Thursday, 13 October 2016

HAIBUN AIR TERJUN YU...

ASSALAMUALAIKUM....

LUBUK YU
Kami belia/beliawanis Ulu Jempol mengadakan perkelahan di Lubuk Yu ini suatu ketika dulu. Beramai-ramai berjalan kaki ke sini untuk menikmati keindahan alam semulajadinya diiring simfoni gemaan air terjun yang memecah kesunyian alam. Kata orang lubuk ini dinamakan lubuk Yu kerana bentuknya seakan U. Namun nama asalnya adalah lubuk Iru.

Ilham menjengah minda; terhasillah tulisan yangku hantar dalam ruangan SECEBIS KISAH akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk KENANGAN DI LUBUK IRU. Alhamdulillah disiarkan.
Lubuk Yu,tempat perkelahan tersorok di tengah hutan itu telah dimajukan dan mengundang ramai pengunjungnya.

Akhir 2010 lalu digemparkan dengan berita lubuk ini telah menelan ramai korban. Antaranya Zainal rakan baikku.

Zainal turut bergabung tenaga dalam operasi menyelamat seorang mangsa lemas bersama pihak terlibat iaitu tentera, polis. bomba.

Usaha pencarian tamat tanpa menemukan mangsa. Tetapi selang tidak lama selepas itu berlaku kematian satu lepas satu.

Kematian yang melibatkan mereka yang bertungkus-lumus mencari mangsa. Pihak Kementerian Kesihatan mengesahkan mereka yang meninggal dunia itu dijangkiti kuman kencing tikus.
Memeranjatkan sungguh. Kami seringkali ke lubuk Yu tatkala bekalan air paip terputus tidak tahu di situ bersarangnya kuman kencing tikus.
Namun ada yang bercerita tentang pelbagai keanehan yang berlaku di situ.
Seorang mendakwa melihat seekor ular putih yang besar menjalar ke dalam hutan ketika yang lain sibuk menjalankan operasi menyelamat. Wallahualam. Dan diiringkan al-fatihah serta doa semoga Allahyarham Zainal dan mereka yang turut terkorban dalam insiden itu dicucuri rahmat rohnya, berada di kalangan solehin di sisi-Nya.

21 comments:

  1. cantik Lubuk YU ni ye kak....suana alam semulajadi masih menebal.. tapi bila melibatkan kematian ni, tentu nya kita akn lebih berhati2.... Al-fatihah...

    ReplyDelete
  2. AMIIN..YELA ATIE CANTIK TEMPAT NI TAPI LA NI SERING TERJADI MANGSA LEMAS YG NGERI TRGEDINYA...TQ

    ReplyDelete
  3. hhrrmmm..yang lemas tu dah jumpa ke, kak PI?.. Takziah pada keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  4. Sedihnya...
    Niat membantu tapi satu-persatu pergi dijemput izrael
    Tempatnya cantik siapa pun tak menyangka ianya tercemar.

    ReplyDelete
  5. Sekarang kena berhati-hati untuk berkelah di kawasan rekriasi kerana ditakuti pencemaran kencing tikus ni.

    ReplyDelete
  6. kwsan air terjun mmg selalu terjadi kes kematian sbb air kencing tikus...mereka yg pegi tk menjaga kebersihan tempat sbb tu tikus byk..

    ReplyDelete
  7. macam2 ye kes kat air terjun ni P
    kena hati2 lah saja dimana pun skrg ni

    ReplyDelete
  8. YANG LEMAS TU X JUMPA SUE..HLG GITU SAJA...TQ

    ReplyDelete
  9. alfatihah...

    first tgk gambar ni ku terasa seram dah...xtau nape...ke sbb blkg tu hutan..ku kan penakut yakmat..huhu

    ReplyDelete
  10. BENAR TU KAKZAKIE RAMAI YG TERKORBAN DGN NIAT NK MENOLONG MOGA ALLAH MERAHMATI ROH MRK...TQ

    ReplyDelete
  11. AMIIN..YA HUSNA BELAKANG TU N SEKELILINGNYA HUTAN TAPI TELAH DIMAJUKAN SBG TEMPAT PERKELAHAN...........KAK PUN DH LAMA KESTU DI HATI RASA SERAM JUGA....TQ

    ReplyDelete
  12. YA WP KWSN AIR TERJUN YG XDIJAGA KEBERSIHANNYA BNYK YG DICEMARI KUMAN KENCING TIKUS...TQ

    ReplyDelete
  13. YELA NOHAS LA NI DH XBERANI NK MANDI-MANDA DI AIR TERJUN BIMBANG ADA KUMAN KENCING TIKUS...TQ

    ReplyDelete
  14. TQ NOOR...NAK BERKELAH DI AIR TERJUN DH RASA X SELAMAT LA NI.

    ReplyDelete
  15. selalunya begitulah kak PI. Jika ada kematian mesti akan disiasat, adakah pernah mandi di kawasan air terjun atau seumpamanya. jika ada, mereka suspek kencing tikus.

    al-fatihah utk mangsa yg terkorban.

    ReplyDelete
  16. tksh kb..amiin..selalunya kalau ada kematian sbb mandi di air terjun mesti ada kaitan dgn kucing tikus.

    ReplyDelete
  17. Dulu semasa umur masih belasan tahun, kerap kali mengunjungi Lubuk Yu nih bersama keluarga. Sebaik stop aktiviti tersebut, tiba-tiba digemparkan dengan berita orang lemaslah, kencing tikuslah.. padahal masa kita pergi aman-aman je tempat tuh.

    ReplyDelete
  18. YA GEE MACAM2 KEJADIAN YG XDIINGINI BERLAKU LA NI SEJAK DH MAKIN CANTIK N MAJU TEMPATNYA...KAK KE SANA DULU2 SAJA LA NI DH XGI....TQ

    ReplyDelete
  19. CANTIK TEMPATNYA CIKGU BERDEKATAN KAMMPUNG KAK...TKSH

    ReplyDelete
  20. Cantik tempatnya tp kena beringat kan jika berada di sana...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”