Thursday, 14 July 2016

ANUGERAH TERINDAH...

Assalamualaikum…



Apa khabar semua rakan bloggers dan viewers…semoga semua kita dirahmati dan diberkati di bawah perlindungan-Nya beroleh keafiatan dan kesejahteraan. Baru hari ni 14 July 016 dapat bersiaran di media maya…rindunya kan main lagi untuk merapu menaip keyboard…klik-klik bertemu rakan taulan …
menghambur cerita yang tersimpan banyak juga heh..heh..ada-ada saja PI ni kan. 

Mesti ramai yang telah menyambut raya puasa sunat keenam ni sedang PI belum lagi dapat mulakannya. Lambat mulakannya tidaklah mengapa asal jangan tidak melakukannya kan….besar fadilatnya berpuasa 6 hari selepas raya di bulan Syawal…ganjarannya bersamaan pahala puasa selama setahun kata alim ulama..bukan kata PI…

Sebenarnya PI balik kampong sebelum raya bersama anak/menantu/cucu-cucu…menyediakan persiapan aidilfitri seadanya. Sekali anak sulung PI yang sedang sarat hamil anak keempatnya sudah turun tanda untuk bersalin. Barangkali anak PI tu terlalu aktif mengemas rumah yang agak lama ditinggalkan menyebabkan kandungannya jauh turun sebelum masa due iaitu lepas raya.

Kelam-kabut pula pulang semula ke Selayang untuk melahirkan bayinya di sebuah pusat kesihatan bersalin di Gombak. PI nasihatkan agar bersalin saja di hospital Jengka atau Temerloh…lebih dekat dengan rumah dan mudah berurusan…tapi keputusan di tangan  yang punya diri…tetap juga meneruskan hasrat menempati ward yang telah lama ditempah
.

Allah permudahkan urusan anak PI itu sempat sampai dan terus masuk labour room. Lahirlah seorang bayi perempuan yang comel, hitam lebat rambutnya, merah kulitnya…syukur Alhamdulillah…adik Abqori, Adamia tidak sabar hendak menyambut raya bersama abang-abangnya, ayah/bunda. Nenda dan semua saudara-maranya pada Syawal tahun ini. Bertambah seorang lagi ahli keluarga PI…umat nabi Muhammad kelak solehah dan berbakti kepada semua…insya-Allah.

16 comments:

  1. Assalam kak PI....wah tahniah dapat cucu baru .Tentunya Aidilfitri 2016 ni cukup bermakna pada PI sekeluarga kan.Bertambah ahli keluarga PI kan.
    #comel nya wajah mulus cucu PI.

    ReplyDelete
  2. Baby nak bagi pahala kepada parents dia ni PI
    Sebab bila dah lahir sebelum raya kan kena zakat fitrah. Pandai pilih hari hihi..
    Tahniah dari kakak. Meriahlah raya ada baby tapi kesiannlah ibunya tak sempat makan ketupat rendang sebab dah kena berpantang:)

    ReplyDelete
  3. WKmsalam.
    Tahniah dapat cucu comel sempena Idul fitri.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, bertambah ahli keluarga Kak PI..beraya dgn cucu baru..
    Adamia..sedap nama tu..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, bertambah ahli keluarga.
    Comelnya....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... anugerah yg paling terindah... subhanallah... tahniah buat seluruh keluarga kak PI... :) :)

    ReplyDelete
  7. tahniah...
    sememangnya ank adalah anugerah terindah..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah , bertambah kagi satu ahli dalam keluarga . dua thn lepas my kakak juga bersalin beberapa hari sebelum raya . maka byklah RM raya baby dapat ... hehehee

    ReplyDelete
  9. yela qv bertambah ahli keluarga bertambah rezeki-Nya...tksh

    ReplyDelete
  10. alolololo tomeeey baby baru.. semoga jadi hamba Allah yang soleh.. dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa.. gewaaam haih..

    ReplyDelete
  11. wahhh tahniahhh dpt ahli kelaurga baruu

    ReplyDelete
  12. tahniah kak PI..rezeki Syawal nampaknya

    ReplyDelete
  13. tksh sal..syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  14. tahniah PI..dapat anugerah terindah, cucu yang sangat comel

    ReplyDelete
  15. tahniah kakt PI..terima org baru dalam keluarga..tahniah juga buat anak kak PI tu..semua selamat alhamdulillah

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”