Wednesday, 15 June 2016

PASRAH DAN REDA..

ASSALAMUALAIKUM....



TERIMA KASIH BANYAK ADIK-ADIK BLOGGERS DAN ANAK-ANAK JUGA VIEWERS YANG SUDI MENDOAKAN KESEMBUHAN PI...INSYA ALLAH DOA YANG TULUS IKHLAS SEGERA DIMAKBULKAN ALLAH...PI SEBENARNYA LA NI SEDANG MAMUN...PENING KELEMAYAR ...ASYIK NAK TIDUR SAJA AKIBAT PAIN KILLER YANG DIAMBIL...KALAU TAK DIAMBIL UBAT TU ALAMATNYA MEMANG TIDAK BOLEH TIDUR JAWABNYA...TIDUR AMAT PENTING UNTUK MENGELAKAN KELETIHAN DIRI....

TAHUN 2012 PI ALAMI PATAH TULANG PINGGUL AKIBAT TERJATUH DI DAPUR...KESAKITANNYA BERTAHUN JUGA HENDAK HILANG PERLAHAN-LAHAN MENYEBABKAN PI TERLANTAR...KINI BERSAMBUNG LAGI KISAH PATAH TULANG DI BETIS PULA....BARU HENDAK MERANCANG SESUATU SETELAH KEADAAN DIRI AGAK OK....NAMUN PERANCANGAN ALLAH YANG TERBAIK BERHIKMAH...REDA SAJA...

DAN PI TETAP JUGA BERUSAHA MENULIS ENTRY PENDEK UNTUK TATAPAN SESIAPA YANG BERMINAT SEADANYA SAJA SAMBIL MELAYANI KESAKITAN....KESAKITAN ITU NIKMAT HIDUP...ALLAH MENGUJI KITA DENGAN KESAKITAN UNTUK MENYEDARKAN BAHAWA KITA MASIH HIDUP ...

Di dalam mencari keutamaan “Ilahiyah Murni” ada tersemat sebuah rahsia yang sungguh menyentuhkan hati dan jiwa. Di tingkatan ini maka termuat makna Al Ikhlas.
Katakanlah bahawa Allah itu satu...
Bahawa Allah itu satu satuNya yang sekaligus segala galaNya
Yang di hadapan Nya kita lebur dan lenyap dalam kesyhaduan ...
Itulah keutamaan Tauhid yang agung yang menyatukan diri kita dengan Nya, sehingga yang ada hanya Allah.
Diri kita tidak penting di dunia ini
Kejayaan dunia tidak terlalu penting untuk di banggakan
Apalagi sekadar pangkat dan harta di dunia ini
Kerana hanya Allah lah satu satunya yang penting
Di dunia dan Akhirat
Pasrahlah dan sepasrah pasrah nya kerana di saat ini kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya dan Allah adalah yang terpenting di dunia maupun di akhirat

Ustazah Siti Nurbaya Usman

22 comments:

  1. In shaa Allah... bnykkan lagi berehat kak. Semoga dpt segera pulih sepenuhnya... aamiin.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...Allah tahu akak kuat...akak boleh dan mampu untuk terima dugaannya...setiap ujian itu meningkatkan darjat hamba di sisiNYA...moga akak segera pulih..ameen.

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam.
    Allah beri kesakitan utk menghapuskan dosa-dosa kita.

    ReplyDelete
  4. bole nur bayangkn kesakitan PI ni..moga dgn rehat yg panjang ni mendpt kesembuhan yg cepat...moga cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAKIT PATAH TULANG PADA KAK SAKIT AMAT QHAIFA..TKSH DOANYA AMIIN.

      Delete
  5. Allahu...moga Kak PI terus kuat ya..dan diberikan kesembuhan segera.. dugaan Ramadhan...

    ReplyDelete
  6. tksh atiie dugaan untuk akak begitu citranya...apa nak kata.

    ReplyDelete
  7. semoga PI cepat sembuh...Allah telah menguji berkali2 rupanya .Banyak kan berehat PI .

    ReplyDelete
  8. Akak berehat ajelah secukupnya semoga cepat sembuh sakit yang menimpa. Dugaan kalau dah memang untuk kita, siapalah kita ni nak menolaknyakan, kak!

    ReplyDelete
  9. Ujian yg PI dpt ini juga menguji kasih dan sayang serta tanggungjawab anak-cucu dalam menggembling sama memikul tanggungjawab menjaga ibu yg sedang diuji.

    Semoga cepat sembuh itu yg mampu kami doakan.

    ReplyDelete
  10. sakit itu sebagai ujian kita dan anak2 untuk kita tahu sejauh mana keikhalasan mereka menjaga kita. redhalah PI..semuga PI cepat semboh..

    ReplyDelete
  11. AMIIN TKSH DIK MKL..INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  12. TKSH PC...AMIIN DOANYA...INSYA ALLAH. TAKDIR-NYA XUPAYA NK DIELAK.

    ReplyDelete
  13. TKSH MAZLAN INSYA ALLAH MUDAH2AN.

    ReplyDelete
  14. AMIIN..TKSH DOANYA SANIAH..INSYA ALLAH

    ReplyDelete
  15. TKSH MD..BETUL TU..KUTA XTERDAYA MENOLAK KETUAN TAKDIR PASTI ADA HIKMAHNYA INSYA ALLAH...

    ReplyDelete
  16. BENAR TU KAKZAKIE..TAPI KASIHAN ANAK2 YG TERPKSA LBH MEMBERI PERHATIAN KPD IBU MRK YG BERTAMBH KEUZURANNYA NI...TQ

    ReplyDelete
  17. TKSH KY AMIIN DOANYA...KITA REDHA DGN UJIAN KITA MOGA ANAK2 JUGA MAMPU BERSABAR MELAYANI IBU MRK YG SAKIT NI.

    ReplyDelete
  18. semoga Allah berikan kesembuhan buat PI

    ReplyDelete
  19. ujian Allah beri tu banyak hikmahnya . antaranya , anak cucu dan menantu akan berkumpul raya nanti untuk bersama PI ... semoga cepat sembuh . redha dan ikhlaskan .

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”