ASSALAMUALAIKUM…
KISAH DALAM AL-QURAN
Pic google image
Pada zaman nabi Musa as. Ada sebuah keluarga bani Israel
yang saat taat dengan perintah Allah. Mereka berhubung baik dengan masyarakat
sekitar walaupun mereka sangat miskin. Tapi tetap hidup bahgia.
Keluarga itu terdiri daripada seorang lelaki yang uzur
bersama isterinya dan anak lelakinya yang masih kecil. Mereka tinggal di sebuah
pondok.
Mereka membela seekor anak lembu yang cantik dan luar biasa.
Sesiapa saja yang melihat akan tertarik kerana bulunya kuning keemasan.
Suatu hari lelaki tua itu berkata kepada isterinya bahawa
dirasa ajalnya semakin dekat dan bimbangkan anak lembu peliharaannya tidak ada
yang menjaganya dan akan hilang dicuri.
“Anak lembu itu bukan sebarang lembu dan pada firasatku ia
akan terlibat dengan peristiwa yang sangat besar.”katanya kepada isterinya.lalu
dia mengambil keputusan menyembunyikan anak lembu itu di dalam hutan.
Lelaki tu membawa anak lembunya dan meninggalkannya di dalam
hutan dengan amat rasa sedih.
“Insya-Allah engkau akan selamat di sini. Allah akan menjaga
engkau,” ujar lelaki soleh itu sambil mengusap kepala anak lembu itu. Lelaki
itu mengangkat tangan berdoa agar Allah selamatkan anak lembu itu daripada
sebarang bahaya dan menemukannya kelak dengan anak lelakinya.
Sebak sungguh hatinya hendak meninggalkan anak lembu
kesayangannya di tempat yang asing itu. Namun anak lembut itu memahami perasaan
tuannya sambil menggesel-geselkan kepalanya kepada tuannya yang mengusapnya
lembut. Anak lembu itu melompat ke dalam hutan sambil bersuara “booh! booh!”
Tidak lama setelah itu lelaki soleh itu meninggal dunia.
Tinggallah isterinya yang solehah mendidik anaknya seorang diri dan hidup dalam
kemiskinan. Anaknya diberi pendidikan agama yang sempurna mengenai rukum
ibadat, berakhlak mulia, mengasehi yang muda, menghormati yang tua, bersabar
dengan ujian, tidak gelojoh dengan nikmat dan lain-lain sifat terpuji,
Anak muda itu membesar sebagai pemuda yang alim dan taat
beribadah kepada Allah. Pemuda itu amat dikenali dikampungnya sebagai pemuda
yang kasih lagi taat kepada ibunya dan amat menghormatinya.
Kerja pemuda ini ialah mencari kayu api dan menjualnya di
pasar. Hasil penjualannya dibahagikan kepada tiga bahagian. Satu pertiga digunakan
untuk perbelanjaan kehidupannya dan ibunya, satu pertiga untuk disedekahkan
kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi disimpan.
Begitu juga dengan pembahgian masanya. Satu pertiga malam
digunakan untuk beribadah kepada Allah, satu pertiga lagi untuk tidur sekadar
berehat sekejap dan sepertiga malam lagi digunakan untuk berada di sisi ibunya
yang uzur. Atau membantu ibunya berwuduk. Itulah yang dilakukan pemuda itu
setiap hari.
Hidupnya walaupun tidak mewah namun amat bersyukur kerana
mempunyai seorang ibu yang solehah, sangat bertanggung-jawab dan telah mendidiknya
dengan sempurna.
Ibunya merasa dirinya telah tua dan sering sakit. Dia
bercadang membuka rahsia tentang anak lembu berwarna emas yang ditinggalkan
suaminya di hutan ketika anaknya masih kecil dan meminta anaknya itu mencarinya
seperti pesanan almarhum suaminya.
