoga terus tabah menghadapi hari2 mendatang dengan hati yg kuat juga ya kak.

    ReplyDelete
  8. Masyaallah..sesungguhnya pengalaman hidup kita semua ada bermcm2...dr pengalaman(targedi) tu kita ambil iktibar serta saling memberi peringatan untuk lebih berhati2 dan sabar serta kuat apabila dilanda ujian..

    Kak PI sekeluarga kuat!

    ReplyDelete
  9. Dugaan Allah bagi kat kak PI..moga makin tabah menghadapi hidup. Jadikan pengalaman agar lebih dekat dengan-Nya

    ReplyDelete
  10. TKSH YATI..INSYA ALLAH UJIAN KEHIDUPAN MMG PERLU DILALUI DGN TABAH.

    ReplyDelete
  11. TKSH KB..TRAGEDI YG DH LAMA BERLAKU KINI JADI KENANGAN.

    ReplyDelete
  12. TKSH HUSNA..BETUL TU JADIKAN IKTIBAR TRAGEDI KAK TU N HATI2 DLM PERJLNAN KEHIDUPAN..

    ReplyDelete
  13. TKSH SAL..DUGAAN ALLAH KPD KITA BERBEZA-BEZA JUSTERU ALLAH MAHA BERKUASA.

    ReplyDelete
  14. dugaan hidup bkn utk menjauhkan kita dgn Nya tetapi lebih mendekatkan kita dgn Nya...

    ReplyDelete
  15. Allahuakbar... besar sungguh ujian tu.. moga Allah sentiasa memudahkan segalanya... aamiin ya Rabbalalaamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”