Thursday, 11 August 2016

SIFAT MANUSIA...

ASSALAMUALAIKUM...



Manusia ini memang mudah lupa. Perbidalannya sudah ada untuk dijadikan pengajaran dan panduan hidup namun kita tidak mahu mempelajarinya. Kerap terjadi sesuatu kerja yang kita lakukan berdasarkan cakap dan pandangan orang. Kita langsung tidak mahu menggunakan akal fikiran yang Allah berikan kepada kita untuk menentukan sama ada sesuatu itu sesuai dengan kebolehan, kepakaran atau kemahiran kita. Apakah kerja itu boleh kita buat Terkadang-kadang sesuatu kerja itu mudah bagi orang yang berkata itu tetapi merbahaya buat diri kita untuk melakukannya.. Contohnya memanjat pokok kelapa sahajala. Kalau orang suruh kita panjat dan kita tidak punya kebolehan dan kemahiran janganlah dipanjat pokok tersebut. Takut musibah atau bala akan menimpa diri kita. Mungkin bagi orang yang hasil pencarian adalah memanjat pokok kerja memanjat itu mudah.
Lazimnya sesetengah manusia ini pula bila dia berbuat sesuatu, jarang mahu memikirkannya masak-masak akan kesan akibat kerja yang mereka lakukan itu. Apabila telah tertimpa musibah atau bala hasil dari perlakuan itu barulah hendak menyesal. Tahu pula untuk bersedih, berdukaciat atau bergundah-gulana. Namun jikalau nasi sudah menjadi bubur apalah gunanya. Janganlah terjadi bak kata perbilangan "Sudah terhantuk baru nak tengadah". Sepatutnya kita tengadah sentiasa atau setiap waktu agar kita tidak terhantuk. Sudah terhantuk baru hendak tengadah tidak akan membawa untung atau memberi guna pada diri kita lagi.
Akhir kalam buatlah sesuatu yang mampu kita buat. Jangan buat atau hendak meniru sesuatu pekerjaan yang orang lain mampu buat. Kekuatan dan keupayaan kita dengan orang itu mungkin tidak sama. Hendak berbuatlah sesuatu fikirlah se dalam-dalamnya menggunakan akal fikiran kita.
Sekian untuk renungan kita bersama. Fikir-fikirkanlah.

8 comments:

  1. Wkmsalam.
    Peringatan yang baik.
    Tk.

    ReplyDelete
  2. Betul kak..kadang orang suka memaksa semata mata supaya sama dengan orang lain..ada juga yang suka membeza bezakan..

    ReplyDelete
  3. jgn dibuat kerja yang bukan dalam kepakaran kita..

    ReplyDelete
  4. YA PC KITA WALAU NAMPAK SAMA TAPI BERBEZA KEPERLUAN...TKSH

    ReplyDelete
  5. BETUL JIE...KITA BUAT APA YG KITA ARIF MENGENAINYA...TKSH

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas peringatan ini kak PI... semoga menjadi renungan yg baik buat kita semua.

    ReplyDelete
  7. percaya pada kata hati sendiri...hati tak pernah membohongi..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”