Keesokannya pemuda itupun memulakan perjalanan ke hutan
mencari anak lembu yang diminta ibunya itu. Kepenatannya menjelajah hutan
membuatnya berhenti di tepi sungai kecil untuk mencuci tangan dan makan bekalan
yang dibawanya.
Tiba-tiba muncul cahaya terang berkilau berhampiran tempat
itu. Cahaya itu pula bergerak-gerak. Dia memerhati cahaya yang seakan lembaga
bergerak itu dengan kehairanan.
Dan dia berteriak kegirangan, “Subhanallah! Cahaya itu
daripada lembu yang berwarna emas dan aku yakin inilah lembu yang dimaksudkan
ibuku. Alhamdulillh bersyukur aku dapat menemuinya.”
Lembu itu melarikan diri setelah dihampiri pemuda itu,
begitulah yang sering dilakukannya setiap kali terserempak dengan manusia.
“Jangan lari. Akulah tuanmu. Dengan nama Allah Tuhan nabi
Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, datanglah kepadaku.” Lembu itu pun berhenti
dan menghampiri pemuda itu. Dan menggesel-geselkan kepalanya pada lengan pemuda
itu.
Pemuda itu memegang tanduk lembu itu untuk membawanya keluar
daripada hutan itu. Dengan kekuasaan Allah tiba-tiba lembu itu bersuara, “Wahai
tuanku, naiklah ke atas belakangku ini. Mudah-mudahan engkau dapat berehat di
atasku.” Ia segera merendahkan tubuhnya untuk ditunggang pemuda itu.
Sangat terkejut pemuda itu mendengar lembu itu boleh
berkata-kata lalu dia membalas, “Betulkah kau boleh bercakap?” kemudiannya dia
berkata “Tidak boleh. Aku tidak boleh menunggang engkau kerana ibuku tidak
menyurruh begitu.”
“Wahai tuanku yang sangat taat kepada ibumu, sekiranya
engkau menunggangku nescaya engkau tidak dapat mengambilku sampai bila-bila,”
kata lembu ajaib itu.
Lembu itu bersama tuan mudanya bersama meneruskan perjalanan
pulang ke rumah. Pemuda itu menjaga lembu berwarna emas itu dengan sangat baik
dan amat menyayanginya.
Ibunya memintanya menjual lembu itu di pasar. Hatinya
berbelah bahagi kerana sayangkan lembunya dan sifat taat dirinya kepada ibunya.
Namun dia sedar keredaan ibu itu amat penting dia memilih untuk taat kepada
ibunya.
Di pasar datang seorang lelaki tampan hendak membelinya.
“Ibuku memintaku menjual dengan harga tiga dinar tapi dengan syarat ibuku
menyetujui siapa pembelinya,”kata pemuda itu.
“Akan kubeli lembu ini dengan harga enam dinar. Tapi jangan
diberitahu kepada ibumu.”
“Maaf tuan. Saya perlu minta persetujuan ibu terlebih dahulu
bolehkah tuan dating lagi esok?” Tanya pemuda itu pula.
Ia segera pulang ke rumah membawa lembunya dan memberitahu
tawaran lelaki itu kepada ibunya.
Ibunya itu bersetuju dengan tawaran harga itu. Keesokannya dia
menemui lelaki yang ingin membeli lembunya dan menyatakan persetujuannya.
“Aku akan beli lembu ini dengan harga 12 dinar tapi usah
beritahu ibumu.” Lelaki itu membuat tawaran baru.
“Maaf tuan. Saya terpaksa minta persetujuan ibu dulu. Saya akan
beri jawapan kepada tuan keesokannya.”
Dia kehairanan sikap lelaki yang pelik itu kerana
kebiasannya orang mahukan harga yang rendah. Tetapi lelaki sentiasa menaikan
harganya. Hal itu diceritakan kepada ibunya. Ibunya mendengar dengan tenang.
