Wednesday, 17 August 2016

BERMAIN SUKAN HINGGA KAYA-RAYA

ASSALAMUALAIKUM...


TAHNIAH KEPADA ATHLET MALAYSIA YANG CEMERLANG DI OLIMPIK RIO YANG MEMBERI PINGAT KEMENANGAN KEPADA MALAYSIA IAITU PANDALELA RINONG/TERJUN PAPAN ANJAL PINGAT PERAK PADA 10 AUGUST, AZIZUL HASNI AWANG/LUMBA BASIKAL PINGAT GANGSA 16 AUGUST

BADMINTON AKHIR PINGAT PERAK ATAU EMAS




10.50 malam – Goh V Shem / Tan Wee Kiong (MAS) vs Fu Haifeng / Zhang Nan (CHNA
http://www.ideaterkini.com/


Nama seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Azizul Hasni Awang dan Rashid Sidek antara ikon besar sukan di Malaysia. Mereka mencipta nama menerusi bakat dan minat mendalam melalui sukan diceburi. Hasilnya, mereka menjadikan sukan sebagai punca pendapatan dan memberikan fokus secara sepenuh masa sebagai kerjaya. Baru-baru ini, kalendar sukan negara dimeriahkan dengan penganjuran Kejohanan Sukan Antara Institusi Pengajian Tinggi (SukIPT) 2016 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. Kejohanan menghimpunkan hampir 8,000 atlet dari seluruh institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia itu, turut menarik penyertaan kalangan ahli ASEAN Universiti Sports Council (AUSC) serta atlet kelainan upaya (OKU). 

Perkembangan positif ini sudah pasti mampu melahirkan atlet berpotensi tinggi dan dapat bersaing pada peringkat antarabangsa. Mutu sukan negara Melihat senario pada temasya Sukan SEA 2015 di Singapura, hampir 60 peratus atlet yang mewakili negara ke temasya itu adalah penuntut di institusi pendidikan tinggi yang dicungkil daripada penganjuran SukIPT edisi terdahulu. Melihat prospek ini, sudah tentu memberi impak kepada mutu sukan negara pada masa akan datang bukan sahaja pada peringkat ASEAN dan Asia, malah ke peringkat Sukan Komanwel serta Olimpik. 

Di Malaysia, bakat sukan dicungkil seawal peringkat sekolah rendah melalui sukan antara sekolah pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Namun, tidak ramai anak di Malaysia didedahkan dengan dunia sukan pada usia muda untuk ditanam minat dan seterusnya dicungkil bakatnya selepas dewasa. Karier sejak usia muda Shalin Zulkifli, nama yang tidak asing dalam sukan boling dan bermain boling seawal usia 8 tahun. Nicol David, ratu skuasy negara pula mula bermain skuasy seawal usia 5 tahun dan lihatlah bagaimana beliau begitu cemerlang pada hari ini. 

Bintang dunia seperti Tiger Woods (golf), Roger Federer (tenis), Christiano Ronaldo (bola sepak), Kobe Bryant (bola keranjang) dan Lewis Hamilton (pemandu F1) adalah antara watak yang sinonim dalam kancah sukan dunia yang memulakan karier mereka pada usia muda. Sukan dijadikan karier sepenuh masa oleh bintang ini dan kejayaan mereka ini pasti dikenang sepanjang zaman. Jika dilihat kepada pendapatan diperoleh atlet dunia ini, sukar untuk kita membayangkan rata-rata mereka adalah jutawan yang berpendapatan puluhan, malah ratusan juta ringgit hasil kemenangan, gaji dan tajaan yang mereka peroleh. Atlet dunia bertaraf jutawan Menurut laman Forbes, 

Tiger Woods dilaporkan pada tahun lalu memperoleh pendapatan RM192 juta. Roger Federer memperoleh sebanyak RM254 juta, Christiano Ronaldo menerima RM302 juta, manakala Floyd Mayweather (tinju) dilaporkan memperoleh pendapatan sebanyak RM1.14 bilion iaitu pendapatan tertinggi seorang ahli sukan pada tahun 2015. 

Jika diamati sukan badminton sebagai contoh, pada 2015 sahaja sebanyak RM23.18 juta hadiah ditawarkan dalam jelajah Supersiries yang dianjurkan sepanjang tahun lalu. Maka, tidak hairanlah jika Chong Wei dilaporkan pernah memiliki pendapatan antara RM2 juta hingga RM3 juta sebelum ini. 

Sudah pasti bukan hadiah kemenangan sahaja yang diperoleh, malah habuan daripada syarikat penajaan juga menanti. Bagaimanapun, untuk mencapai ke tahap itu bukanlah perkara mudah. Kesabaran, keazaman dan semangat tinggi serta tidak kenal erti berputus asa perlu tersemat dalam diri atlet terutama yang mahu bertapak di persada dunia. Untuk Malaysia melahirkan lebih ramai lagi atlet berprestasi tinggi, fasiliti dan kemudahan sukan bukanlah isu utama pada masa ini kerana semua sudah tersedia serba canggih. 

Komitmen syarikat korporat selaku entiti yang memberi penajaan juga jarang mengecewakan. Kebanyakan syarikat korporat ini sedia memberi jutaan ringgit sebagai pelaburan dalam bentuk penajaan selagi mana sukan atau atlet itu mampu mempamer kecemerlangan. Lihat sahaja situasi bola sepak negara pada hari ini, ratusan juta dilabur demi meraih pulangan jangka masa panjang di samping merancakkan persaingan dan pembangunan industri sukan itu sendiri. Penulis ialah Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Hal Ehwal Korporat, Universiti Teknologi Malaysia

Selanjutnya di : http://websekolah.bharian

PIC GOOGLE IMAGES

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”