ASSALAMUALAKUM….
MENYEMBUHKAN SAKIT
Sakit
sungguh terasa seluruh tubuh. Tiada daya hendak menggerakannya. Apalagi dibawa
berjalan untuk mengurusi kehidupan selazimnya dilakukan.
Puas pula mereka yang
terdekat dan menyayangi kita mengusung ke hospital untuk mencari sebab musabab
sakit dengan berpandukan ilmu kepakaran doctor perubatan untuk mendapatkan
rawatan yang bersesuaian.
Sekujur
tubuh pun disorong ke dalam mesin scanner.
Mengimbas apa saja yang menyebabkan
tubuh penderita sakit tidak keruan. Sayang tidak ditemui apa puncanya. Struktur
tubuh elok saja. Ginjal elok berfungsi, jantung berdegup normal, tekanan darah
tidak tinggi tidak rendah. Pendekata tiada masalah kronik yang tiba-tiba
menyekat pergerakan tubuh dan menyakitkannya.
Kalau tidak
ada sakit yang perlu disembuhkan maka tidak adalah ubat yang diberi oleh doctor
melainkan pil pain killer-penahan sakit. Bukannya menghilangkan rasa sakit.
Habis apakah
pilihan kita untuk menyembuhkan sakit yang amat perih itu? Tentulah rawatan alternative
yang berlandaskan kesyumulan Islam atau secara perbomohan tradisi. Yang sakit
pastinya tidak sabar hendak pulih seperti sediakala. Sudah berusaha berubat
dengan perubatan canggih terkini baru pula beralih kepada selainnya.
Tetapi cara
perubatan yang menjadi pilihan mestilah yang tidak menyeleweng daripada akidah
pegangan kita. Sebab selalunya jika perubatan moden tidak dapat mengesan punca
kesakitan dan ditemui pula pengamal perubatan alternative yang akan dikatakan
mereka ini hanya berkenaan saka, gangguan jin, iblis.
Kesemua itu
tidak boleh kita tolak kenyataannya kerana kita berkongsi alam kehidupan dengan
kejadian yang Allah dahului ciptaannya berbanding kita.
Apapun ikhtiar
dan usaha harus berterusan dengan tawakal dan reda kepada-Nya. Insya-Allah
ujian yang diberi Allah kepada hamba yang dicintai-Nya pasti dicabut jua.
Siapa yg sakit ni kak PI..
ReplyDeleteAdakah kak PI..
Jika akak.. semoga cepat sembuh ye..
Betul tu kak..
Jalan penyelesaiannya jika perubatan moden mengatakan tiada sakit kronik kan..
Cari lah rawatan cara Islam pula..
Allahurobbi... sungguh benar bukan kita aje di bumi Allah ini. Berkongsi dgn jin/syaitan yg tak mampu dilihat mata kasar kita. Kena cari mereka yg Allah kurniakan kelebihan utk menjadi alternatif sebagai penyembuh kerana yg menyembuhkan tetap Allah. Dia yg memberi sekadar usaha kita.
ReplyDeleteSemoga terus sabar dan kuat dgn setiap ujian. Itu yg kakak selalu bisik pada bapak kakak juga.
Kak mmg dh lama sakit yati lps eksiden dulu...kshtn ok sikit dh syukur sgt...tapi yg kak sedih mak kak tiba2 jatuh sakit...bila gi check kat doktor katanya xde penyakit pula...tksh bnyk doanya yati.
ReplyDeletebenartu kakzakie...kita mestiberusaha merawat penyakit yg kita xtahu puncanya spt ayah kakzakie yg rajin menebas semaksamun tiba2 saja boleh sakit terduduk...tks.
ReplyDeleteSetiap penyakit ada penawarnya.
ReplyDeleteKita kena berusaha dan bertawakkal.
Semuga semuanya dipermudahkan.
Moga diberi kesembuhan dan dimudahkan segala urusan. Aamiin
ReplyDeletesemoga dengan rawatan alternative lain dapat beri kesembuhan.Kita hanya berusaha hanya Allah yang menentukan nya kan PI.
ReplyDeletesaya pun ada customer macam ni, dia sakit tapi bila jumpa doktor kata takde sakit apa. saya pun naik pening. saya pun jadi tak tahu nak prescribe apa suplemen untuk bantunya. semoga mak kak PI kembali sihat
ReplyDeleteKita hanya mampu berusaha mencari kesembuhan... hanya Allah jua yang berkuasa atas segala-galanya.. Allahu Rabbalalaamiin...
ReplyDeleteTksh hana doanya amiin...itulah masalahnya hana badan sakit tapi doktor xdpt kesan apa sakitnya.
ReplyDeletesemoga dirahmati Allah.
ReplyDeletesetiap penyakit ada penawarnya..
ReplyDeleteSemoga Allah memberi kesembuhan pada mak akak. Dan semoga akak juga terus kuat menempuhi hari2 mendatang.
ReplyDeletesegalanya kehendak ilahi. Mohon padaNya. Semoga di permudahkan oleh Allah
ReplyDelete