Monday, 10 October 2016

EXAM PT3

ASSALAMUALAIKUM....


                                                        Pic google image

LCE…SRP..PMR…PT3

Pelajar tingkatan tiga di merata sekolah seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan penting PT3 pada hari ini. Semoga semua calon-calonnya telah bersedia dengan fakta-fakta benar yang bakal di kemukakan menjawab soalan kertas peperiksaan. Selain berusaha menelaah dengan rajin, bersolat hajat, membaca yasin, berdoa memohon petunjuk dan pertolongan Allah juga penting. Allah pasti menurunkan hidayah kepada hamba-Nya yang memohon sesungguh hati.

System peperiksaan yang wajib diduduki pelajar sekolah menengah tingkatan tiga bermula dengan LCE/LOWER CERTIFICATE OF EDUCATION lama dahulu. Disusuli dengan SRP/SIJIL RENDAH PEPERIKSAAN setelah kementerian pelajar ketika itu menukarnya demi kemudahan ramai pelajar kini berada dalam aliran Melayu melebehi yang mendapat didikan dalam aliran Inggeris.

Tika itu jika calon SRP/LCE tak lulus periksa alamatnya setakat itulah saja persekolahannya. Terhenti. Bagi yang perempuan, emak ayahnya tentu mengira-ngira untuk mencarikannya suami. Bagi yang lelaki tentu terpaksa bergelut dalam ruang kehidupan membantu keluarga mencari nafkah. Pada masa itu tiada institute yang menawarkan ilmu kemahiran boleh dituntut.
Masa berubah membawa pelbagai kemajuan dalam system pendidikan negara.

Pertengahan 70-an pelajar yang gagal SRP boleh menyambung pelajaran di sekolah vokesional. Tiada lagi masalah keciciran untuk memperoleh pendidikan di usia muda.

Pada 1990-an ditukar pula kepada PMR/PENILAIAN MENENGAH RENDAH. Kali ini semua pelajar tak kira gagal atau lulus boleh ke tingkatan 4. Lebih efisien nampaknya gaya pembelajaran demi menafaat anak-anak yang sedang meniti usia remaja.
PT3/PENILAIAN TINGKATAN TIGA adalah yang terkini diperkenalkan setelah semua nama peperiksaan yang lama jadi kenangan.
Selepas ini apa pula namanya yang diputuskan ya. Tunggu!


16 comments:

  1. saya dulu SRP..dah lama tk ambik exam..

    semoga semua yg tengah exam tenang menjawab soalan..

    ReplyDelete
  2. Kakak dulu duduk SRP tapi anak-anak kakak satu kena PMR dan satu kena PT3. Yg bongsu rasanya kalau tak tukar PT3 jugalah.

    Mengharap anak-anak semuanya cemerlang hendaknya.

    ReplyDelete
  3. Samalah kita nohas. Time tu sapa dapat aggregat bawah 25 akan terpilih masuk ke sekolah aliran sains. Markah tu dikira dengan mencampurkan keputusan subjek sains dan matematik. Yang gagal pulak boleh repeat semula. Tapi kalau gagal subjek BM kena gantung persekolahan selama setahun, lepas tu baru boleh repeat balik.

    ReplyDelete
  4. Semoga anak-anak kita yang menduduki PT3 beroleh kejayaan yang cemerlang.

    ReplyDelete
  5. saya zaman SRP...anak2 insyaallah akan PT3 lah semuanya.
    semoga berjaya kpd yg menduduki PT3 hari ini.

    ReplyDelete
  6. Anak sedara Mrs. A pun ambil PT3.
    Semoga calon-calon PT3 dipermudahkan hendakNYA.

    ReplyDelete
  7. Semoga semuanya lulus cemerlang!
    Nama akan datangnya pasti lebih advance kan?
    ^_^

    ReplyDelete
  8. smoga berjaya bagi mereka yg sedang ambil pt3

    ReplyDelete
  9. saya zaman PMR..lain zaman lain cabarannya.semoga anak-anak kita berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  10. akhirnya kini hanya menunggu keputusan PT3

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”