Saturday, 3 September 2016

NASI BUKHORI AYAM...

ASSALAMUALAIKUM...

HARI NI SUDAH SABTU 3 SEPTEMBER 2016....MASA PANTAS BERLALU DAN KINI SUDAH MEMASUKI FASA AKHIR TAHUN...LEPAS SEPTEMBER DATANG OKTOBER, NOVEMBER DAN DISEMBER.....AKHIR DISEMBER TINGGALLAH 2016 YA...MOGA APA YANG DIRENCANA TAHUN INI TERLAKSANA DENGAN JAYANYA TERGANTUNG KETENTUAN ALLAH INSYA-ALLAH.

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU KAWAN-KAWAN BLOGGERS, ADIK-ADIK, ANAK-ANAK, VIEWERS DI MANA SAJA DI ALAM MAYA NAN FANA INI....SEMOGA SIHAT WALAFIAT HENDAKNYA.

SUDAH AGAK LAMA JUGA BLOG PI KARYAKU TIDAK MENERBITKAN ENTRY RESEPI MASAKAN YANG ENAK YA....KALI INI PI CUBA SELAK LIKE PAGE MASAKAN YANG MENYIARKAN ANEKA JENIS MASAKAN UNTUK KITA KONGSI BERSAMA RESEPINYA...ADA MASA DAN KETIKANYA BOLEHLAH DIMASAK UNTUK HIDANGAN KELUARGA.

MASAK NASI BUKHORI AYAM SEDAP JUGA KAN...

 

Resepi Nasi Bukhari Ayam

Bahan-Bahan: ( 4 – 5 orang )

Bahan A – (tumis)

1 ulas bawang putih – dihiris
2 ulas bawang merah – dihiris
1 inci halia – dihiris
3-5 biji buah pelaga
3-5 biji bunga cengkih
2-3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
2 sudu rempah bukhari -dibancuh dengan sedikit air
2 sudu minyak sapi untuk menumis

Bahan B – (bahan-bahan lain)

1/2 cawan susu cair
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 ekor ayam dipotong kecil dibuat stok dengan 3 cawan air
2 cawan beras basmathi/biasa – dibersihkan dan ditoskan
1 batang daun ketumbar – dihiris halus
secubit garam
sedikit gula

Cara-,cara

1. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau ( Gunakan periuk nasi kalau boleh ).

2. Masukkan rempah bukhari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam bersama stoknya sekali serta masukkan lain-lain bahan iaitu susu cair, tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar.

4. Masukkan beras, perasakan dengan garam dan gula. Tutup periuk dan masak nasi seperti biasa.
LIKE PAGE RESEPI BONDA

12 comments:

  1. bulan September dahh. Kejap saja rasa tahun 2016. btw, agak banyak jugak perubahan positif dalam tahun ini. Moga akan bertambah baik keadaan kita sekarang, Amin amin amin

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Walau pun dah ada hujan, cuaca panas masih terik sangat.
    Tentu sedap masakan tu.

    ReplyDelete
  3. YELA SUE MASA CPT TINGGALKAN KITA..MOGA APA YG INGINKAN DICAPAI ...TQ

    ReplyDelete
  4. dah september dah rupanya.. rasa macam baru lagi masuk 2016.. hamboi..
    amacam azam kak paridah utk tahun ni?
    ada yg dah tercapai ke belum?
    hihi..
    sedapnya nasik. tengok macam senang, buat belum tentu jadi sebab sy bab masak2 ni agak kureng ckit.. hahaha.. ^_^

    ReplyDelete
  5. Asalam kak PI..subahanallah memang menarik menawan..terbaik resipi.
    Mohon maaf ya late infor hadiah CD dan koleksi sajak..hampir menitiskan air mata.Etuza tak salah memilih teman blogger..Ya Allah peliharalah insan yang baik ini..berlah kesihatan kepadanya selalu..agar kak PI sentiasa ceria dan mampu hadpi hari2 mendatang dengan gembira dan redha kepadaMu ..amin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete
  6. ada banyak sajak dah di baca...hebatnya pujian ke atas Allah..hebatnya kata2 sajak berhikmah..

    ReplyDelete
  7. YA GEE DH NAK HBS TAHUN 016...XLAMA MASUK TAHUN BARU PULA,,,GEE PAKABAR LAMA XMUNCUL...KAK GINILAH GEE...TQ

    ReplyDelete
  8. WSALAM TKSH CIKGU SUKAKAN HADIAH KIRIMAN KAK..SYUKUR ALHAMDULILLAH...XSEBERAPAPUN NILAINYA TU HANYA SBG TANDA UKHWAH PRSHBTAN KITA

    ReplyDelete
  9. TKSH CIKGU...AMIIN DOANYA..BANYAK KARYA PUISI MENARIK KARYA PENULIS ASEAN TU SLMT MEMBACANYA.

    ReplyDelete
  10. Pehh.. mmg sedap.. menggigil tekak tengok pepagi ni hehee.. :) :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”