haiku #1
kolam binaan -
deko lanskap laman
seekor angsa
haiku #2
sepotong kuih –
rebutan angsa putih
piring berlumpur
haiku #3
di tepi danau -
seekor angsa tua
menggamit pandang
haiku #4
makanan angsa -
campuran dedak halus
tiada sisa
haiku #5
gimrama ballet -
Majlis Sukan Negara
tarian angsa
haiku #6
sereban angsa -
merata telur memutih
sekawah gulai
haiku #7
tasek beriak -
sekawan swan lake
seri suasana
haiku #8
tenang di kolam
angsa berbulu putih -
berteman bayang
haiku #9
seekor angsa -
mengawal rumah gedang
malang pengganggu
haiku #10
teriakan angsa –
gema riuh sekampung
damai terusik
haiku #11
cerita rakyat –
angsa bertelor emas
selamat malam
haiku # 12
serunding angsa –
kenduri doa tahlil
berkat bertandang
haiku #13
pelepah angsa –
di rambut Red Indian
lambang wira
haiku #14
sekawan angsa –
beradu di reban
selsema h1n1
haiku #15
seputih angsa -
bergantungan lelangit
cantuman reja
haiku #16
angsa tersesat –
jauh pinggiran kampung
pulang bersambut
haiku #17
pensel mewarna
angsa berbentuk besar –
kelas Tadika
PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA.
Blog Paridah Ishak
ReplyDeletegambar angsa putih
membaca mata terpaku
Bnyk maksud tersirat disebalik yg tersurat ni kak PI...
ReplyDeleteangsa putih sentiasa menarik perhatian...
ReplyDeleteputih suci bersih je nampak.. =) indah ciptaan Allah
Pelbagai kisah angsa ni kak PI..
ReplyDeleteWalaupun takut kita dekatinya..
masa kecil2 dulu takut nak lalu depan angsa kerana takut disudunya...
ReplyDeletepensel warna Swan...menggamit memori..
ReplyDeletezman sekolah rendah dulu, ayah ada bela angsa..selalu kena gigit dgn angsa..
Puitis
ReplyDeletemasa kecil dulu pernah dikejar angsa..haru biru juga dibuatnya
ReplyDeleteMemberi gambaran untuk pelbagai situasi
ReplyDeleteSalam Jumaat Kak PI
angsa putih dikolam sangat cantik
ReplyDelete