Sunday, 12 June 2016

HAIKU DAUN PALAS....

ASSALAMUALAIKUM...

SUDAH MASUK RAMADAN KETUJUH HARI NI....SEBENTAR SAJA SUDAH SEMINGGU KITA BERPUASA...DAH BOLEH MULA MERANCANG HIDANGAN UNTUK HARI RAYA TU...TERUTAMA MAKANAN TRADISI SEPERTI KETUPAT PALAS....SEBELUM TU NIKMATI DULU PUISI HAIKU PI YANG KURANG SERBA SERBI NI...



PIC GOOGLE IMAGES

Haiku #1
Tanaman palas:
bersulam antara pohon
sumber rezeki

haiku #2
kelongsong palas -
berbentuk tiga segi
ketupat jantan

haiku #3
rumpunan palas -
mencelah pinggir hutan
denai fauna

haiku #4
palas berduri –
rimbun meneduh panas
tidak peduli

haiku #5
simpulan palas –
origami hiasan
seni kreatif

haiku #6
dedaun palas –
mengatap pondok kecil
penunggu dusun

haiku #7
semangkuk gulai
umbut palas beruap;
herba berubat

haiku #7
sentuhan palas –
tradisi budaya
asli sejati

haiku #8
tumbuhan palas
anugerah Ilahi
bumi berseri

haiku #9
anyaman palas –
rancak atur kelarai
susun kenangan

haiku #10
senario palas
lambakan pasar tani
pilihan rambang

Paridah Ishak
Selayang Utama
12/6/2016

12 comments:

  1. Waaa sedapnya kalau dapt makan palas ni..

    Blogwalkini sini, jom baca artikle ini

    McAfee Secure Di Wordpress article...

    ReplyDelete
  2. haiku jenis puisi Jepun wawa..tq

    ReplyDelete
  3. Terbuka selera membaca haiku ni kak PI... :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum P
    pagi2 dah nmpak daun palas
    teringat nak makan ketupat la pulak ni

    ReplyDelete
  5. ketupat palas bubuh kacang, sedap dimakan begitu saja...

    ketupat jantan..hihi..

    ReplyDelete
  6. org utara yg selalu buat ketupat ni ;-)

    ReplyDelete
  7. Ketupat palas, adik ipar Mrs. A yang suka makan ketupat ni dia orang Kelantan.
    Orang negeri Sembilan ketupat daun kelapa hiks!

    ReplyDelete
  8. Tak pandai nak ber haiku..
    Yang penting ketupat palas ni best :)

    ReplyDelete
  9. As salam. Masa kecil n remaja arwah ibu selalu gak buat ketupat palas ni. skrg abam kie beli je. memang x setanding air tangah arwah ma.

    BTW, tahniah sbb menjadi pemenang pengomen tegar blog abam kie. Sila klik link di bawah utk tujuan pengeposan kad raya.

    http://www.zukidin.com/2016/06/pengomen-tegar-yang-bakal-menerima-kad.html

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”