Sunday, 14 August 2016

MASAK NASI LEMAK MUDAH....

ASSALAMUALAIKUM...

NASI LEMAK BUKAN HANYA BUAT SARAPAN PAGI SAJA DIMASAK TAPI BOLEH JUGA UNTUK HIDANGAN TENGAHARI ATAU MALAM.

DITEMPAT PI NASI LEMAK KADANGKALA ADA YANG MENYAJIKAN TIKA MAJLIS KENDURI KECIL.

PI MEMANG GEMARKAN NASI LEMAK YANG LENGKAP CITARASANYA DENGAN LEMAK SANTAN KELAPA, RASA MASIN SEDERHANA, HARUM AROMA PANDAN, HALIA, BAWANG PUTIH/MERAH....DIMAKAN MASA PANAS DENGAN IKAN MASIN GORENG/BAKAR SANGATLAH MENYELERAKAN.

ADA PULA TAMBAHAN SAMBAL IKAN BILIS/SOTONG, TELUR REBUS JUGA ULAMAN TIMUN...

KALAU RAJIN DIBUNGKUS PULA DALAM DAUN PISANG.

.WOIH MAKAN TAK TOLEH KIRI KANAN LAGI

.

Resepi Nasi Lemak Paling Sedap


Bahan Untuk Nasi

  • 3 cawan beras
  • 3 hiris halia
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 1 cawan santan
  • 3 cawan air - boleh tambah jika atau dikurangi bila diperlukan
  • 1 helai daun pandan 
  • secubit garam
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 helai daun pandan
  • sesudu gula
Cara Buat Nasi Lemak

1. basuh beras dengan air sehingga bersih kemudian toskan hingga hilang airnya.

2. siapkan perikut dan pijarkan minyak kemudian tumis serai, daun pandan, halia, bawang putih/merah tumis hingga wangi.

3. masukan santan kemancar mengikut banyaksukatan beras sedikit guladan garam. Kacau sekejap. Setelah santan kemancar kering masukan santan pekat, kacau rata dan tutup periuk. Biar hingga elok masak.



Sambal Tumis Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
1 mangkuk cili kering - dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara cara:
Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. 

Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. 

Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Nota:
Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.


Makan nasi lemak dengan lauk-lauk ni pun amatlah sedapnya.


13 comments:

  1. wkmsalam.
    Nasi lemak boleh dimakan bila2 masa.
    Pagi, tengah hari, petang atau malam pun boleh.
    Sekarang kenduri pun orang dh hidangkan nasi lemak.
    kalau bungkus daun pisang lagi best.

    ReplyDelete
  2. BENAR TU MAZLAN LA NI DAH JADO HIDANGAN YG DISUKAI XKIRA MASA TKSH

    ReplyDelete
  3. baru pagi tadi makan nasi lemak yg mak masak :) dappnyaa

    ReplyDelete
  4. Ternyata mempersopnakan...syukurilah Allah berikan kita makan dan minuman yang lazat kan PI

    ReplyDelete
  5. Ternyata mempersopnakan...syukurilah Allah berikan kita makan dan minuman yang lazat kan PI

    ReplyDelete
  6. nampak sedap sangat ni kak..so far sejak berkahwin dan ada family sendiri,irda pernah buat sekali je nasi lemak,masa tu mood tengah rajin memasak,siap bagi jiran sebelah lagi..hehe sekarang bila duk umah apartment dan barang banyak takde dalam peti ais,selalu masak baling2 je..huhu..lama sangat rasanya tak buat nasi lemak..nanti nak buatlah..teruja tengok entry akk

    ReplyDelete
  7. NASI LEMAK KALAU NK RASA SEDAPNYA MASAK SENDIRI GUNA SANTAN KELAPA ASLI BUKAN YG DLM KOTAK TU IRDA...TQ

    ReplyDelete
  8. SB ni jugak peminat setia nasik lemak, yang penting kalau makan tu, sambal mesti nak banyak. Nasiknya pulak SB guna santan kotak, yg fresh tu agak sukar sikit nak jumpa terjual kat sini. kasi lagi harum, bubuh halba sikit..walawehh!!..

    ReplyDelete
  9. Sedap...tambahan buat sendiri, puas makan.

    ReplyDelete
  10. Singgah pagi isnin...
    nieyl baru je lepas breakfast nasi lemak tadi.. :)

    ReplyDelete
  11. Teringat masa belajar di Perak dulu. Memang kafe tu jual nasi lemak sampai ke malam. Sedap.

    Ada bahan nanti, boleh juga saya nak cuba buat. Thanks sharing kak paridah. =)

    ReplyDelete
  12. CUBALAH FAARIHIN SEDAP NASI LEMAK MSK SENDIRI...TKSH

    ReplyDelete
  13. org pompuan kat malaysia ni kalu x reti msk nasi lemak mmg x tau laa hahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”