Friday, 3 June 2016
GERIK RIMBA WARISAN..
ASSALAMUALAIKUM...
GERIK RIMBA WARISAN
Tun Saban anakanda Tun Perak
Dari Melaka hijrah ke Belom menerokainya
rimba Gerik warisan jutaan tahun
Menyimpan khazanah rahsia alam
Gerik hijau tebal hutan keliling
Gunung-ganang memasakinya
bersempadan tanah Siam
Raja Reman melanggarnya 1902
Justeru dekan giat menggerit-gerit
lalu dinamakan Gerik
1908 takdir berubah
Berpulang jajahan kepada Perak
Andai dulu di sinilah
gerombolan komunis melancar gara-gara
Bersarang mengatur rencana pemberontakan
Namun damai
dengan perjanjian Baling.
Baling dan Gerik bersebelahan
Daerah kejiranan
Alam semulajadi Gerik indah permai
menongkah masa membangun maju
Paridah Ishak
Selayang Utama
3 Jun 2016
Wkmsalam.
ReplyDeleteSalam Jumaat.
sudah lama x pi Grik. Last lalu sana 11 thn lampau..
ReplyDeleteSaya pun lama sgt tak ke Gerik... pasti dah bnyk perubahan kan kak PI...
ReplyDeleteAlam yang damai...dah lama tak sampai ke Grik
ReplyDeleteassalam kak PI, harini berpeluang bukak pc, hi hi..baru nmpk kotak komen.
ReplyDeletesalam Ramadhan kak yea, trmkasih sbb selalu berkunjung kerumah saya yg tak seberapa tu.
Kak PI saya hampir temui ajal di Tasik Banding, Gerik. Pengalaman ngeri yang tidak akan dilupa hingga akhir hayat.
ReplyDeleteCantik sangat Tasik Banding ni kan Kak PI...sy pernah lalu sana sekali masa study dulu ikut member balik Kelantan... kaya dgn keindahan alam nya..itulah Grik..:)
ReplyDeletegrik selalu cik en gi..
ReplyDeleteWalaupun dah pernah sampai Kelantan tapi belum pernah pergi Grik lagi.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1437h. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah di bulan yang berkah ini..
abuikhwan&famili
Kuantan, Pahang
masa keje kat lenggong dulu, memang selalu la tengok permandangan indah gini setiap pagi
ReplyDeletePenulisan yg bukan calang-calang. Selain boleh bermain perkataan yg indah PI sangat celik sejarah. Bila baca ini kakak terkenang masa belajar dulu berkaitan sejaran Perak & Kedah ini.
ReplyDelete