Thursday, 22 September 2016

KISAH KERANG...

ASSALAMUALAIKUM....



KERANG KALAU DIMASAK SAMBAL TUMIS DIGANDINGKAN DENGAN NASI LEMAK SEDAP SANGAT TU....KALAU DIREBUS DENGAN SERAI DAN DIMAKAN DENGAN SOS ATAU SAMBAL KICAP SEDAP JUGA....TAPI ADA KISAH MENARIK TENTANG KERANG YANG RAMAI TIDAK TAHU...
KALAU NAK TAHU JOM BACA PELAN-PELAN....PENDEK JERPUN...


                                           pic google image

Alkisah pada satu hari ada se ekor anak kerang mengadu kepada ibunya ada sebutir pasir tajam memasuki dan menusuk tubuhnya
“Anak ku”
Kata sang Ibu sambil bercucuran air mata
Tuhan tidak memberikan pada kita bangsa kerang sebuah tangan pun, sehingga ibu tak dapat menolongmu. Tapi terimalah itu sebagai takdir alam dan kuatkan hatimu dan kerahkan semangatmu. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang dapat kita lakukan...nak
Anak kerang pun melakukan nasihat ibunya. Ada hasilnya, tapi rasa sakit bukan alang kepalang. Kadang di tengah kesakitannya, anak kerang meragukan nasihat ibu nya.
Dengan air mata ia bertahan sehingga cukup lama. Tetapi tanpa di sedari, sebutir mutiara mulai terbentuk dalam daging nya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun semakin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar.
Akhirnya sebutir mutiara besar indah yang bernilai mahal pun terbentuk dengan sempurna.Penderitaannya berubah menjadi mutiara. Air matanya berubah menjadi sangat berharga kerana dirinya lebih bertuah dari kerang lain yang cuma di santap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.
Demikian juga dengan manusia yang ingin berjalan menuju pintu kesedaran dan kedamaiaan. Tidak akan terkecuali untuk memasuki pintu penderitaan dan kesakitan terlebih dahulu.
Allah memelihara manusia bukan saja dengan kegembiraan tetapi juga dengan kesedihan. Allah mengurus kita tidak hanya dengan kenikmatan tetapi jugan dengan penderiaan.
Pasrahlah mengalir bersama derita kerana ganjaran dari Allah sungguh istimewa dan Allah Maha Mengetahui


 Sumber ustazah nurbayah usman

29 comments:

  1. Satu hasil yang boleh kita renungkan bersama
    Kerana sesungguhnya setiap kesakitan tak semuanya berakhir dgn airmata semata

    ReplyDelete
  2. Kisah yang patut menjadi renungan bersama..

    ReplyDelete
  3. Memang termenung sekejap Mrs. A lepas habis baca nih!
    Nice sharing K.PI

    ReplyDelete
  4. betul kak PI. derita tak semestinya berakhir dgn derita juga. saya sudah merasainya. kalau dulu asyik hujan jer, skrg sudah nampak pelanginya. ^_^

    ReplyDelete
  5. waalaikummusalam
    terima kasih berkongsi...
    apa2 pun kerang mmg fav saya..

    ReplyDelete
  6. Derita dahulu,bahagia kemudian

    ReplyDelete
  7. Masa baca kisah kerang tu rasa terlalu sebak, sampai ke pengajaran terus rasa terdiam. Ya, Sha dah terlalu banyak menangis, tapi Sha redha dengan apa Tuhan bagi, mungkin ada hikmah yang Sha tak tahu :)

    Terima kasih diatas perkongsian berharga ini Kak Paridah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan apa yang saya rasa semasa baca kisah kerang ni, Cik Sha T_T
      Semoga kita sama-sama dapat melalui yang sukar dalam hidup ni.

      Delete
  8. Subhanallah.dlm penderitaan itu terlalu bnyk hikmahnya yng tak terjangkau dek akal fikiran.Thnks 4 sharing kak.

    ReplyDelete
  9. sedih sangat! tapi tiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..

    ReplyDelete
  10. follow kak paridah #259 follow me back and keep in touch! teruskan berkarya ye kak paridah :D

    ReplyDelete
  11. Wkmsalam.
    pengajaran dari cerita tersebut yang penting.

    ReplyDelete
  12. betul..sentiasa bersangka baik..allah maha penyayang

    ReplyDelete
  13. TKSH KAKZAKIE..ALLAH MENGASEHI HAMBA2NYA N SETIAP UJIAN BERSALUT HIKMAH.

    ReplyDelete
  14. HEH..HEH..BACA RENUNG N FIKIR..TKSH MRS A

    ReplyDelete
  15. PENGALAN KITA MENGAJAR KITA FAMINYA KAN..TQ KHAIRUL BARIAH

    ReplyDelete
  16. YA SYA REDA APA SAJA TAKDIRNYA N BERSYUKUR...TQ

    ReplyDelete
  17. TKSH HASLYNDA LINN..SEDAP JUGA MKN KERANG NI.

    ReplyDelete
  18. YA MAS PENDERITAAN ITU SAKIT AMAT NAMUN BESAR GANJARANNYA...TKSH

    ReplyDelete
  19. TKSH MISDARIOS SUDI FOLLOW BLOG KAK

    ReplyDelete
  20. TKSH GEE KITA SEMAT DI HATI PENGAJARAN YG BAIK.

    ReplyDelete
  21. BENAR TU WP...AMBIL PENGAJARAN YG BAIK...TQ

    ReplyDelete
  22. BENAR JM ALLAH MAHA MENGASEHANI...TQ

    ReplyDelete
  23. Susah2 dahulu pasti bersenang2 kemudian... in shaa Allah..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”