Wednesday, 8 June 2016

JBA KUNCI METER AIR..

ASSALAMUALAIKUM…

Sebelum Ramadan baru ni PI dan anak cucu bercadang pulang kampong di UJ Pahang untuk menyambut puasa bersama mak, adik-adik dan anak-anak saudara di sana. Bertolak pada petang Jumaat dan sampai lebih kurang pukul 10 malam. Jauh juga perjalanannya dari Selayang ke UJ kampong PI tu kan.

Sampai saja di rumah keperluan yang paling penting selain menghidupkan bekalan eletrik tentulah membuka meter air yang ditutup kerana mengelakan pembanziran air yang mengalir walau tak digunakan. Sekali terkejut sungguh bila dapati meter air telah dikunci pihak JBA Pahang. Apa pula masalahnya? Bil air sudah dijelaskan secara online. Bukannya jumlah ribu riban pun. PI pun hanya pulang ke kampong sebulan sekali membersihkan rumah, kawasannya dan semua urusan bersangkutan sebagai pemastautin felda tapi bil air yang diterima boleh tahan tingginya. Selalunya PI akan kumpulkan nilainya tidak melebihi 100 RM sebelum menjelaskannya.

Pic google image

Pabila tiada air amatlah menyusahkan sekali terutama bagi OKU seperti PI. Kalau ada air yang boleh dibuka daripada saluran paip tentu memudahkan PI, mandi, bersuci, berwuduk tanpa menyusahkan sesiapa dan begitu juga cucu-cucu PI yang ramai dan masih kecil yang sentiasa perlukan air untuk pembersihan diri dan segalanya.

Tapi itulah yang terjadi. Keceriaan untuk bercuti di kampong halaman bertukar sebaliknya. Mulanya anak/menantu bercadang menyewa homestay sekitar sini saja tapi rencana bertukar pula. Lebih jauh pula langkahnya. Lagipun hendak menyelesaikan urusan kunci meter air dengan JBA di Maran tidak dapat dilakukan segera kerana hari Sabtu cuti resmi Yang Di Pertuan Agong sementara hari Ahad pula cuti umum. Hish dua hari tanpa air tidak jadi manusia jawabnya.

Keputusan dibuat sudah alang-alang bercuti teruskan sajalah percutiannya ke tempat yang lebih menyelesakan. Di samping berharap dalam perjalanan pulang nanti urusan dengan JBA mampu diselesaikan. PI dan anak cucu bertolak ke Chendering Terengganu iaitu kampong menantu PI. Sudah lama juga PI tidak ke sini. Kali terakhir sewaktu anak sulung PI menjalani KPLI di sebuah maktab perguruan di Kuala Terengganu. Bertemu jodoh pula dengan orang Terengganu. Jadi berpeluanglah PI selalu ke Terengganu untuk menikmati keindahan pantainya dan sosio budaya Melayu Terengganu yang unik dan amat berbeza dengan negeri lain
.
Sampai di Chendering hampir jam dua petang. Ronda-ronda dulu sekitar pantai Chendering, Kuala Ibai, Pantai Batu Buruk dll tempat menarik sekitar situ sebelum check in ke Qurata resort.

Sambung kisahnya di entry seterusnya. 

10 comments:

  1. Moga segera selesai ya kak..pasti berhikmah..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah selesai juga masalahnya tapi mmg stress dibuatnya PC...tq

    ReplyDelete
  3. Harap2 dh selesai masalah JBA tu.

    ReplyDelete
  4. takde air memang sgt susah..

    ReplyDelete
  5. Pehh tak ada air mmg siksa, apatah lagi klu dah penat2 dlm perjalanan... semoga segalanya dipermudahkan... aamiin.

    ReplyDelete
  6. Mujur juga ada alternatif lain sebagai penyelesaiannya
    Sambil tu dpt sekali makan angin walau hajat nak berkumpul di rumah kampung tak kesampaian. Kakak tunggu next entri nak tahu kenapa JBA kunci?

    ReplyDelete
  7. yela kakzakie mujur juga ada pilihan penyelesaiaan masalah tu...kak dh draft sikit sambungan n3 kisah ni...ptg ni publish..esok kakzakie boleh baca...tksh.

    ReplyDelete
  8. Alahai! kesian kak PI.
    Namun pasti ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  9. yela Mrs A MASALAH BSR XDE AIR NI..TQ

    ReplyDelete
  10. Oh, begitu kisahnya! Kiranya ni rumah emak akaklah ya. Sayangkan kalau rumah tak berpenghuni tapi bil bukan main banyak. Macam rumah emak saya di kampung juga. Bil telefon kira jalan ajelah walaupun bayar sewa aje. Bertahun juga. Last-last kakak saya minta berhentikan semua bil yang ada. Ruma emak di kampung tu tempat hantu menumpang teduh aje saya rasa ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”