Thursday, 12 May 2016

POLIGAMI?

ASSALAMUALAIKUM…

SOAL JIWA...

Pic google image sekadar hiasan.

Seorang ustadz yang sering datang memberi kuliah agama di surau kampungku memang disenangi kerana kepetahannya berceramah yang tidak menjemukan dengan menyelangselikan ilmu yang ilmiah berserta kisah-kisah semasa yang menarik tumpuan.

Belajar agama dalam istilah orang kampung mendengar ustadz baca kitab di surau/masjid kalau tidak kena gaya penyampaiannya memang akan membuat pendengarnya tertidur. ditambah terpaksa duduk bertimpuh/bersila di lantai surau/masjid. lenguh seluruh tubuh dibuatnya.

Ustadz ini seorang imam masjid di rancangan felda berhampiran selalu diusik makcik-makcik yang seusia dengan beliau atau lebih muda daripadanya lantaran beliau ini berpoligami.

"Seronok kahwin dua ustadz?" ustadz tersengih sebelum menjawabnya.
"Biasa saja...tak seronok manapun."
"Mana boleh tak seronok, kalau tak seronok ustadz tak kahwin dua..." celah seorang makcik dengan maksud menggiat. makcik-makcik lain yang menjadi penuntut-penuntutnya tersenyum simpul melihat gelagat ustadz yang serbasalah diasak pertanyaan yang menyangkut peribadinya.

"Kahwin dua ni tak seronok sebenarnya. besar tanggungjawabnya. susah nak berlaku adil walau berusaha sungguh-sungguh. Saya ni walau dah agak lama kahwin dua tapi isteri-isteri langsung tidak pernah bertemu muka. walau mereka tidak berperang tetapi dalam hati masing-masing mereka menyimpan perasaan tidak menyenangi satu sama lain..."

"Kalau ustadz kata gitu napa ustadz kahwin dua?"
"Nak buat lagu mana dah jodoh saya...saya kenalah terima..."
"Aikk sebab jodoh pulak.."  bisik seorang makcik kepada makcik sebelahnya sambil gelak-gelak kecil.

"Nasihat saya la kalau suami kita minta izin nak kahwin lagi janganlah beri, walau janjinya macam-macam. janji-janji orang yang nak kahwin dua memang manis tapi tak mungkin ditunaikannya."

'Begitu yer ustadz ...atau ustadz bercakap semata-mata nak menyedapkan hati penuntut-penuntutnya wanita-wanita dewasa yang tidak menyenangi poligami walau halal.  di satu sisi perlu diperaktikan dalam keadaan tertentu dengan  alasan tertentu.'

Namun keadilan sebenar melibatkan jiwa sukar terlaksana sebab itu ada kisah bagaimana saidatina aishah berkecil hati apabila baginda rasullullah saw terbayangkan isterinya saidatina khadijah yang telah wafat apakala terpandangkan adinda ummul mukminin itu...

20 comments:

  1. Replies
    1. lucu juga kisahnya kan DP..heh..heh..tq

      Delete
  2. ayah kawan saya kawen 2 jugak
    siap cakap kat menantu dia (hasben kawan)
    lupakan kalau ada niat nak kawen lain, sebabnya lagi menyusahkan
    seronok kejap je katanya, setahun dia mesti serabut
    eh! pandai pulak dia nasihat
    takut kena kat anak dia kot. haha
    apapun dah jodoh nak wat camner kan

    ReplyDelete
  3. Realiti yang menyakitkan hati walaupun halal. Seronoknyaa sekejap tapi tanggungjawap terhadap isteri2 kena pikul sampai ke mati.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. KATA USTAZ ABU IKHWAN TIADA ISTILAH PAYUNG EMAS DLM GANJARAN BERPOLIGAMI YATI..TQ

      Delete
  5. Di dunia tanggung...di akhirat jawab..moga yang berpoligami itu sentiasa lunaskan tanggungjawab..

    ReplyDelete
  6. kdg2 lelaki ni bila dah senang, dah kaya, lupa pengorbanan isteri pertama yg sanggup bersusah payah membina kehidupan..bila mati, tau2 ada ke2, ke3..

    ReplyDelete
  7. Seronoknya sekejap aje kot, tapi yang tak seronoknya lama.

    ReplyDelete
  8. HMM PAYUNG EMAS YG INDAH ..TQ MKL

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa di dalam kesihatan yang baik..
    Nak komen apa ye...hehe. Tak salah isteri tidak bersetuju suaminya berpoligami, cuma jangan menentang sudahlah kerana ia ada di dalam syariat Islam. Poligami itu adil dengan syarat-syaratnya yang tertentu, yang tak bagus apabila orang yang mengamalkannya tidak berlaku adil. Tentu susah untuk berlaku adil kerana kelemahan manusia..
    Satu lagi, bab payung emas tu....sebenarnya tak ada HADIS SAHIH pun yang menyebutnya, jadi tak perlulah gunakan alasan dapat payung emas...

    ReplyDelete
  10. Poligami.. Indah diucap tapi tak seindah mana...

    ReplyDelete
  11. hahaha..kelakar jugak ni.saya selalu borak dengan abang-abang kat office ni and diorang selalu cakap "bini sorang pun aku dah pening oi..."

    ReplyDelete
  12. wsalam dik ustaz...amiin..tksh doanya. syariat Islam mmg xboleh ditolak kn ustaz...wah tiada ganjaran payung emas bagi wanita yg dipoligami ya...rupanya hanya sekadar nk menyukakan hati isteri yg dipoligami saja heh..heh..tksh penjelasannya.

    ReplyDelete
  13. YG DAH MENGALAMINYA MESTILAH TAHU AKIBATNYA KAN IRFA..SUNNAH NABI YG INI HANYA NABI SAJA YG LAYAK MELAKUKANNYA...TQ IRFA.

    ReplyDelete
  14. AGAKNYA BEGITULAH KOT MARIA...TQ

    ReplyDelete
  15. KALAU ISTERI SORANG PUN DH PENING TAMBAH SORANG LAGI TAH APA JADINYA KAN SAL...HEH..HEH..TQ

    ReplyDelete
  16. Arwah atuk belah ibu saya kahwin dua... tp alhamdulillah rumah isteri dia (nenda2 saya) sebelah menyebelah. Kalau cuti raya meriah... pakcik dan sepupu sgt ramai... dua2 keluarga bersama sporting dan harmoni smpai sekarang... syukurlah.

    ReplyDelete
  17. SYUKUR ALHAMDULILLAH..ATOK DIK KK MESTI SEORANG LELAKI YG SGT BAIK N BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP NENDA2 KK...LELAKI BERPERIBADI MULIA BGITU LAYAK BERPOLIGAMI TAPI JARANG NK JUMPA JUGA HEH..HEH..TQ

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”