“Wahai anakku, lelaki itu bukan manusia tapi adalah malaikat
yang datang menguji ketaatanmu kepada ibu.” Pemuda itu terkejut mendengarnya.
“Kalau dia datang lagi tanyakan kepadanya samada dia
bersetuju lembu itu dijual atau tidak.”
“Baik ibu.”
Pemuda itu sudah tidak sabar lagi untuk bertemu malaikat
yang berupa lelaki tampan itu.
“Wahai anak muda yang taat kepada ibunya. Jangan kau jual
lembu ini. Jagalah ia baik-baik. Nanti akan tiba suatu masa lembu ini akan
dibeli kaum Nabi Musa untuk menghidupkan
seorang yang telah mati.”
Kata malaikat itu.
“Tapi jangan kau jual lembu ini melainkan dengan harga emas
seluruh badannya,” sambung malaikat itu lagi.
Pemuda itu membawa lembunya pulang dan menjaganya dengan
penuh kasih sayang.
Tibalah hari yang dikatakan malaikat itu seorang daripada
kaum Nabi Mus telah mati dibunuh. Dan tiada siapa yang mengetahui pembunuhnya. Kaum
keluarga dan kenalan saling tuduh-menuduh. Akhirnya perkara itu dibawa
kepengetahuan Nabi Musa as untuk penyelesaiannya.
Mereka memaksa Nabi Musa as bertanya kepada Tuhan siapa
pembunuh itu. Lalu turunlah wahyu meminta mereka menyembelih lembu berwarna
emas.
Mereka tidak berpuas hati dan menyuruh Nabi Musa bertanya
kepada Tuhan tentang jenis, warna dan keadaan lembu itu. Allah swt pun menyatakan mmaksudnya.
Berusaha mereka mencari lembu yang sifatnya dinyatakan Allah
itu hingga hampir berputus asa untuk menemuinya kerana sukar mencarinya.
Setelah lama dicari akhirnya ditemui juga. Pemuda yang
miliki lmbu berwarna emas itu menjualnya dengan harga yang ditetapkan malaikat
yang pernah mendatanginya. Walau harga itu tersangat mahal bagi mereka yang
mahukannya tapi terpaksa dibeli juga untuk menyelesaikan permasalahan mereka. Nabi
Musa as dan kaumnya berjaya mengetahui siapa pembunuh yang ingin diketahui
selama ini.
Pemuda itu dan ibunya bertukar corak kehidupan mereka
menjadi kaya. Mereka bersukur kepada Allah dengan rezeki yang diperolehi dan
sering bersedekah serta berbuat amal kebajikan kepada fakir miskin.
ALAH SWT menceritakan kisah ini di dalam surah Al-Baqarah,
ayat 67-71
Assalamualaikum PI..
ReplyDeleteterima kasih berkongsi cerita yang menarik ini
wsalam yan...banyk citer menarik dlm alquran tq
Deletekejujuran..ketaatan...sangat penting..
ReplyDeletePengajaran dan peringatan buat kita semua... t kasih atas perkongsian ini kak PI.
ReplyDeletePengajaran penting dari kisah yang penuh tauladan
ReplyDeleteharga sebuah kejujuran
ReplyDeleteSifat taat seorang isteri, ibu dan anak yg kental
ReplyDeleteGanjaran setimpal buat mereka.
terima kasih PI berkongsi cerita
ReplyDelete1st time baca kisah ini
ReplyDeletetaat kpd Allah dan taat kpd ibubapa, Allah janjikan ganjaran yg besar..
ReplyDeleteterimakasih P
ReplyDeleteBaca translation ALQURAN macam2 kisah kita dpt tau kan P
ya noor banyak citer menarik dlm alquran yg boleh dijadikan pedoman hidup kita...kena rajn mmbaca tafsirnya...tq
ReplyDeleteketaatan yg sgt dituntut tu nohas...besar ganjaran pahalaNya...tq
ReplyDelete